Translate

30/03/2018

MARUAH MAHATHIR DIROBEK-ROBEK SERTA PANDANGAN DIBAKULSAMPAHKAN OLEH PH

MANIFESTO PAKATAN HARAPAN (PH) MENJIJIKKAN menyebut komitmen PH untuk “menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia”. (Hak Asasi Manusia - HAM)
Janji 27 Manifesto PH pula menyebut komitmen PH untuk “MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG YANG ZALIM” dan “memastikan media mempunyai kebebasan untuk menjalankan proses semak imbang terhadap pentadbiran(nya)”.
Termasuk di dalam komitmen PH pada Janji 27 ini ialah janji untuk MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Janji 56 Manifesto PH pula menyebut komitmen PH untuk “memimpin usaha menggubal Akta Keharmonian Nasional untuk menjamin kesaksamaan, menghapuskan diskriminasi dalam semua aspek, dan menjadikan penyebaran kebencian antara kaum dan agama sebagai satu jenayah, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan”.

27/03/2018

#PRU14: PKR TIDAK SETUJU PPBM MENGGUNAKAN LOGONYA ???

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor mengaku sedikit ralat apabila calon daripada partinya TIDAK BOLEH BERTANDING DI BAWAH LOGO SENDIRI pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ujar Kamaruddin, beliau bagaimanapun akur keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) untuk MENGGUGURKAN LOGO PPBM DAN DAP selepas mengalami masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

MPPH pada minggu lepas bersetuju untuk hanya menggunakan logo PKR dan Amanah pada PRU14.

"Biarlah, kita nak buat macamana, tapi kita (PBBM) lebih selesa menggunakan logo PBBM sendiri.

"Tapi oleh kerana Tun dan kepimpinan telah bersetuju untuk menggunakan satu logo dalam pilihan raya ini, jadi kita akan gunakan satu logo,"katanya ketika dihubungi Antarapos.

25/03/2018

HENTIKAN BUDAYA ANAK-BERANAK DALAM PH

KUALA LUMPUR: Janice Lee menasihatkan bekas parti anutannya, DAP dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) agar MENGHENTIKAN BUDAYA POLITIK NEPOTISME.

Beliau yang kini Setiausaha Parti Rakyat Malaysia (PRM) berkata budaya ahli keluarga memegang jawatan penting dalam parti tidak akan menyuburkan sistem demokrasi di negara ini.

"Didalam politik perlu ada 'check and balance' dan pembahagian kuasa yang telus bagi memastikan negara semakin maju dan parlimen semakin berkembang setimpal dengan sistem demokrasi negara.

"Saya rasa DAP atau lain-lain parti tidak sepatutnya mengamalkan nepotism kerana perkara ini bercangggah dengan konsep demokrasi dan meritokrasi dalam setiap parti," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Antarapos.

Budaya politik nepotisme dalam PH bukan isu asing malah kerap kali diperkatakan.

Namun ia ibarat 'MENCURAH AIR KE DAUN KELADI' dan budaya ini terus diterima pemimpin serta penyokong akar umbi parti politik PH.

Untuk rekod, DAP diterajui penasihatnya Lim Kit Siang sementara anaknya Lim Guan Eng memegang jawatan paling penting dalam parti, iaitu Setiausaha Agung.

23/03/2018

#PRU14: RAKYAT JADI PENANTU

PAS kini lebih mudah pendiriannya. Ia cuma perlu mengajak rakyat memilih di antara dua mudarat, yang mana satu lebih besar musibahnya. Atau, dengan perkataan lain di antara dua tawaran BN dan PH, yang mana satu yang lebih merapati maqasid syariah. 
  
Sekarang zaman ledakan teknologi maklumat. Rakyat bukan sahaja boleh menghidu pihak mana yang lebih tidak tulus dan kurang telus mendapat kuasa memerintah. 

SIAPA LEBIH KUAT DAN BESAR FITNAHNYA dan adakah pihak yang mencabar lebih rendah kadar kecurangannya.

BN akan menerima hukuman langsung daripada Allah. Namun ia sudah mempunyai rekod memerintah. Cuma Allah tahu ia sudah melaksanakan tanggungjawab atau tidak.

Sementara PH kebanyakannya juga sudah berpengalaman berkuasa

Rekod pemimpin-pemimpin berkenaan juga dalam pengetahuan Allah. NAMUN SECARA KOLEKTIF MEREKA BELUM DAPAT MEMBUKTIKAN KOMITMEN kerana belum berpeluang berkuasa penuh. 

Kini yang menjadi persoalannya, adalah rakyat yang berkuasa menentukan sama ada rekod mereka masing-masing melunaskan tanggungjawab memerintah sebelum ini layak dikira dan disaluti sebagai amalan soleh yang telah ditetapkan Allah.

PH harus ambil kira prestasinya sendiri sama ada ia hanya meniru pemikiran dan langkah politik Umno-BN (kerana umumnya mereka berasal dari blok berkenaan) atau mereka mempunyai tawaran lebih murni daripada itu. 

Atau, adakah MEREKA LEBIH LICIK, BERDENDAM KESUMAT ATAU LEBIH CURANG DARIPADA UMNO-BN? Allah lebih banyak merahmati Malaysia. Jika falsafah, komitmen rekod mereka curang, hanya Allah mengetahui sama ada mereka layak memberi kuasa.

Tentu Allah mengetahui bahawa pembangkang hari pernah menyekat dana untuk pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat kerana “takut” gertakan Amerika Syarikat bahaw madrasah adalah pusat pembiakan pengganas.

Allah juga tahu jika diberi kuasa pembangkang mahu kaji semula kewujudan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dengan matlamat menutupnya dan mahu perkhidmatan awam yang dianggotai majoriti muslim juga akan dikurangkan.

Pemimpin utama pembangkang juga sering mengutarakan maklumat kurang tepat, palsu dan fitnah untuk membentuk persepsi negatif terhadap pemerintah. 

Rekod Umno-BN sudah tegak sejak 60 tahun lalu, sudah tentu itu petunjuk bahawa secara perimbangannya ia melakukan lebih banyak makruf daripada mungkar sehingga mendapat izin rakyat untuk terus memerintah.

Sumber: KLIK DISINI

22/03/2018

#PRU14: MAHATHIR TETAP MENGHINA PAS

Entah berpandu FATWA MANA dan oleh siapa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merumuskan bahawa ‘PAS BUKAN SEBUAH PARTI ISLAM

Nampaknya, beliau hanya menggunakan logik akal apabila berhujah bahawa PAS tidak layak menjadi parti Islam kerana parti itu dikatakan turut dianggotai ahli bukan Islam. 

PAS kalau dia bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir. Takkan dia boleh. Dia tidak boleh. Dia orang yang pegang kepada prinsip, dia tahu kalau orang yang campur dengan kafir (maka) dia jadi kafir. 

“Jadi la ni pasal dia bercampur dengan DAP dulu, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa manifesto partinya adalah naskah yang diteliti dan mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk daripada bukan Islam.
  
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir cuba ‘mengacah dan mencemar’ imej PAS dengan mengaitkannya isu ‘kafir atau tidak kafir’ membabitkan PAS.

Sebelum ini Pengerusi PPBM itu melabel Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai ‘kafir’ dan ‘pengkhianat’ kerana bekerjasama dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Hadi sebaliknya, mengumumkan beliau memaafkan Dr Mahathir atas faktor usianya yang sudah lebih 90 tahun dan menasihati bekas perdana menteri itu bertaubat.

Jika diturut logik Mahathir, satu perkara yang sudah pasti ialah, parti pimpinannya, PPBM, juga bukan sebuah parti Islam kerana bersekongkol dengan parti dominan Cina, DAP.

Ini bermakna walaupun Amanah menegaskan terbabit dalam politik Malaysia kerana mahu menggantikan PAS sebagai sebuah parti Islam juga gagal kerana terkait dengan “ketidakIslaman” DAP.

Logik Mahathir ini membabitkan PKR juga. Ia adalah sebuah parti yang membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Sudah tentu ini bermakna PKR juga sebuah parti politik yang tidak berpaksikan ajaran Islam.

Jika setiap kerabat PH tidak layak dipanggil parti politik Islam, apa yang Mahathir dapat?

Sumber: KLIK DISINI

20/03/2018

#PRU14: ORANG MELAYU HARUS BERJAGA JAGA

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim MENGINGATKAN AGAR RAKYAT, KHUSUSNYA ORANG MELAYU agar membuat pilihan yang tepat dengan mengundi kerajaan pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) memberi amaran agar orang Melayu tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak parti politik, KHUSUSNYA DAP untuk mencapai agenda yang MAMPU MENGADAI MASA DEPAN ORANG MELAYU.

Beliau menyatakan bahawa ORANG MELAYU SEHARUSNYA BERSATU memandangkan perpecahan bangsa Melayu terlalu ketara dan ini mampu memberi ruang bagi pihak ketiga memecahkan lagi orang Melayu.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa nasib orang Melayu kini berada di tangan masing-masing dan jika perpecahan di antara orang Melayu berterusan, kaum Melayu tidak akan ada masa hadapan yang cerah.

“Perpaduan Melayu adalah sangat penting. Dan jika Melayu berpecah. MAKA BERAKHIRLAH KAUM MELAYU,” katanya ketika bual bicara khas bersama Xpress Tv tengahari tadi.

Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, parti seperti DAP hanya menggunakan orang Melayu bagi mendapat sokongan demi mencapai agenda mereka iaitu untuk mentadbir negara.

Tambahnya, STRATEGI DAP kini adalah menggunakan ikon-ikon seperti bekas pemimpin kerajaan, tokoh-tokoh politik dan juga ahli akademik untuk menarik penyokong dari golongan muda, terutama sekali golongan professional.

Tunku Abdul Aziz turut berkata bahawa DAP tidak mampu untuk meraih kemenangan dengan bergantung harap hanya kepada sokongan orang cina semata-mata.

“Mereka (DAP) tidak mampu berkembang dan maju tanpa pertolongan dan sokongan daripada orang Melayu. Mereka tidak suka mengaku hakikat ini, tetapi mereka terpaksa menelan dan menerima hakikat ini,” katanya.

Sepanjang berada dalam parti tersebut, Tunku Abdul Aziz dapat melihat sikap DAP yang tidak menyukai orang Melayu akui parti tesebut adalah rasis dan cauvinis.

Pada 23 Ogos 2008, Tunku Abdul Aziz menyertai DAP sebagai Timbalan Pengerusi parti tersebut dimana beliau turut mengangkat sumpah sebagai Senator di Pulau Pinang pada 31Mei 2009 dan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi dan sekaligus meninggalkan DAP pada 14 Mei 2012.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...