Translate

30/06/2022

#ISU BATU PUTIH: MB JOHOR BETUL: SAMAN TUN MAHATHIR

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi desak tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan Pulau Batu Puteh selama lamanya.

Siapakah pengkhianat itu? Walaupun tidak sebut nama, semua tahu Tun Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab.

Kita tidak lagi boleh berbuat apa apa. Tempoh merayu sudah tamat. Sebagai pengajaran kekal, TUN MAHATHIR MESTI DISAMAN DAN BAYAR GANTI RUGI. RM3 BILION paling sesuai. Baru padan.

Justeru, saya tawar diri untuk saman Tun Mahathir. Ini soal maruah kerana dia jual kedaulatan Johor dan negara.

Ramai tidak tahu pada 2 Febuari 2017 bekas Peguam Negara Apandi Ali hantar surat ke ICJ The Hague mohon semakan kehakiman Pulau Batu Puteh. ICJ tetapkan 11 Jun 2018 tarikh pendengaran.

Tetapi pada 14 Mei 2018 (empat hari selepas PH memerintah) Apandi Ali dipaksa bercuti (force leave) dan tempat beliau dipangku oleh Peguamcara Negara (Solicitor General).

Pada 28 Mei 2018 (18 hari Tun Mahathir jadi PM) Peguamcara Negara hantar surat kepada ICJ tarik balik permohonan semakan kehakiman. Ia tarikh hitam negara.

IA DIRAHSIAKAN. Rakyat hanya tahu bila tempoh merayu tamat. Rupanya Tun Mahathir telah batalkan permohonan semakan kehakiman. Apakah Kabinet tahu.

Apa muslihat Tun Mahathir?

Terkini, TUN MAHATHIR TETAP ANGKUH. Dia enggan hadiri siasatan Pasukan Petugas Khas Pulau Batu Puteh. Dia pengkhianat dan penjenayah. Tubuh segera RCI Pulau Batu Puteh

Rujukan: https://www.facebook.com/100044611321476/posts/606716634158709/


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...