Adun Pasir
Bedamar dibebas lepas ditahan kerana POSITIF DADAH
Adun
DAP Pasir Bedamar, TERENCE NAIDU dibebaskan daripada tahanan selepas ditahan semalam
kerana didapati positif bahan terlarang.
Peguamnya RSN Rayer mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini.
“Ya dia (Terence) ditahan.
“Saya hadir prosiding reman hari ini.
“Mereka
(polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan
(untuk) dia dibebaskan,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Terence, 54, menyandang jawatan Adun selama dua penggal.
Bernama sebelum ini melaporkan seorang Adun Perak
ditahan dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam
malam tadi.
Dia kemudiannya ditahan selepas didapati
positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta
Dadah Berbahaya 1952.
Seksyen itu menetapkan bahawa mana-mana orang
yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya
adalah bersalah. Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000
atau penjara sehingga dua tahun.
Jabatan Siasatan Narkotik Polis Pulau Pinang
Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 47 yang lain turut ditahan dalam
serbuan jam 9 malam itu.
KLIK DISINI UNTUK BUTIRAN LANJUT: