Translate

23/10/2021

KERAKUSAN, KEPENIPUAN SI SAKATUA MENGEJAR KEKAYAAN KELUARGA DAN KRONI


TUN MAHATHIR JELAS MENIPU
apabila dia kata keputusan ICJ memberi Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

Artikel 61 ICJ jelas membenarkan semakan terhadap keputusannya sekiranya kita mengemukakan bukti-bukti baharu yang tidak wujud semasa keputusan ICJ dibuat pada tahun 2008.

Tun boleh baca sendiri: https://www.icj-cij.org/en/statute

Pada tahun 2011 hingga 2013, National archives United Kingdom telah melepaskan 3,000 dokumen yang sebelum ini dirahsiakan.

Dan dari 3,000 dokumen ini, hasil siasatan kita berjaya mengesan beberapa dokumen penting yang sangat membantu kes kita.

Termasuk dokumen pegawai British yang menulis kepada Advisor Johor yang mengaku Pulau Batu Puteh (ataupun Pedra Brance dengan bangunan light house Horsburgh tidak termasuk dalam kawasan yang diberi kepada British oleh kesultanan Johor dalam perjanjian tahun 1824.

Terdapat juga satu laporan angkatan laut British tahun 1958 yang mengaku mereka dihalang untuk mengambil tindakan terhadap sebuah kapal Indonesia yang sedang mengancam kapal Singapura di sekitar PULAU BATU PUTEH SEBAB PERAIRAN DI SANA ADALAH DI BAWAH KERAJAAN JOHOR.

Memandangkan kerajaan BN masa saya PM telah berjaya menemui bukti-bukti dokumen kukuh ini, maka PERSOALANNYA IALAH KENAPA TUN MAHATHIR DAN KABINET KERAJAAN PH TELAH MENARIK BALIK TUNTUTAN KITA DI ICJ cuma 2 minggu sebelum perbicaraan di ICJ bermula sedangkan kebanyakan kos siasatan dan guaman telah pun dibelanja masa itu?




https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=429203971903880&id=100044428416531&sfnsn=mo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...