Translate

01/05/2021

LUAHAN KARTEL PDRM, RASUAH, LOMPAT PARTI: PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS


KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Pemuda UMNO seluruh negara akan tampil membuat laporan polis mengenai kaitan rasuah dengan BUDAYA LOMPAT PARTI, hari ini.

Tindakan itu susulan saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat amalan yang berlaku secara berleluasa itu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan berkata, laporan itu bagi meminta pihak berkuasa, TERUTAMANYA SPRM SEGERA MENYIASAT UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN PANTAS kerana tuduhan rasuah membabitkan pemimpin politik berleluasa.

Katanya, DAKWAAN ITU AMAT SERIUS kerana ia didedahkan Abdul Hamid yang mengesahkan tanggapan umum kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpalit dengan pelbagai aktiviti jual-beli pemimpin politik untuk terus kekal berkuasa.

Beliau antara lain menyifatkan saranan itu lewat kerana Abdul Hamid hanya bersuara ketika di ambang pengakhiran kontraknya sebagai Ketua Polis Negara.

"Rasuah terkait dengan lompat parti sudah bermula di zaman Pakatan Harapan (PH) apabila ramai diugut dan ditekan dengan pelbagai kes mahkamah, cukai bahkan ditawar pelbagai ganjaran untuk lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi memperkukuh Kerajaan PH.

"(Ia) diteruskan di zaman PN apabila RAMAI 'DISUCIKAN' daripada pendakwaan dan siasatan, bahkan secara terang-terangan merealisasikan agenda 'Scheme of Thing', dikaitkan dengan audio pemimpin tertinggi kerajaan PN dengan pelbagai tawaran kedudukan dan jawatan penting Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Bagaimanapun, SEBELUM 'NASI MENJADI BUBUR', amat wajar SPRM mengambil tindakan segera 'without fear and favour' bagi menyelamatkan negara daripada berterusan dirundung persepsi buruk rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai budaya rasuah politik yang mampu menjahanamkan Malaysia," katanya.

Semalam, Abdul Hamid dilaporkan meminta SPRM mengambil tindakan kerana rasuah berlaku merata-rata dalam politik dan PERBUATAN MENGUGUT JUGA ADALAH RASUAH.

"Sudah lama rakyat tengok perbuatan ini, muak terhadap sekejap katak lompat sana-sini. Ia memberikan gambaran tidak baik, seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan sesiapa pun boleh melalukan (apa sahaja) untuk membeli (ahli politik)," katanya.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...