Translate

30/03/2021

#PAU2020: BEKAS MENTERI CAP AYAM BERSUARA IRIHATI

SHAH ALAM - Tokoh politik veteran, Tan Sri Dr Rais Yatim mendakwa apa yang berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) MEMBUKTIKAN PERPADUAN MELAYU-ISLAM BERKECAI kerana ego masing-masing.

Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata, sentimen anti rasuah juga tidak muncul sebagai petua hidup bernegara.

“Apa yang disaksikan berlaku di WTCKL sehari dua ini jelas membuktikan perpaduan Melayu-Islam berterusan berkecai lantaran ego-mania masing-masing.

“Sentimen anti rasuah juga tak muncul sebagai petua hidup bernegara,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Isnin.

TEROPONG DIRI SENDIRI MAKAN DEDAK ATAU MAKAN TAHI AYAM????

Artikel Penuh : KLIK DISINI DAN TERUSKAN MEMBACA

20/03/2021

#ISU KARTEL PDRM: SEJARAH TERUKIR PEGAWAI LEBIH MUDA HENDAK MENJATUHKAN IGP???


IPOH, 19 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini berusaha membela diri setelah meminta Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Abdul Hamid Bador melaporkan dakwaannya mengenai apa yang disebut "KARTEL" yang didakwa oleh pihak terakhir cuba turunkan dia.

Hamzah mengatakan bahawa dia telah meminta laporan penuh dari Hamid kerana dia tidak mahu perkara itu menimbulkan persepsi negatif terhadap polis di kalangan orang ramai.

"IGP sendiri mengumumkannya kepada umum dan seperti yang saya katakan semalam, saya sebagai menteri tidak diberitahu mengenai perkara itu lebih awal," katanya pada sidang media di sini.

"Saya menghantar SMS kepada IGP semalam dan memberitahunya bahawa SAYA MAHUKAN LAPORAN LENGKAP supaya kami dapat memberitahu orang ramai dengan tepat.

"Saya tidak mahu [TUDUHAN ITU MENIMBULKAN PERSEPSI BURUK," tambahnya.

Hamzah mengatakan ini juga alasan mengapa dia mengarahkan IGP untuk melaporkan perkara itu kepada (SPP).

Semalam, Abdul Hamid sendiri membuat pendedahan dalam wawancara eksklusif dengan Sinar Harian mengenai dakwaan wujudnya kartel dalam pasukan polis yang melibatkan pegawai polis yang lebih muda yang cuba menjatuhkannya.

Menurut Abdul Hamid, kartel itu juga ingin mendapatkan kawalan dan menguasai pasukan keselamatan di negara ini untuk mencapai agenda peribadi mereka.

Abdul Hamid bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana sebenarnya pegawai-pegawai ini mempunyai kuasa atau kuasa untuk mempengaruhi kedudukannya. Dia sudah dijangka bersara pada Mei tahun ini.

Ketika ditanya mengenai prestasi Abdul Hamid sebagai IGP, Hamzah mengatakan bahawa dia berpuas hati dan gembira dengan persembahan setakat ini.

Rujuk disini: https://malaysia.yahoo.com/news/home-minister-says-told-igp-060203190.html

 

18/03/2021

#KARTEL DALAM PDRM: TUDUHAN TIDAK BERASAS ATAU TAKUT DENGAN BAYANG2 ????


SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador MENDEDAHKAN WUJUDNYA GERAKAN DALAMAN daripada kalangan pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

Menurutnya, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

“Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel).

“Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” katanya dalam program Sinar Live bersama KPN, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan mengejutkan yang pernah dibuat berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri yang mahu menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakukan ‘kerja-kerja kotor’.

Abdul Hamid menjelaskan, beliau begitu terkesan dengan perkara itu dan berharap kumpulan tersebut segera insaf.

Ada kumpulan pegawai-pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu...dan tindak-tanduknya begitu.

“Ke arah untuk mencari jalan bagaimana rakan-rakan yang sebayanya dapat naik bersama, cakap tentang perkara tidak baik.

“Jadi saya minta mereka insaf. Sampai umur 60 nanti saya takut tak sempat bertaubat, kita keluar, hilanglah kekebalan baju biru.. pakailah baju orang awam.

“Tiada lagi orang nak takut dengan kita sebab baju kita dah tak ada. Masa itu nanti jangan menyesal,” katanya.

Abdul Hamid, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 MEI 2019 HINGGA 3 MEI 2021.

Artikel Penuh : UNTUK RUJUKAN KLIK DISINI

09/03/2021

#LIM GUAN ENG HINA AGAMA ISLAM


GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan isu wakil rakyat lompat parti akan dibawa ke mahkamah walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.

 

Menurutnya, tidak wajar bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan tindakan wakil rakyat sedemikian sekiranya mereka mendakwa sebagai sebuah pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.

 

“SEBAGAI SEORANG BERAGAMA ISLAM, MURTAD ITU TIDAK DIBENARKAN KENAPA LOMPAT PARTI BOLEH DALAM POLITIK? Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke mahkamah,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang hari ini.

 

Mengulas isu yang sama, Guan Eng juga menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung isu lompat parti jelas melanggar prinsip pemimpin partinya  terdahulu.

 

“Kenyataan Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas melanggar prinsip politik yang dipertahankan pemimpin Pas seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

 

Semalam, media tempatan melaporkan tindakan wakil rakyat sama ada ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti Lompat Parti, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana mereka perlu meminda Perlembagaan.

 

“Akta Anti Lompat Parti di Pulau Pinang tersekat kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu.

 

“Pengubalan akta berkenaan tertakluk kepada perintah mahkamah yang sebelum ini telah memutuskan sebarang undang-undang berkaitan anti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah,” ujar Takiyuddin. – MG

 

UNTUK RUJUKAN: KLIK DISINI

06/03/2021

#COVID-19: CHINA MEWAJIBKAN UJIAN CALITAN DUBUR KEPADA SEMUA PELANCUNG ANTARABANGSA

CHINA MEWAJIBKAN UJIAN CALITAN DUBUR kepada semua pelancong antarabangsa yang tiba di negara itu, lapor akhbar The Sun semalam.

 

Beijing mendakwa PROSEDUR ITU LEBIH TEPAT berbanding ujian Covid-19 lain.

 

Doktor-doktor di China telah menggunakan ujian calitan dubur terhadap pesakit yang dikuarantin untuk memeriksa sama ada mereka bebas daripada Koronavirus.

 

Pakar penyakit respiratori China, Li Tongzeng memberitahu media tempatan bahawa VIRUS COVID-19 DAPAT DIKESAN LEBIH LAMA dalam sampel najis berbanding mukus hidung atau kerongkong.


Bagaimanapun, prospek pelawat asing perlu melalui saringan tersebut menimbulkan kontroversi.

 

Sebelum ini, Jepun meminta China untuk berhenti menggunakan ujian “tidak bermaruah” itu. Sebilangan penumpang berkata, kaedah tersebut menyebabkan mereka “menderita secara psikologi”.

 

Pada Minggu lalu, China didakwa mengarahkan diplomat Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani ujian calitan dubur yang menimbulkan perbalahan dengan Jabatan Negara AS.

 

Beijing telah menolak dakwaan itu tetapi Washington melabelkan ujian tersebut sebagai “tidak bermaruah”


Sebagai tindak balas, soerang doktor di China, Lu Hongzhou memberitahu media tempatan bahawa pelancong boleh memberikan sampel najis mereka di lapangan terbang sebagai ganti.

 

Prosedur  tersebut melibatkan memasukkan pelapik kapas sekitar tiga hingga lima sentimeter ke dalam dubur dan memutarnya dengan lembut.

 

Seperti kaedah calitan hidung, pelapik itu kemudian dikeluarkan sebelum diletakkan di dalam bekas sampel.

 

Keseluruhan prosedur itu dikatakan memakan masa sekitar 10 saat, demikian menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China. – Kosmo

KLIK DISINI DAN TERUS MEMBACA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...