Translate

07/02/2021

#KES PROFIL TINGGI: SELAGI HAMID MENERAJUI PDRM, SIASATAN TELUS TIDAK DAPAT DIJALANKAN???


Pernah duduk sepentas bersama bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sewaktu awal penggal PH dahulu. Saya terima jemputan tersebut bukan hanya bagi membuktikan UMNO sedia bertukar pandangan dan berbahas dengan mereka, tetapi juga kerana menghormati institusi dan jawatan yang mereka pegang itu.

Jadi saya tertarik apabila sehari dua ini, timbul kontroversi berkenaan buku "MEMOIR" yang ditulis Tommy Thomas (TT) bertajuk "My Story: Justice in the Wilderness". Saya tertarik apa sebenarnya yang ditulis TT sehingga menjadi buah mulut ramai.

Cuma kalau hendak komen sesuatu, tentunya mesti baca dahulu. Setelah membaca buku tersebut, saya faham kenapa ia menjadi sensasi sampai ada yang buat laporan polis dan memulakan tindakan saman.

Jawatan Peguam Negara ini bukan jawatan kecil. Ia termaktub dalam Perlembagaan Perkara 145. Tentunya apabila menjadi Peguam Negara, waima setelah tamat tempoh perkhidmatan pun, wujud etika dan "decorum" yang sesuai dengan institusi tersebut. Tak boleh tulis sesuka hati seolah-olah mahu menjadi wartawan "insider".

Tetapi tidak untuk TT. Habis semua dihina dan dipersalah. Baik "bos" dia PM7 yang melantiknya, baik PM6, sehinggakan PM2 pun tidak terlepas cemuhan.

Penulisan TT TENTANG ALLAHYARHAM TUN RAZAK AMAT MENDUKACITAKAN apatah lagi datang dari seorang bekas Peguam Negara. 

Antara petikan yang ditulis berkenaan insiden 13 Mei, dimana beliau seakan-akan menunding jari ke Tun Razak.

Bersambung dan KLIK DISINI: https://www.suaramelayubaru.xyz/2021/02/bekas-peguam-negara-hanya-berani.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...