Translate

16/07/2020

KENYATAAN KONTROVERSI KES ADIB, PEMBELA DESAK HAMID BADOR LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – “ADAKAH KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI ABDUL HAMID BADOR MAHU MENGIKUT JEJAK LANGKAH TAN SRI TOMMY THOMAS?

“Adakah dia nak membantu atau merosakkan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim? 

Demikian persoalan Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat susulan kenyataan Abdul Hamid baru-baru ini yang dilihat bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.

ABDUL HAMID MERUMUSKAN KONONNYA TIADA KETERANGAN YANG DAPAT MENGAITKAN ARWAH MUHAMMAD ADIB DIBUNUH, hanya kerana dua orang pegawai bomba yang bersama Adib pada malam kejadian mengatakan mereka tidak nampak apa yang berlaku.

Walhal, pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Ustaz Masridzi yang kesal dengan keadaan itu berkata, kini dapat dilihat kehebatan institusi undang-undang mahupun institusi keselamatan sedang menuju ke arah korupsi.

“Sebelum ini kita dapat lihat Peguam Negara telah melangkaui keputusan inkues. Kini sama juga dengan KPN sekarang. Adakah KPN nak ikut jejak langkah Peguam Negara?,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Ustaz Masridzi menegaskan, amat mustahil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memiliki kredibiliti serta kecekapan tinggi tidak dapat menyelesaikan kes ini kerana kes pembunuhan arwah jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pun mampu diselesaikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...