Jumaat, 26 Jun 2020

"WE ARE READY TO BATTLE ON MONDAY! - TERUSKAN TUNTUT KEBENARAN

'PUAK2 NI MEMANG KENA AJAR CUKUP2.

"WE ARE READY TO BATTLE ON MONDAY!" Bersama peguam saya Logen dan Fazilah nak berhadapan dengan serangan Siti Zainab, Peguamcara Negara 2 yang tengah angin dengan saya pasal lapor SPRM beliau salahgunakuasa untuk dapatkan tanah di Ampang Hilir.

Dia sendiri tak berani buat, pakai pegawai PDRM nak kenakan saya supaya beliau kelihatan bersih. Sedang kita sibuk bincang macamana nak tewaskan GENG LAW OF THE JUNGLE yang hendak tutup mulut saya guna bon jaminan Keamanan RM20,000, Siri Zainab sedang bincang macamana nak cover kesilapan yang beliau dah buat. Peguam Negara, Kawan Baik Gopal Sri Ram yang sudah dikuasai Siti Zainab pula bagi perlindungan maksimum pada Siti Zainab.

Bukan sahaja Siti Zainab tidak digantung kerja, hari ini Siti Zainab diberi mandat untuk rombak AGC besar-besaran dengan meletakkan semua pegawai geng dia di kedudukan penting di AGC untuk memastikan dia akan kekal berkuasa. Lepas mesyuarat SPKP awal bulan Julai, AGC sudah tidak boleh kita harapkan untuk menegakkan undang-undang apabila rombakan tersebut jadi realiti.

Jangan mimpi tindakan akan diambil kepada pemimpin Pakatan Harapan macam Lim Guan Eng, Tony Phua, Syed Saddiq, Tun Mahathir dll. Anak Mat Sabu kena 8 bulan je, buat syarat kononnya takde pilih kasih dalam pendakwaan. Lepas tolak cuti, paling lama 4 bulan je duduk Penjara.
Rancanglah Siti Zainab, tapi kena ingat, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. Kamu merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah belum tentu menyelamatkan manusia korup macam kamu.

Rujukan: KLIK DISINI

Khamis, 25 Jun 2020

PARLIMEN PERLU DIBUBAR SEGERA SEBELUM ORANG GILA MENGAMOK

TERLALU RAMAI PEMIMPIN GILA KUASA DAN GILA TALAK KETIKA INI
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin UNTUK SEGERA MEMBUBARKAN PARLIMEN bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan berikutan ketidaktentuan politik semasa.
Katanya, situasi ketidakstabilan politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka.
"Situasi ini menyukarkan kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi.
"Segala usaha untuk memulihkan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang.
"Justeru, PEMBUBARAN PARLIMEN INI PERLU DILAKUKAN TANPA BERLENGAH. Negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan.
"Ini bukan sesuatu yang sihat untuk negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan negara sangat bergantung kepada kestabilan politik yang akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.
"Hanya kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan menumpukan segala fokus kepada memulihkan negara dari segala cabaran besar yang bersifat 'unprecedented' yang sedang kita hadapi.
"Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen di mana kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain, apatah lagi blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik.
"Oleh itu kembalikanlah kuasa kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan ke hadapan untuk negara kita," katanya
Rujukan: KLIK DISINI

Selasa, 2 Jun 2020

TOMMY THOMAS TERIMA HABUAN JUTAAN RINGGIT MELALUI LIM GUAN ENG

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah, pada bulan Mei 2019, meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, untuk membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik seorang jutawan hartanah dipercayai bernama Tan Sri Lim Soon Peng dan permintaan ini ditunaikan oleh Tan Sri TOMMY THOMAS YANG MENGARAHKAN SPRM MELAKUKANNYA dalam tempoh dua minggu walaupun SPRM memaklumkan kepada Tan Sri Tommy Thomas bahawa wang bernilai RM3.9 juta belum boleh diperolehi.
Laporan portal berita Free Malaysia Today ini telah segera disahkan oleh TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, yang dilaporkan menyebut: “Ahli politik terbabit (LIM GUAN ENG) TELAH MENGGUNAKAN PENGARUH BELIAU UNTUK MEMBOLEHKAN PEGUAM NEGARA KETIKA ITU (TAN SRI TOMMY THOMAS) MENGELUARKAN ARAHAN agar SPRM melepaskan keempat-empat akaun milik taikun berkenaan (Tan Sri Lim Soon Peng)… SPRM akan melihat isu kebocoran butir-butir sulit penyiasatan didedahkan kepada ahli politik untuk kepentingan pihak yang disiasat.”
Dalam reaksi segera beliau, Lim Guan Eng dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini sebagai tidak menafikan laporan portal berita Free Malaysia Today ini. Sebaliknya beliau dilaporkan sebagai berkata “(sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan) kes-kes yang tidak berada di bawah bidang kuasa beliau dirujuk ke pihak berkuasa berkaitan”, “adalah satu kesalahan sekiranya beliau tidak merujuk kes-kes berkenaan ke pihak berkuasa yang berkaitan” dan “beliau percaya Tan Sri Tommy Thomas telah bertindak dengan sewajarnya setelah kes berkenaan dirujuk ke AGC”.
Laporan ini segera mengingatkan saya kepada empat pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap kesalahan oleh Hakim Datuk S Augustine Paul pada 14 April 1999, iaitu:
(1) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban.
(2) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah.
(3) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan salah laku seks dan liwat untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban.
(4) Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah.
Cuma yang saya sedikit tertanya-tanya ialah, dalam kes Lim Guan Eng ini, sekiranya pada akhirnya fakta-fakta yang dikemukakan oleh laporan portal berita Free Malaysia Today ini TERBUKTI BENAR, APA AGAKNYA MOTIF YANG ADA PADA LIM GUAN ENG BILA DIA MEMINTA TAN SRI TOMMY THOMAS MEMBATALKAN ARAHAN PEMBEKUAN KE ATAS 4 AKAUN BANK MILIK TAN SRI LIM SOON PENG.
APA AGAKNYA FAEDAH YANG LIM GUAN ENG DAPAT daripadanya, jika ada?
Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...