Translate

19/05/2020

KHALID @ LID @ COLID TERPERANGKAP DENGAN ISU RASUAH / PENYALAHGUNAAN KUASA

PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, KHALID SAMAD @ LID @ COLID berkata, beliau melantik bekas setiausaha politiknya menganggotai lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pengalaman Azli Yusuf sebagai ahli Majlis Bandaraya Shah Alam selama 2 penggal.
“Ianya jawatan bukan eksekutif dan hanya berfungsi menasihati datuk bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan,” katanya kepada FMT hari ini.
Azli kini ditahan polis dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penipuan.
Khalid berkata demikian sebagai menjawab soalan bekas perdana menteri, Najib Razak yang mahu beliau mengesahkan jika Azli ialah ahli lembaga penasihat DBKL dan jika beliau yang melantiknya.
“Adakah DIA JUGA KETUA AMANAH BAHAGIAN SHAH ALAM?
“Lid ahli Parlimen kawasan mana?” soalnya merujuk Khalid.
Khalid ialah ahli Parlimen Shah Alam dan pengarah komunikasi Amanah.
Beliau mengesahkan Azli ialah ketua Amanah Bahagian Shah Alam, jawatan yang dipegang Azli sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang akan menggantikannya kelak.
Katanya, Azli ialah lulusan kejuruteraan sebuah universiti di Amerika Syarikat dan beliau percaya bekas pembantunya itu boleh menasihatkan datuk bandar dalam pelbagai isu, berdasarkan pengalaman serta pengetahuannya.
Najib dalam catatan di Facebooknya turut bertanya: “Apa maksud broker?”
Beliau merujuk kenyataan Khalid semalam yang Azli menjadi mangsa seorang broker yang menjual nama bekas pembantunya ketika berurusan dengan sebuah syarikat arkitek.
Khalid dilaporkan berkata, syarikat itu diberikan perintah pembangunan (DO) palsu oleh broker terbabit yang menerima bayaran selepas menjaja nama Azli.
Ketika menjawab soalan Najib, Khalid mengkritik pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Jho Low diburu pihak berkuasa atas peranannya dalam skandal 1MDB, di mana Najib dibicarakan atas pertuduhan jenayah.
“Maksud broker adalah orang seperti Jho Low,” kata Khalid.
“Hanya dalam kes ini, broker itu dakwa dia wakili Hj Azli. Tetapi ianya tak benar, bukan seperti kes Jho Low dan Jibby.
“Takkan Jib tak tahu. Jib dikatakan banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu orang Melayu, khususnya di Parlimen Pekan.”
Khalid berkata, beliau mewakili Shah Alam, sebuah kawasan dengan 80% pengundi Melayu yang memilihnya dengan majoriti lebih 30,000 undi.
“Shah Alam ialah kawasan Melayu terpelajar dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...