Khamis, 21 Mei 2020

JIKA HATI DAH BUSUK, TETAP MEMBUSUK BUKAN JIWA ORANG ISLAM

MASIH TAK SEDAR DIRI?????
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad ditempelak susulan kenyataannya yang menyifatkan beliau sudah jadi Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), jika mahu mengkhianati mandat rakyat.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata ia susulan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang mendorong mana-mana Ahli Parlimen lompat parti bagi memperkukuhkan kedudukannya, sebelum ini.
"BUKANKAH SUDAH LAMA TUN (DR MAHATHIR) MENDORONG WAKIL RAKYAT UNTUK 'KHIANATI MANDAT RAKYAT' DENGAN LOMPAT PARTI BAGI MEMPERKUATKAN KEDUDUKAN TUN?
"Gabungan Ahli Parlimen yang menyokong pelantikan Perdana Menteri Kelapan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengisi kekosongan akibat ditinggalkan Perdana Menteri Ketujuh (Dr Mahathir).
"Ia adalah dalam kerangka menunaikan mandat rakyat, duduk dan tidak lari," katanya dalam kenyataan ringkas dimuat naik dalam ciapan di laman Twitter, hari ini.
Semalam, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mendakwa bahawa rakaman audio dikaitkan dengan dirinya yang tersebar di media sosial kelmarin adalah hasil suntingan dan berniat jahat. (TAK  MENGAKU JUGAK)
Dr Mahathir mendakwa, beliau sudah mengkhianati mandat rakyat ketika dicalonkan sebagai Perdana Menteri Kerajaan PN, jika mahu melakukannya.
Kelmarin, satu lagi klip audio dikaitkan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 23 Februari lalu, tular di media sosial, menggambarkan suara dikatakan milik Dr Mahathir bersetuju supaya parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini, klip audio individu dengan suara mirip Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU memaklumkan supaya memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir untuk menentukan kedudukan parti itu dalam PH, juga tular di media sosial.
Ia disusuli klip audio kedua yang merakamkan suara mirip Dr Mahathir meminta mesyuarat tidak memaksanya untuk mungkir janji bagi meletakkan jawatan.

Rujukan: KLIK DISINI

Selasa, 19 Mei 2020

KHALID @ LID @ COLID TERPERANGKAP DENGAN ISU RASUAH / PENYALAHGUNAAN KUASA

PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, KHALID SAMAD @ LID @ COLID berkata, beliau melantik bekas setiausaha politiknya menganggotai lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pengalaman Azli Yusuf sebagai ahli Majlis Bandaraya Shah Alam selama 2 penggal.
“Ianya jawatan bukan eksekutif dan hanya berfungsi menasihati datuk bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan,” katanya kepada FMT hari ini.
Azli kini ditahan polis dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penipuan.
Khalid berkata demikian sebagai menjawab soalan bekas perdana menteri, Najib Razak yang mahu beliau mengesahkan jika Azli ialah ahli lembaga penasihat DBKL dan jika beliau yang melantiknya.
“Adakah DIA JUGA KETUA AMANAH BAHAGIAN SHAH ALAM?
“Lid ahli Parlimen kawasan mana?” soalnya merujuk Khalid.
Khalid ialah ahli Parlimen Shah Alam dan pengarah komunikasi Amanah.
Beliau mengesahkan Azli ialah ketua Amanah Bahagian Shah Alam, jawatan yang dipegang Azli sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang akan menggantikannya kelak.
Katanya, Azli ialah lulusan kejuruteraan sebuah universiti di Amerika Syarikat dan beliau percaya bekas pembantunya itu boleh menasihatkan datuk bandar dalam pelbagai isu, berdasarkan pengalaman serta pengetahuannya.
Najib dalam catatan di Facebooknya turut bertanya: “Apa maksud broker?”
Beliau merujuk kenyataan Khalid semalam yang Azli menjadi mangsa seorang broker yang menjual nama bekas pembantunya ketika berurusan dengan sebuah syarikat arkitek.
Khalid dilaporkan berkata, syarikat itu diberikan perintah pembangunan (DO) palsu oleh broker terbabit yang menerima bayaran selepas menjaja nama Azli.
Ketika menjawab soalan Najib, Khalid mengkritik pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Jho Low diburu pihak berkuasa atas peranannya dalam skandal 1MDB, di mana Najib dibicarakan atas pertuduhan jenayah.
“Maksud broker adalah orang seperti Jho Low,” kata Khalid.
“Hanya dalam kes ini, broker itu dakwa dia wakili Hj Azli. Tetapi ianya tak benar, bukan seperti kes Jho Low dan Jibby.
“Takkan Jib tak tahu. Jib dikatakan banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu orang Melayu, khususnya di Parlimen Pekan.”
Khalid berkata, beliau mewakili Shah Alam, sebuah kawasan dengan 80% pengundi Melayu yang memilihnya dengan majoriti lebih 30,000 undi.
“Shah Alam ialah kawasan Melayu terpelajar dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.”

Sabtu, 2 Mei 2020

BILA NAK PECAT ATAU ARAH LETAK JAWATAN GABENOR BNM????

SEJARAH GABENOR BANK NEGARA DILANTIK OLEH MENTERI KEWAYANGAN (KOMUNIS LIM)

KATA kunci 'u-turn' terus tular di platform Twitter dan platform utama media sosial lain sepanjang Khamis malam berhubung kenyataan media yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) malam tadi.

Rata-rata netizen nyata kecewa dengan pengumuman terbaharu dari bank pusat itu yang disifatkan sebagai bercanggah dengan pengumuman yang disiarkan pada 25 Mac 2020 lalu.

Di akaun Facebook rasmi BNM, netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung perkembangan terkini yang mengandungi pemberitahuan jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa sahaja perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah atau keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.

Bagi pemilik akaun Boon Heng, tindakan mengeluarkan kenyataan media kali ini dianggap telah mengelirukan rakyat Malaysia.

Senada dengan Boon Heng, Keong Ng pula mahu BNM mengeluarkan kenyataan yang memudahkan pemahaman rakyat Malaysia.

"Tiada benda percuma dalam dunia ini. Bayar tepat pada masanya atau bayar lebih," katanya menerusi ruangan komen.

Antara lain,
HIRMI HANIF PULA MENGANGGAP PENANGGUHAN YANG DIBERIKAN SEBELUM INI HANYA HARAPAN PALSU.

"Orang minta tangguh sebab pendapatan terjejas, mana nak datang pendapatan untuk bayar sekaligus?" soal Hirmi.

Jika dilihat di Twitter, hampir lebih 10,000 pengguna menggunakan kata kunci 'u-turn' sebagai memberi reaksi terhadap kenyataan media oleh pihak BNM.

Ada antara mereka menganggap perubahan dasar ini menyebabkan orang ramai mula keliru dan menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial.

Antara lain, ada antara netizen yang mula menganggap bahawa 'Mak Cik Kiah tertipu'.

Malah, di laman Change.org, satu petisyen dalam talian telah dibuat dan ia mendapat hampir 1,000 tandatangan hanya dalam tempoh 20 minit.

"Sila ikut arahan Perdana Menteri" antara komen paling banyak dikongsi dalam petisyen berkenaan.

Sementara itu rakyat diingatkan
KEKELIRUAN INI ADALAH BERPUNCA DARIPADA PIHAK BANK NEGARA. Sebagaimana yang diketahui, Gabenor BNM adalah lantikan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang berkuasa.

Oleh itu tidak hairan boleh berlaku perkara 'u-turn' seperti ini. Ia adalah normal baharu bagi kerajaan PH pada waktu itu.

Malangnya pihak BNM mungkin terlupa, kerajaan sudah bertukar.
NEGARA BUKAN LAGI DIKUASAI OLEH PAKATAN HARAPAN. Maka, perkara 'u-turn' tidak boleh lagi dijadikan kebiasaan bagi mereka.

DATUK NOR SHAMSIAH MOHD YUNUS DILANTIK SEBAGAI GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA PADA 1 JULAI 2018 DI ERA PAKATAN HARAPAN.

Pelantikan Gabenor dibuat pada masa pergolakan politik terbesar Malaysia dalam tempoh beberapa dekad susulan kemenangan tidak dijangka parti dipimpin Dr Mahathir pada pilihan raya 2 tahun lalu.

INI MERUPAKAN KALI PERTAMA PELANTIKAN GABENOR BANK NEGARA DIBUAT OLEH SEORANG MENTERI KEWANGAN, LIM GUAN ENG. – AstroAwani/Cinca

Read more: KLIK DISINI

Jumaat, 1 Mei 2020

#PENDATANG HARAM CHINA: DALANG SINDIKET PERJUDIAN ONLINE TUMPAS

Semalam, telah dilaporkan bahawa sebuah SINDIKET PERJUDIAN TUMPAS DAN 44 WARGA CHINA telah ditahan oleh pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7).

Menurut laporan tersebut, kumpulan sindiket tersebut telah MENYEWA SEUNIT BANGLO DENGAN BAYARAN SEBANYAK RM7,000 SEBULAN. Manakala jumlah keuntungan sindiket keseluruhan berjumlah RM150,000 sehari. Enam set komputer, 17 laptop dan 75 telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.

INI BUKANLAH PERTAMA KALI kita mendengar berita mengenai sindiket-sindiket kegiatan haram yang melibatkan warga China atau warga-warga asing yang lain. Malah, berita sebegini SUDAH TERLALU KERAP kita dengari seolah-olah sindiket-sindiket sebegini adalah terlalu banyak atau terlalu kuat yang membuktikan sindiket yang melibatkan warga asing ini tidak berjaya dilumpuhkan atau dilemahkan pun.

Maka timbul beberapa persoalan di sini, APAKAH PERGERAKAN MEREKA INI DIPAYUNGI OLEH PIHAK TERTENTU kerana kita lihat pergerakan mereka sangat teratur, mempunyai kelengkapan yang canggih, aset-aset yang mewah dan pekerja-pekerja yang ramai. Jika benar mereka ini dipayungi oleh pihak tertentu, maka ini adalah suatu yang sangat membimbangkan kita.

Seterusnya, apakah KEGIATAN-KEGIATAN INI ADA KAITAN DENGAN 100,000 PELANCONG-PELANCONG CHINA DAN INDIA YANG TIADA REKOD PERJALANAN KELUAR DARI NEGARA KITA menurut Jabatan Imigresen Negara? Jika benar perkara ini, berapa ramaikah dari jumlah ini yang sudah dikenalpasti dan berapa ramaikah yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan haram di Malaysia? Kita menuntut agar pihak berwajib memberikan laporan terkini mengenai perkara tersebut.

TIMBUL PULA PERSOALAN MENGENAI ISU KAD PENGENALAN PALSU. Saya juga tertanya-tanya bagaimanakah mereka ini boleh bersenang-lenang berkeliaran di Malaysia dengan begitu mewah dan bebas jika mereka ini 'hanya pelancong'? Atau apakah mereka telah menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu untuk menikmati segala keselesaan sebagaimana warganegara Malaysia miliki?

Saya rasa banyak lagi persoalan yang boleh saya senaraikan di sini rentetan sindiket-sindiket yang berlaku tetapi saya rasa kita semua jelas bahawa INI PERKARA YANG SERIUS dan mungkin saling berkait.

Pihak kerajaan perlu mula merancang untuk menggerakkan satu ops besar-besaran untuk menumpaskan 'akar masalah' bagi segala sindiket-sindiket yang berlaku ini.

Saya tertarik dan ingin menyokong cadangan yang mendesak pihak kerajaan menukar kad pengenalan baru sebagai sebahagian usaha untuk membanteras sindiket kad pengenalan palsu.

Sebuah petisyen mengenai desakan ini sudah mula digerakkan dan diharap agar menjadi satu bentuk sokongan moral dari rakyat kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk melaksanakannya.

Diharapkan agar RAKYAT MALAYSIA BERSATU HATI DALAM ISU INI KERANA INI ISU KEDAULATAN DAN KESELAMATAN DALAM NEGERI YANG SERIUS, BUKAN ISU YANG BOLEH DIPOLITIKKAN.

Wallahu'alam.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
30 April 2020

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...