Translate

08/04/2020

#RASUAH: APA KAH ALASAN / TIPU HELAH SYED SIDDAQ APABILA DIPANGGIL OLEH SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyoal Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 2 individu lain berkenaan wang tunai kira-kira RM250,000 yang hilang di rumah bekas menteri itu.

Difahamkan badan anti-rasuah itu menyiasat kes tersebut bawah Seksyen 17(a) yang berkaitan penerimaan suapan.

Seorang sumber memberitahu FMT pegawai SPRM menyoal mereka bertiga di ibu pejabatnya di Putrajaya minggu lepas.
Katanya, Syed Saddiq diminta menyerahkan dokumen bank untuk membantu siasatan.

“Pegawai kami juga menghubungi bank untuk mendapatkan dokumen tetapi kerja terganggu kerana kawalan seluruh negara,” kata sumber itu.

FMT melaporkan BELUM DAPAT RESPON DARIPADA SYED SADDIQ.

SPRM melancarkan siasatan susulan aduan berkenaan kehilangan wang tunai kira-kira RM250,000 milik Syed Saddiq, yang juga ketua Pemuda PPBM.

Syed Saddiq membuat laporan polis pada 29 Mac, mengatakan wang itu disimpan dalam peti selamat di rumahnya.

Laporan polis dan SPRM juga telah dibuat oleh beberapa pihak kerana musykil dengan jumlah duit yang begitu banyak disimpan di dalam rumah Syed Saddiq. Ada juga pihak dari parti Bersatu mengesyaki wang tersebut adalah milik parti itu.

Walaupun begitu,
Syed Saddiq enggan respon pada spekulasi sekitar kejadian itu, termasuk laporan media mengatakan wang itu milik PPBM, sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata hanya beberapa orang tahu kod peti selamat itu, mengatakan kali terakhir beliau membukanya pada 13 atau 14 Mac.

sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...