Ahad, 29 Mac 2020

#COVID-19: ANWAR DAN LIM KIT SIANG MEMANG BAHLOL

SEMALAM Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mahu kerajaan membentangkan dan membahaskan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen dahulu.

Namun mengikut PERKARA 101 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, SESUATU PERUNTUKAN TAMBAHAN DIBOLEHKAN UNTUK DIBELANJAKAN SEBELUM IANYA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN.
Ini kerana setiap tahun memang ada perbezaan di antara peruntukan yang dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun sebelumnya dengan perbelanjaan sebenar kerajaan pada tahun peruntukan.
Sebab itu hampir setiap tahun ada pembentangan bajet tambahan di Dewan Rakyat dan mengikut Perlembagaan ianya boleh dibentang dan diluluskan sebelum atau selepas perbelanjaan tambahan tersebut dibuat.
Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berkenaan hal ini, adalah mengikut Undang-undang dan Perlembagaan, kerajaan tidak perlu menunggu sebelum peruntukan tambahan dibahas, dibentang dan diluluskan di Parlimen dahulu sebelum ianya dibelanjakan.
Ini kerana penulis-penulis Perlembagaan kita dahulu faham bahawa kadangkala akan ada keadaan di mana kerajaan perlu berbelanja lebih untuk membantu rakyat dengan segera terutama di waktu negara dilanda krisis, seperti dalam keadaan krisis COVID-19 sekarang.

Pada minggu lepas, kerajaan United Kingdom juga telah mengambil langkah yang sama dengan kerajaan Malaysia iaitu mengumumkan dan membelanjakan pakej rangsangan ekonomi COVID-19 mereka tanpa menunggu pembentangan di Parlimen.

Sistem kerajaan dan Parlimen di Malaysia adalah lebih kurang sama dengan di United Kingdom, oleh itu konvensyen yang digunakan oleh mereka boleh digunakan di Malaysia.

Oleh itu cadangan Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli politik PH supaya perbelanjaan tambahan dalam pakej rangsangan ekonomi COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin dibahaskan dahulu di Parlimen adalah tidak perlu dan membazir masa yang sebenarnya kita tidak ada sekarang.

Mereka seolah-olah sama ada tidak faham Perlembagaan atau mahu mencuri perhatian rakyat kepada kepentingan politik mereka (PH).

Rakyat dan negara tidak ada masa untuk melayan kerenah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ini sekarang di kala kita sedang berperang dengan COVID-19.

Biar kerajaan fokus buat kerja untuk menangani krisis ini dan bukan alih perhatian mereka kepada kepentingan politik anda (PH) pula.

Seperkara lagi, pada awal bulan ini ketika PM-7 Mahathir umum pakej rangsangan ekonomi COVID-19 kerajaan PH, mengapa tidak menjerit suruh dia bentang dulu di Parlimen pula?

Isham Jalil
29 Mac 2020

Rujukan: KLIK DISINI

Isnin, 16 Mac 2020

#COVID-19: SURAT USTAZAH ZALEHA DARI MILAN ITALY

Salam semua

Kami di Itali - Millan

Kami akan berkongsi perjalanan kehidupan di Milano dalam meniti hari-hari yang sukar dan kami yakin menjadi kewajipan kamu semua belajar dari kesilapan dan hasilnya yang telah kami lalui.

Kini melalui SUASANA KUARANTIN, tidak keluar ke jalan, pihak polis sentiasa mengawasi pergerakkan dan mengenakan (gari) bagi sesiapa yang berada di luar rumah.
Semuanya ditutup (kunci) pekerjaan, mall, perniagaan, semua jalan tanpa pergerakan.

Perasaan sudah melewati seperti penghujung alam (alam khidupan)

SEKELIP MATA ITALI BERUBAH WAJAH, seperti berada dalam peperangan dan kegelapan.  Sesungguhnya ia seperti satu hakikat hidup yang tidak pernah sehari pun saya akan melaluinya.

Manusia di Milan dalam kesulitan, sedih, lemah, bahkan mereka sedikit pun tidak memahami bagaimna realiti ini dipertangungjawapkan untuk mereka lalui dan bilakah akan berakhir "kabus" ini.

Namun, kesilapan yang besar adalah di peringkat awal kemunculan musibah ini - manusia (Itali) meneruskan sosial kehidupan seperti biasa, keluar bekerja dan punyai perasaan seperti itu kelaziman biasa bercuti, kami juga banyak berkumpul bersama rakan-rakan dan menyertai majlis (kenduri).

Semuanya adalah kesilapan termasuk diri saya!

Saya mengutusi anda semua, Hendaklak kamu semua berhati hatilah, kisah ini bukan cerita lucu atau gurauan.

Jagalah orang yang anda sayangi, kedua ibu/bapa mu, atok dan nenek, penyakit (virus ini sangat merbahaya)

Kematian di sini adalah sekitar 200 orang sehari, bukan kerana tiada  doktor yang bagus, tetapi tiada lagi tempat yang sesuai untuk semua.

Para doktor akan memilih siapa yang akan mati. Untuk mengelakkan  ketakutan orang lain.

Maka pelajari dari kesilapan kami, ambil langkah berjaga:

·       - tidak keluar ke tempat yang sesak.
·    berusaha untuk tidak makan ditempat umum/terbuka.
·       terus berada di dalam rumah
·      -  peka dan dengar kepada arahan kesihatan
·    berinteraksi dalam jarak meter, jangan terlalu hampir.
·      -  segera dapatkan rawatan
·       mengambil vit c

Ambil berat dengan diri anda dan yang anda sayangi

Sabtu, 14 Mac 2020

MAHATHIR TERUS MENERUS MEMFITNAH DR. MASZLEE

KUALA LUMPUR – DR MASZLEE MALIK MENYANGKAL DAKWAAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD yang menyatakan beliau yang meminta orang Cina belajar tulisan khat.
Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah perkenalkan tulisan khat ini kepada pelajar Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam buku teks Bahasa Melayu cetakan 2015.
Waktu tu, katanya, PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) PUN MASIH BELUM DITUBUHKAN dan ketika itu beliau merupakan seorang pensyarah biasa dan tidak terlibat dengan pembentukan Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR).
”Justeru adalah salah untuk mengatakan Pakatan Harapan atau saya yang menyuruh orang Cina belajar tulisan khat (Jawi).
”Salah untuk mengatakan “kita tak minta MCA terima pun,” jelas Maszlee dalam surat kepada Dr Mahathir bagi mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai isu tulisan Jawi yang menjadi polemik dalam Kerajaan Pakatan Harapan.
Dalam wawancara itu, Dr Mahathir berkata, dulu kerajaan tidak minta pun MCA menerima tulisan itu tetapi apabila semasa pemerintahan Pakatan Harapan, MENTERI (PENDIDIKAN) MAHU ORANG CINA BELAJAR TULISAN KHAT.{ayat jahat MADEY}
Menurut Dr Mahathir lagi, sebab itu selama 60 tahun, tidak pernah dengar MCA tolak tulisan Jawi kerana kerajaan ketika itu tidak pernah minta orang Cina belajar.
”Khat berkenaan dengan agama, banyak kaitan dengan agama. Kita tulis Allah, kita tulis Muhammad. Lepas tu kita suruh diorang tulis Jawi. Apa perlunya kita suruh dia tulis jawi. Jadi kita timbulkan masalah di mana tidak ada masalah.
”Lepas tu bila dia tak bersetuju, ha, kita kata dia tak bersetuju. Benda tu bukan masalah. Dulu selama 60 tahun kita memerintah, kita tak pernah dengar MCA tolak Jawi. Pasal kita tak suruh dia belajar Jawi. Ni tiba-tiba kita suruh dia (belajar),” kata Dr Mahathir ketika diwawancara oleh sebuah media baru-baru ini
Rujukan:KLIK DISINI

Khamis, 12 Mac 2020

SEMUA AHLI LEMBAGA PENGARAH YADIM WAJAR LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu SUPAYA YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) DIKEMBALIKAN KE LANDASAN ASAL.
Katanya, DAKWA HARUS MERENTASI PARTI POLITIK, justeri semua Ahli Lembaga Pengarah YADIM lantikan zaman kerajaan Pakatan Harapan wajar meletakkan jawatan secara terhormat.
“Beri peluang Menteri Agama baharu melantik ahli lembaga pengarah baharu yang mampu mengembalikan kegemilangan YADIM sebagai institusi dakwah berwibawa negara melangkaui agenda politik kepartian,” katanya

Rujukan: KLIK DISINI

Ahad, 8 Mac 2020

MAHATHIR DAN ANWAR TAK FAHAM2 KE NAK BERUNDUR?

CENDEKIAWAN sains politik, Dr Chandra Muzaffar ialah sahabat baik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998. Chandralah antara orang yang paling kuat membelanya. Malah Chandra sendiri dipilih menjadi Timbalan Presiden pertama Keadilan (kini PKR) iaitu parti yang ditubuhkan untuk menyambung sisa-sisa perjuangan Anwar.
Bagaimanapun dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Chandra berterus terang mengatakan bahawa PRESIDEN PKR ITU HARUS BERSARA daripada dunia politik, BEGITU JUGA DR MAHATHIR.
Katanya, krisis peralihan kuasa yang menyaksikan TUMBANGNYA KERAJAAN 22 BULAN Pakatan Harapan baru-baru ini sebahagian besarnya BERPUNCA DARIPADA CITA-CITA DAN PERSETERUAN ANTARA DUA LELAKI INI IAITU ANWAR DAN DR MAHATHIR.
Dalam wawancara selama hampir dua jam bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin, Timbalan Pengarang Berita, Zuki Pileh dan wartawan Mohd Hafiz Ismail Chandara juga menekankan betapa pentingnya peranan raja-raja dalam menyelesaikan persaingan politik di negara ini.
CHANDRA: Ia suatu yang LUAR BIASA, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kita. Apa yang positif dalam perkembangan ini ialah kejatuhan sebuah parti politik yang dipilih secara demokratik 22 bulan lalu. Ia dipilih untuk menggantikan suatu gabungan yang berkuasa selama 61 tahun.
Dari segi politik dan demokrasi, ini adalah suatu yang luar biasa kerana perubahannya yang begitu besar. Ia berlaku tanpa pertumpahan darah, tanpa keganasan dan tidak pernah berlaku di tempat-tempat lain. Saya menganggapnya sebagai pencapaian terbesar, bukan soal siapa menang siapa kalah.
Kita telah mencapai satu perubahan yang begitu bermakna dari segi politik. Begitu juga apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minggu ini, peristiwa Pakatan Harapan tumbang dan digantikan oleh gabungan baharu. Perubahan ini juga berlaku tanpa pertumpahan darah. Sekali lagi parti politik yang dipilih, yang berkuasa tiba-tiba tumbang. Tetapi kali ini proses perubahan berlaku melalui rundingan, melalui usaha mencari kawan baharu, ketepikan kawan lama. Ini juga satu yang luar biasa.
Rujukan: KLIK DISINI

Rabu, 4 Mac 2020

KERAKUSAN DAP, LIM GUAN ENG DIBONGKAR > JANGAN DILEPASKAN

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Suraya Yaacob MELAHIRKAN KEMARAHAN TERHADAP DAP ekoran pendedahan oleh Zul Fikri Zamir (ZF Zamir) iaitu bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

ZF Zamir mendedahkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) yang didominasi DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengawal segala keputusan dilakukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu.

“Jika ini benar, jelaslah agenda DAP, wajah sebenar hipokrasi DAP, pembohongan, tipu daya DAPCELAKALAH GUAN ENG. Moga jahanamlah pihak yang sanggup menjadi talibarut DAP!” tegas Suraya yang juga ADUN Sungai Tiang dalam kenyataan menerusi Facebooknya, hari ini.

Dalam pendedahan itu, dikatakan antaranya ialah bajet keselamatan sekolah yang dipotong RM50.7 juta manakala bajet kebersihan sekolah pula dipotong RM427.3 juta, maka, 1,382 syarikat terjejas dan 10,406 pekerja dibuang.

Selain itu Institut Terjemahan Buku Negara (ITMB) juga diarahkan tutup yang mana 96% daripada pekerjanya adalah orang Melayu dan 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) diarahkan tutup semata-mata untuk menjimatkan RM213 juta kerana tidak perlu bayar elaun pelatih guru.

Di sekolah pula, bajet kokurikulum tidak lagi turun, hinggakan sekolah tidak lagi mempunyai wang untuk membuat program keagamaan seperti Maulidur Rasul atau untuk membeli air mineral bagi murid yang mewakili sekolah ke kejohanan olahraga.

Ribuan program badan beruniform seperti kawad kaki dan program sukan di sekolah dibatalkan.

Namun yang peliknya berjuta diberikan kepada sekolah-sekolah SJKC oleh Lim Guan Eng dan Teo Nie Ching.

Dilaporkan, semalam ZF Zamir mendedahkan menerusi tulisan di Malaysian Insight, dalam beberapa mesyuarat bersama, MOF menekan supaya KPM memotong pelbagai bajet hinggakan banyak perkara tidak boleh dilaksana oleh KPM ekoran dipotong atau disekat oleh MOF di bawah Lim Guan Eng.

Dedahnya, satu insiden berlaku dalam sebuah mesyuarat membabitkan Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Dr Maszlee.

Rujukan: KLIK DISINI

Selasa, 3 Mac 2020

NAJIB DEDAH KENAPA TUN M MEMBENCINYA

KUALA LUMPUR- Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri, DATUK SERI NAJIB RAZAK MEMBUKA MULUT MENGENAI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.
Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai pembunuh dan penyangak.
Menurut Najib, KISAH BERMULA apabila beliau tidak menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berhasrat untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada akhir 2013.
Beliau tidak menyokong Mukhriz sebagai naib presiden parti kerana baharu sahaja melantik anak Mahathir itu sebagai Menteri Besar Kedah.
Beliau berpendapat, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu perlu meraih sebanyak mungkin pengalaman terlebih dahulu.
Malah beliau sendiri mengambil masa selama lima tahun sebelum dapat memasuki kerajaan Persekutuan manakala Mukhriz pula tidak pernah mempunyai pengalaman  dalam pentadbiran dan hanya dilantik sebagai timbalan menteri sahaja.
“SELAMA INI SAYA BERTAHAN. SAYA CUBA UNTUK TUTUP MULUT kerana saya masih menghormati dia (Mahathir). Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua.
“Lebih-lebih lagi, saya tidak boleh menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana dia pernah menyokong saya menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Selain itu, Mahathir juga marah kepada Najib dalam ISU MALAYSIA AIRLINES di mana bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu MAHU (MAS) DISWASTAKAN DAN DIJUAL KEPADA SEORANG AHLI PERNIAGAAN YANG RAPAT DENGANNYA.
Satu lagi isu yang menimbulkan kemarahan Mahathir adalah KEGAGALAN NAJIB MENGHIDUPKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK.
Jelas Najib, beliau telah cuba menghidupkan kembali projek berkenaan tetapi ditolak oleh kerajaan negeri Johor dan Singapura
“Jika negara Singapura tak mahu, apa yang kita boleh buat? Takkan kita nak berperang dengan mereka atau bergaduh dengan negara jiran selama berpuluh tahun kerana satu jambatan bengkok?
“Kita perlukan persetujuan dari mereka jika mahu bina jambatan baru.
“Selepas PRU-14, kerajaan PH semasa dia PM7 pun pernah menghidupkan semula projek jambatan bengkok ini dan sekali lagi PM7 tidak berjaya,” katanya lagi.
Mahathir juga menurut Najib tidak setuju dengan tindakannya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggantikannya dengan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala Undang-Undang Buang Negara digantikan dengan POTA dan POCA yang lebih adil.
Tambah Najib, Mahathir juga memarahnya kerana menolak permohonan kereta nasional itu untuk mendapatkan geran percuma bernilai RM3 bilion daripada kerajaan.
“Pada masa itu, ianya sukar untuk kerajaan BN dulu memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang sudahpun 100 peratus milik swasta.
“Lagipun, pendapat kita ialah jikapun kita memberi geran begitu besar ianya masih sukar untuk Proton untuk menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baru kerana pasaran tempatan terlalu kecil.
“Setelah geran ini ditolak sekali lagi, PM ke-4 pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan Ogos 2014,” katanya lagi.
Kerajaan BN bagaimanapun tetap meluluskan geran bernilai RM1.7 bilion kepada Proton.
Hasrat Najib untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dengan menaikkan kadar gaji minimum juga tentangan Mahathir yang berpendapat, ia hanya akan meningkatkan kos kepada kilang dan pelabur.
Sedangkan beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang kompetitif berdasarkan inovasi dan produktiviti dan bukannya kerana kos rendah, kata Najib.
“Selepas dia tarik sokongan terhadap saya pada bulan Ogos 2014, dia mula mengambil langkah untuk menjatuhkan saya sebagai PM kerana dia mahu seorang PM yang akan patuh 100 peratus kepada kehendak dia dan kawan-kawan dia.
“Lalu pada awal tahun 2015, PM ke-4 pun bertemu dengan Clare Brown di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menggunakan isu 1MDB untuk menyerang saya.
“Dengan pertolongan dari ketua-ketua institusi negara yang dilantik semasa dia PM ke-4, dia akhirnya berjaya menjatuhkan saya sebagai PM. (Lalu, ketua-ketua institusi ini dilantik ke jawatan-jawatan lumayan di bawah kerajaan PH)
“Itulah kisah benar apa yang pernah berlaku tanpa sebarang fitnah. Selebihnya adalah sejarah,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Isnin, 2 Mac 2020

YDPA MENYELAMATKAN KEADAAN: "MELAYU TERTIPU LAGI" TUN DR. MAHATHIR BUAT MASALAH

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD
Former Chief Justice of Malaysia

Pada 28 02 2020, lebih kurang jam 11.00 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk “Melayu Tertipu Lagi” dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya:

Orang yang mengagalkan penubuhan kerajaan PN adalah Tun Dr. Mahathir.

Dalam peristiwa ini, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka daripada arena politik negara….

UMNO, PAS, Bersatu (termasuk kumpulan Azmin) hendaklah bersatu teguh. Saya percaya, jika perikatan mereka kuat, parti-parti di Sabah dan Sarawak, MCA dan MIC akan menyertai mereka yang berkemungkinan membolehkan mereka menubuh kerajaan baru. Tetapi, ini hanya boleh dilakukan tanpa Tun Dr Mahathir dalam Bersatu kerana beliau tidak boleh menerima UMNO sebagai satu parti.

Pada masa itu, belum nampak penyelesaian krisis itu. Terdapat tiga kumpulan, kumpulan Tun Dr. Mahathir, kumpulan DS Anwar dan kumpulan TS Muhyiddin yang disokong kuat oleh UMNO dan PAS, masing-masing tidak mempunyai majoriti.

Dalam masa 24 jam sehingga petang 29 02 2020, kita dengar cerita berbagai-bagai perkembangan; PH mencalonkan DS Anwar sebagai calon PM; DS Anwar dan pemimpin-pemimpin DAP dengan angkuh mengatakan “we have the numbers”; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Waritan Sabah (Warisan) sekejap diberitakan menyokong Tun Dr. Mahathir, sekejap meyokong DS Anwar dan sekejap menyokong TS Muhyiddin; DS Anwar sekejap menyokong Tun Dr Mahathir, sekejap menawarkan dirinya sebagai calon dan berlagak seperti sudah pasti akan dilantik; TUN DR MAHATHIR YANG ENGGAN MENERIMA KEKALAHAN, bermodalkan sokongan GPS dan Warisan, membuat perkiraan dengan PKR, DAP dan Amanah untuk ditonjolkan semula sebagai calon PH, yang bererti kerajaan PH yang ditamatkannya dengan perletakan jawatannya hendak dihidupkan semula dan DS Anwar sanggup mengundur diri daripada menjadi calon PM demi menyelamatkan kerajaan PH.

Perkembangan yang terakhir disebut itu menunjukkan sejauh mana DS Anwar dan Lim Kit Siang sangup berkompromi untuk menyelamatkan kerajaan PH kerana, mereka tahu, JIKA MEREKA TERLEPAS KUASA, MEREKA AKAN BERADA DI KEDUDUKAN YANG MERUGIKAN.

AKHIRNYA, PADA PETANG 29 02 2020, terbitlah kenyataan Istana Negara yang dengan rasminya mengatakan bahawa YDPA TELAH BERKENAN MELANTIK TS MUHYIDDIN SEBAGAI PERDANA METERI KELAPAN.

Kita berhenti di sini dahulu untuk membuat beberapa pemerhatian.

Dengan keluarnya kenyataan itu, tamatlah krisis seminggu itu. (Apa yang akan berlaku selepas itu, akan dibincang berikutnya.)

Dengan terlantiknya TS Muhyiddin sebagai PM, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar tersingkir daripada perebutan untuk menjadi PM.
MEREKA AKAN TERUS MENIMBULKAN MASALAH. Itu keistimewaan dan kepakaran mereka berdua. Diharapkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sudah muak dengan tindak tanduk mereka dan mengenepikan mereka untuk selama-lamanya.
Orang Melayu merasa lega kerana tidak lagi akan melihat karenah Lim Guan Eng, Mujahid, Waytha Moorhy, Theresa Kok, Syed Sdiq, Mat Sabu dan lain-lain.

Peletakan jawatan Tommy Thomas memberi nafas lega kepada lebih seribu pegawai-pegawai perundangan, ada yang telah memberi perkhidmatan lebih daripada tiga puluh tahun, menjadi pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak diber kepercayaan terhadap kepakaran mereka mereka oleh Tommy Thomas. Sebaliknya beliau melantik peguam-peguam swasta dan dibayar upah dengan wang pembayar cukai. Diharapkan seorang pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti beliau. Demikian juga diharapkan seorang pegawai MACC yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik MENGGANTI LATEEFA KOYA.

Tetapi, sebaik sahaja kenyataan itu diterbitkan, pemimpin-pemimpin PH, diketuai Tun Dr Mahathir bersama-sama DS Anwar telah menolak keputusan yang dibuat oleh YDPA itu. Itu tidak menghairankan.

Mereka akan merayu dengan lemah longlai untuk mendapat pengampunan. Mereka terima pengampunan walau pun cara dilakukannya menyalahi prosedur yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Tetapi, apabila YDPA membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, YDPA PUN MEREKA TENTANG. Ini menunjukkan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mempunyai had dan batasan.

PERKARA 40 (2), PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN:

“Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;”
Perlembagaan tidak menetapkan bagaimana baginda hendak melaksanakan budibicara itu. Tetapi, adalah patut bahawa baginda melantik seorang ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Prlimen. Jika tidak, undi tidak percaya mungkin akan dibuat dan, jika berjaya, PM itu hendaklah meletak jawatan dan masalah berulang semula.

Dalan kata-kata lain, YDPA tidak dikehendaki menemuduga setiap ahli Parlimen, apatah lagi mengambil kira senarai yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir, untuk membuat keputusan itu.

Sekarang, keputusan telah dibuat, PM telah dilantik, tak usahlah memperdulikan apa kata Tun Dr Mahathir, mahupun senarainya. Jika beliau dan PH tidak berpuashati, mereka bolehlah mengemukakan undi tidak percaya di Parlimen. Itu caranya, bukan mencabar budibicara YDPA.

Bagaimana kedudukan Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli Parlimen dalam senarai Tun Dr Mahathir yang tidak menyokong TS Muhyiddin, dalam Bersatu? Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya “Melayu Tertipu Lagi”, jika mereka tidak mengikut pendirian parti, singkirkan mereka.

Pagi ini, saya teruja melihat pemimpin-pemimpin UMNO. PAS dan Bersatu bersama-sama ke Istana Negara untuk menubuh kerajaan baru. Di harapkan ia berkekalan. GPS dan Warisan eloklah berfikir semula dan tidak lagi mengikut Tun Dr Mahathir ke mana sahaja yang dibawanya. SUDAH TIBA MASANYA BELIAU DITINGGALKAN ATAU DISINGKIRKAN.

Beliau telah terlalu banyak membuat masalah sepanjang tempoh beliau menjadi PM:
* menyebabkan krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja sebanyak dua kali;
* menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas;
*  menyebabkan UMNO dibatalkan;
* bergaduh dengan Tun Musa Hitam;
* bergaduh dengan DS Anwar;
* bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi;
* bergaduh dengan DS Najib;
* menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada DAP;
* menyebabkan krisis Perlembagaan lagi sekarang;
* mencabar YDPA;
* masuk keluar UMNO entah berapa kali. Nampaknya selagi beliau ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah.

KITA MULAKAN HARI BARU, TANPA TUN DR. MAHATHIR, DS ANWAR DAN LIM KIT SIANG.

01 03 2020


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...