Isnin, 24 Februari 2020

#PERALIHAN KUASA: GEMPA BERSKALA BESAR DALAM PH MELANDA KETIKA INI

 “TIADA konsesus kabinet,” inilah kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tatkala mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad mengenai isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilihat mula memberi signal menentang arus.

Kemudian disusuli kenyataan bapanya, Lim Kit Siang selaku penasihat DAP yang bernada mengugut Tun Mahathir untuk keluar PH jika terus menerus PM menerima kemasukan wakil rakyat dan pemimpin Umno ke dalam PPBM.
Umum tahu bahawa Tun Dr Mahathir sebenarnya sangat tidak selesa dengan tindak tanduk DAP sejak sekian lama kerana sikap rasis DAP sejak sekian lamanya.
Begitu juga umum juga tahu DAP cukup pesimis terhadap Perdana Menteri itu sejak dahulu lagi kerana isu isu yang mengheret bekas Presiden Umno itu semasa menerajui Umno dan negara 22 tahun lalu, apatah lagi dalam OPERASI LALANG, ramai dalam kalangan pemimpin DAP dan PAS yang kini sudah melompat ke PAN ditahan antaranya Kit Siang, Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
Kemudian dalam kes Guan Eng menentang Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dikaitkan dengan skandal dengan seorang remaja perempuan juga Guan Eng terpenjara, ketika itu PM negara juga Mahathir.
Begitu juga sebaliknya, Mahathir pastinya ingat kecaman demi kecaman dan hentaman demi hentaman kata kesat dan LABEL-MELABEL YANG DIBUAT DAP dan (bekas PAS yang kini jadi pemimpin PAN) ke atasnya, gelaran “Mahathir Taghut, Mahazalim, Mahafiraun” dan sebagainya sememangnya SANGAT MENGGURIS HATI MAHATHIR.
Cumanya MEREKA BERSATU ATAS DASAR EMOSI dan mahu ke mercu kuasa dalan PRU14, dan sebenarnya tidak sedikit perbezaan pandangan antara DAP dan PPBM yang dipimpin Tun Mahathir.
MAHATHIR LEMAS DAN BOSAN DENGAN SIKAP DAP yang mula menunjukkan sikap “Raja” mereka dalam konsesus PH. Apa sahaja keputusan PM bakal disodok dengan kenyataan balas pemimpin DAP sama ada yang berstatus menteri kabinet ataupun ahli Parlimen dengan menolak hujah-hujah PM termasuk dalam isu ICERD.
Jelas sekali DAP CUBA MENJADI “ABANG LONG” yang langsung tidak menghormati kedudukan PM selaku ketua pentadbiran PH dan kerajaan.
Malah api kebencian dan sandiwara mula bermain dalam alam nyata, sepertimana DAP MENJELMAKAN SIKAP TIDAK CENDERUNG KEPADA ISLAM semasa mengikat tahaluf bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.
Wajah DAP dan beberapa kumpulan dalam PKR yang tidak sehaluan dengan gandingan Tun Mahathir bersama Azmin Ali amat jelas kelihatan.
Kajian terkini Rafizi Ramli ke atas kemerosotan sokongan dan keyakinan rakyat ke atas PH bukan kajian sehala, ia serampang dua mata, Rafizi amat dikenali sebagai penyokong kuat ANWAR IBRAHIM YANG SEDANG KEMARUK UNTUK MENJADI PM selepas Mahathir, sedangkan Mahathir tidak langsung menunjukkan signal mahu berehat.
Umum dapat melihat kebimbangan Mahathir untuk meninggalkan pentadbiran negara tatkala realitinya MENTERI-MENTERI DI BAWAHNYA SANGAT TIDAK BERKUALITI sebagai menteri, malah masih kekal sikap sebagai pembangkang.
Lihat sahaja sikap GUAN ENG, MENTERI KEWANGAN YANG UMPAMA KETUA PEMBANGKANG, TIDAK ADA IDEA MAHU MEMACU EKONOMI DENGAN BAIK, malah tidak habis-habis mengulang isu yang sama iaitu kes hutang dan penyelewengan kerajaan terdahulu.
Sedangkan rakyat menanti apa formula yang hendak dikemukakan kerajaan khasnya menteri kewangan dalam menyelesaikan masalah ekonomi hari ini.
Janji-janji manifesto PRU14 sekadar janji palsu yang tidak akan tertunai, malah boleh dipermainkan pula janji dengan alasan terlalu “rendah kualiti jawapan” yang tidak meletakkan standard jawapan bertaraf menteri.
Ini barangkali menjadikan Tun Mahathir pening kepala kerana tidak menyangka rakan kongsi dalam PH yang diangkat jadi menteri hanya bertaraf pembahas pembangkang tanpa idea yang bernas.
Sindrom duduk di kelas kepembangkangan jelas ketara dengan kaedah menteri-menteri mengendali isu-isu yang dihadapkan kepadanya.
Sebijak-bijak menteri di salah satu kementerian berkaitan pertanian memberi idea semasa bergelar ahli Parlimen pembangkang, apabila menjadi menteri, dia memberi idea yang jauh kuno berbanding Dato’ Ahmad Maslan yang kerap menjadi bahan tertawa semasa jadi menteri.
KINI AHMAD MASLAN JAUH DILIHAT BIJAK BERBANDING RAKAN SENEGERI KEPADA PEMBANGKANG YANG TELAH MENJADI MENTERI ITU.
TANAM NENAS DI BELAKANG RUMAH NELAYAN yang mana tanah belakang rumah nelayan adalah tanah pasir pantai, bijak sungguh menteri PH mengemuka idea hingga menjadi bahan tertawa.
Rakyat semakin dapat melihat bagaimana Tun Mahathir terpaksa memerah idea mencari jalan menerajui negara dalam keadaan menteri yang ada sangat tidak membantunya.
Kini dia dihadapkan pula dengan isu kecamukan dalam PH yang tidak kesudahan, malah hingga memeritkan telinganya selaku orang nombor satu kabinet Malaysia.
Apapun, hakikatnya kini rakyat dapat melihat sebenarnya PH hanya pandai berkokok semasa menjadi pembangkang, selepas menjadi kerajaan mereka berbalah sesama sendiri kerana perbezaan yang sangat jelas.
Rakyat mula hilang keyakinan kepada gabungan ini, dan ramai yang yakin walaupun mungkin PH boleh bertahan hingga akhir penggal, namun pemerintahan mereka bakal menjadi paling panas dan tidak menyelesaikan masalah rakyat.
Usai penggal ini PH bakal berpecah dan di sanalah rakyat akan melihat bertapa “ABANG LONG DAP” rakan sepakat yang amat susah bersama kerana sifat semulajadinya mahu menguasai dan tidak mahu bersama. – HARAKAHDAILY27/12/2018

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...