Translate

29/12/2019

13 MEI 1969 SEJARAH HITAM NEGARA - RENUNGKAN LAH

Salam. Hari ini aku ingin menyingkap kembali peristiwa hitam yg berlaku dlm sejarah negara kita iaitu rusuhan kaum yg berlaku pada 13 Mei 1969. So sila lah baca dengan hati yang tenang.

PERISTIWA 13 MEI 1969 masih segar diingatan setiap rakyat Malaysia walaupun ianya telah berlaku lebih kurang 50 tahun yang lalu. Apakah peristiwa 13 Mei 1969?  Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku di Malaysia dan telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di dalam negara.

Ianya telah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 dan telah melibatkan dua kaum majoriti di negara ini iaitu kaum Melayu dan Cina. Peristiwa yang sungguh menyayat hati ini telah mengorbankan banyak nyawa serta melibatkan banyak kemusnahan harta benda.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, angka rasmi kematian dan kemusnahan harta benda ialah:

Angka rasmi ini adalah berdasarkan buku yang bertajuk 13 Mei: Sebelum dan Selepas (Penulis: Tunku Abdul Rahman):

*     Mati: 196 orang
*     Cedera: 439 orang
*     Hilang: 39 orang
*     Ditahan: 9143 orang
*     Kemusnahan harta benda: 211 kenderaan  
musnah

STATISTIK TIDAK RASMI PULA IALAH:

*     Melayu: 86 orang
*     Cina: 342 orang
*     Lain-lain: 3 orang

Berdasarkan tesis Ph.D daripada Universiti California menganggarkan:

Kematian: 20, 000 orang

Walau bagaimanapun, jumlah kematian dan kemusnahan sebenar dalam peristiwa berdarah ini masih tidak dapat dipastikan. Hal ini kerana terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa terdapat banyak lori yang membawa mayat-mayat yang tidak sempurna untuk dihantar ke Balai Polis Jalan Travers.

Selain itu, banyak bilik mayat di hospital-hospital berdekatan dengan kawasan rusuhan tidak dapat menampung jumlah mayat mangsa yang terkorban.

Apakah faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969? Terdapat banyak faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei ini. Antara faktor-faktor yang mencetuskan peristiwa rusuhan kaum ini ialah:

1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun (Masyarakat Cina dilayan dengan teruk)
2.   Dasar Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu (Masyarakat Melayu ditindas)
3.   Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris
4.   Latar belakang pendidikan yang berbeza
5.   Pertelingkahan parti politik
6.   Perasaan tidak puas hati terhadap Hak Istimewa Orang Melayu.
7.   Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi negara

Walau bagaimanapun, FAKTOR UTAMA YANG MENCETUSKAN TRAGEDI 13 MEI 1969 ini adalah berikutan kemenangan besar parti pembangkang dalam keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Hal ini telah menyebabkan Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen, meskipun berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Selepas daripada kemenangan pilihanraya tersebut, pihak pembangkang bercadang untuk membuat perarakan kemenangan bagi meraikan kejayaan tersebut.

Hal ini telah menyebabkan PENDUDUK MELAYU DI KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR BERASA TERANCAM dengan kemenangan pihak pembangkang tersebut.

Dalam perarakan kemenangan tersebut, KAUM CINA TELAH MENGHINA KAUM MELAYU dengan melaungkan pelbagai slogan yang menghina kaum Melayu.  Selain itu, mereka juga turut MEMBUAT PENYAPU BESAR dan mengikat pada kenderaan dengan tujuan sebagai simbol untuk menghalau atau menyingkir orang Melayu. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu merasa tercabar.

Oleh itu, orang Melayu telah bercadang untuk mengadakan perarakan balas dan telah berkumpul dirumah Menteri Besar Selangor pada waktu itu iaitu Dato’ Harun Idris di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sewaktu berkumpul orang Melayu telah membawa senjata seperti parang panjang dan pedang untuk berkumpul. Selain itu, penduduk Melayu yang berkumpul turut TERDENGAR KHABAR ANGIN mengenai seorang wanita mengandung mati dibunuh dengan menggunakan besi penggantung babi. Hal ini telah menyebabkan tercetusnya peristiwa bersejarah ini.

Sewaktu berlakunya rusuhan kaum ini, terdapat ramai saksi yang menyatakan bahawa mereka melihat berpuluh-puluh parang terbang MEMENGGAL KEPALA ORANG CINA. Hal ini telah menyebabkan mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu berasa gerun dan gentar.

Tahukah kalian bagaimana parang tersebut terbang? Jawapannya ada pada bangsa Melayu itu sendiri. Ia adalah merupakan salah satu daripada ilmu kebatinan Melayu. Parang-parang terbang pada waktu itu adalah merupakan ilmu kebatinan yang diamalkan oleh TENTERA SELENDANG MERAH atau SELEMPANG MERAH yang datang dari BATU PAHAT DAN MUAR (Tentera Selendang atau Selempang Merah ini adalah tentera DIBAWAH PIMPINAN KIAI SALLEH yang menentang kekejaman komunis di Muar dan Batu Pahat sewaktu PKM mengganas di Tanah Melayu selepas penjajahan Jepun).

Sebenarnya tentera-tentera selendang merah ini mengamalkan Ayat Empat dan memakai selempang merah. Selempang merah tersebut akan didoakan supaya mudah-mudahan si pemakai selempang merah tersebut mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T. Secara zahirnya mungkin selempang merah yang dipakai oleh para pejuang tersebut hanya untuk menaikkan semangat mereka. Namun demikian kita tidak pasti rahsia disebalik pemakaian selempang merah ini. Wallahua’lam.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...