Ahad, 29 Disember 2019

13 MEI 1969 SEJARAH HITAM NEGARA - RENUNGKAN LAH

Salam. Hari ini aku ingin menyingkap kembali peristiwa hitam yg berlaku dlm sejarah negara kita iaitu rusuhan kaum yg berlaku pada 13 Mei 1969. So sila lah baca dengan hati yang tenang.

PERISTIWA 13 MEI 1969 masih segar diingatan setiap rakyat Malaysia walaupun ianya telah berlaku lebih kurang 50 tahun yang lalu. Apakah peristiwa 13 Mei 1969?  Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku di Malaysia dan telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di dalam negara.

Ianya telah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 dan telah melibatkan dua kaum majoriti di negara ini iaitu kaum Melayu dan Cina. Peristiwa yang sungguh menyayat hati ini telah mengorbankan banyak nyawa serta melibatkan banyak kemusnahan harta benda.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, angka rasmi kematian dan kemusnahan harta benda ialah:

Angka rasmi ini adalah berdasarkan buku yang bertajuk 13 Mei: Sebelum dan Selepas (Penulis: Tunku Abdul Rahman):

*     Mati: 196 orang
*     Cedera: 439 orang
*     Hilang: 39 orang
*     Ditahan: 9143 orang
*     Kemusnahan harta benda: 211 kenderaan  
musnah

STATISTIK TIDAK RASMI PULA IALAH:

*     Melayu: 86 orang
*     Cina: 342 orang
*     Lain-lain: 3 orang

Berdasarkan tesis Ph.D daripada Universiti California menganggarkan:

Kematian: 20, 000 orang

Walau bagaimanapun, jumlah kematian dan kemusnahan sebenar dalam peristiwa berdarah ini masih tidak dapat dipastikan. Hal ini kerana terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa terdapat banyak lori yang membawa mayat-mayat yang tidak sempurna untuk dihantar ke Balai Polis Jalan Travers.

Selain itu, banyak bilik mayat di hospital-hospital berdekatan dengan kawasan rusuhan tidak dapat menampung jumlah mayat mangsa yang terkorban.

Apakah faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969? Terdapat banyak faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei ini. Antara faktor-faktor yang mencetuskan peristiwa rusuhan kaum ini ialah:

1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun (Masyarakat Cina dilayan dengan teruk)
2.   Dasar Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu (Masyarakat Melayu ditindas)
3.   Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris
4.   Latar belakang pendidikan yang berbeza
5.   Pertelingkahan parti politik
6.   Perasaan tidak puas hati terhadap Hak Istimewa Orang Melayu.
7.   Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi negara

Walau bagaimanapun, FAKTOR UTAMA YANG MENCETUSKAN TRAGEDI 13 MEI 1969 ini adalah berikutan kemenangan besar parti pembangkang dalam keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Hal ini telah menyebabkan Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen, meskipun berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Selepas daripada kemenangan pilihanraya tersebut, pihak pembangkang bercadang untuk membuat perarakan kemenangan bagi meraikan kejayaan tersebut.

Hal ini telah menyebabkan PENDUDUK MELAYU DI KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR BERASA TERANCAM dengan kemenangan pihak pembangkang tersebut.

Dalam perarakan kemenangan tersebut, KAUM CINA TELAH MENGHINA KAUM MELAYU dengan melaungkan pelbagai slogan yang menghina kaum Melayu.  Selain itu, mereka juga turut MEMBUAT PENYAPU BESAR dan mengikat pada kenderaan dengan tujuan sebagai simbol untuk menghalau atau menyingkir orang Melayu. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu merasa tercabar.

Oleh itu, orang Melayu telah bercadang untuk mengadakan perarakan balas dan telah berkumpul dirumah Menteri Besar Selangor pada waktu itu iaitu Dato’ Harun Idris di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sewaktu berkumpul orang Melayu telah membawa senjata seperti parang panjang dan pedang untuk berkumpul. Selain itu, penduduk Melayu yang berkumpul turut TERDENGAR KHABAR ANGIN mengenai seorang wanita mengandung mati dibunuh dengan menggunakan besi penggantung babi. Hal ini telah menyebabkan tercetusnya peristiwa bersejarah ini.

Sewaktu berlakunya rusuhan kaum ini, terdapat ramai saksi yang menyatakan bahawa mereka melihat berpuluh-puluh parang terbang MEMENGGAL KEPALA ORANG CINA. Hal ini telah menyebabkan mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu berasa gerun dan gentar.

Tahukah kalian bagaimana parang tersebut terbang? Jawapannya ada pada bangsa Melayu itu sendiri. Ia adalah merupakan salah satu daripada ilmu kebatinan Melayu. Parang-parang terbang pada waktu itu adalah merupakan ilmu kebatinan yang diamalkan oleh TENTERA SELENDANG MERAH atau SELEMPANG MERAH yang datang dari BATU PAHAT DAN MUAR (Tentera Selendang atau Selempang Merah ini adalah tentera DIBAWAH PIMPINAN KIAI SALLEH yang menentang kekejaman komunis di Muar dan Batu Pahat sewaktu PKM mengganas di Tanah Melayu selepas penjajahan Jepun).

Sebenarnya tentera-tentera selendang merah ini mengamalkan Ayat Empat dan memakai selempang merah. Selempang merah tersebut akan didoakan supaya mudah-mudahan si pemakai selempang merah tersebut mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T. Secara zahirnya mungkin selempang merah yang dipakai oleh para pejuang tersebut hanya untuk menaikkan semangat mereka. Namun demikian kita tidak pasti rahsia disebalik pemakaian selempang merah ini. Wallahua’lam.

Rujukan: KLIK DISINI

Khamis, 26 Disember 2019

ANCAMAN KOMUNIS SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN' PERLU DIBENDUNG SEGERA

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ANCAMAN KOMUNIS MERUPAKAN PERKARA YANG SANGAT SERIUS.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan ideologi komunisme tidak berkembang di negara ini.

“Kita mahu menyedarkan rakyat dan kerajaan bahawa ancaman komunis bukan main-main kerana MEREKA (DAP) SUDAH LAMA MERANCANG PERKARA INI,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Perhimpunan Pejuang Negara Menentang Kebangkitan Ideologi Komunisme di Padang Merbok di sini semalam.

Menurutnya, tindakan membawa pulang abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilihat usaha mengangkat ideologi komunisme walaupun PERTUBUHAN ITU TELAH DIHARAMKAN di negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), DATUK WONG PUI LAM BERKATA, IDEOLOGI KOMUNIS TIDAK BOLEH DIBIARKAN DI NEGARA INI.

Menurutnya, pelbagai perkara yang berlaku mutakhir ini dipercayai CARA HALUS PIHAK TERTENTU UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN KOMUNIS.

KITA TIDAK SEPATUTNYA MEMBENARKAN PKM MENYEBARKAN IDEOLOGINYA. Walaupun PKM telah diharamkan tetapi ada anasir-anasir pro komunis yang cuba disebarkan kembali.

"APA CARA SEKALIPUN KERAJAAN PERLU AMBIL TINDAKAN,” KATANYA.

Menurutnya, jika ideologi komunisme ini tidak dibendung, dibimbangi AKAN MENGGUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA.

Selasa, 24 Disember 2019

PRODUK BUKAN ISLAM TAK PERLU PAKAI TULISAN JAWI ???

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan SIJIL HALAL DALAM TULISAN MENGIKUT BANGSA PEMILIK PRODUK.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan Jawi.
Katanya, begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.
Ini tegas beliau sebagai tanda akur PPIM berhubung PENOLAKAN TULISAN JAWI OLEH PERSATUAN CINA, DONG ZONG bagi pelaksanaan dalam kurikulum sekolah tahun depan.
MEREKA (DONG ZONG) TAK NAK JAWI, okey. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.
Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas KUASA MEMBELI DALAM KALANGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.
Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya kepada media pada majlis kempen membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo di sini, hari ini.
Dr. Maamor turut memberi contoh seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam.
Jelas beliau, tujuan pemilik menggunakan jenama Melayu dan nama lebih Islamik kerana UNTUK MENGELIRUKAN PEMBELI ISLAM KONONNYA MAKANAN ITU HALAL.
“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.
“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette
Rujukan: KLIK DISINI

Isnin, 23 Disember 2019

JANGAN TERMAKAN TIPU HELAH LIM KIT SIANG

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan tiada asas untuk bimbang dengan PENGANJURAN KONGRES ORGANISASI CINA anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan MEMBAWA KEKACAUAN jika ia bukan anti-Melayu atau anti-Perlembagaan.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata isu yang timbul adalah kerana ada perbezaan pandangan sama ada pengenalan tiga muka surat pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular akan menjejaskan sekolah Cina dan Tamil.
“Kerana semua pihak setuju untuk mengekalkan sekolah rendah Cina dan Tamil, adalah penting untuk memastikan perbezaan pendapat dalam masyarakat kita diselesaikan dengan aman serta baik dalam keadaan dan konteks perlembagaan dan kerajaan yang sedia ada.
“Usaha juga harus dibuat untuk mengelakkan sebarang polarisasi kaum dan agama di Malaysia, yang mudah tercetus akibat berita palsu dan kebencian yang mengancam kemakmuran masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengingatkan penganjuran satu kongres oleh DONG ZONG bagi MEMBANTAH PENGENALAN PEMBELAJARAN JAWI DI SEKOLAH VERNAKULAR boleh mencetuskan kekacauan.
Berikutan itu, Dr Mahathir bimbang tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan orang Melayu akan bertindak balas dengan cara sangat Melayu, (termasuk) meminta sekolah-sekolah Cina ini ditutup.
Kongres Organisasi Cina dijadual diadakan PADA 28 DISEMBER ini bagi membantah garis panduan pengajaran tulisan Jawi terkini oleh Kementerian Pendidikan.
Kongres itu untuk menggesa kerajaan membatalkan pengajaran tiga muka surat tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Bersambung: KLIK DISINI

Khamis, 19 Disember 2019

BANK2 MALAYSIA PENIPU, BNM TIDOR DARI TAN SRI PRESIDEN MATE - TAN SRI PROF DR. MUSLIM YACOB

PRESIDEN MAHKAMAH TIMBANG TARA (MATE), TAN SRI PROF DR (MUNSYI) MUSLIM YACOB.

1. Bank main kayu tiga, atur orang untuk membeli ( rasuah ) dengan harga yang murah. 
2. Bank buat undang2 sendiri dan tak   pakai akta parlimen – jangan salahkan orang lain dan kena cermin muka sendiri.
3. Malaysia ada lah negara yang tertinggi peratus kebangkrapan didunia.
4. Bangkrap di Malaysia tiada had tempoh,  sepatutnya ada – perompak bank  dipenjara pun ada tempoh had keluar  penjara.
5. Bank menekan jabatan kerajaan yang  menjaga kebangkrapanKerja yang   paling bodoh dilakukan oleh pegawai bank.  Memang patut diucapkan kerana mereka ini tidak boleh berunding. 
6. Diluar negara peminjam boleh berunding dengan pegawai bank.  Asalkan bayaran dibuat walaupun sedikit.
7. Menteri kewangan belum ada respon apa2.
8. Bank Negara tidur – banyak surat2 yang dihantar tak pernah jawab.  Kalau jawab pun negatif minta buat rundingan dengan bank berkaitan dan tidak menyelesaikan masalah.
9. Ada peminjam sanggup bunuh diri kerana tak dapat bayar hutang dan bank tak nak dengar luahan peminjam
10.   Bank hanya jaga taukeh2 kaya dan industri besar2 saja.
11. Badan2 diujudkan supaya menekan bank2 ini supaya tidak bermaharaja lela.
12. Undang2 sendiri yang digunakan untuk sebelah pihak saja.
13. Peguam bank hanya buat kerja auta dan jangan terima surat2 daripada peguam bank dan pulang semula untuk mengajar puak2 ni.
14.     Maximum bankrapsi adalah tidak melebehi 5 tahun, itu pun dah cukup berat.15.    

Selasa, 17 Disember 2019

TENTANG HABIS2AN AGENDA DAP "TAWAN, TAKLUK, JAJAH NEGARA"

TUNTUTAN DAP yang berulang kali mendesak supaya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) kembali diadakan MENUNJUKKAN KEDEGILAN PARTI ITU ENGGAN AKUR DENGAN HAKIKAT dan keterangan pernah dibahaskan. Malah, DAP tidak pernah berlunak, sebaliknya semakin mengeraskan SIKAP ANGKUH DI TAHAP MELAMPAU apabila turut menuntut milikan tanah 999 tahun di Perak.

Walhal, tuntutan-tuntutan tersebut telah sedia dimaklumi, adalah BERTENTANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, sekali gus menunjukkan DAP sentiasa MEMILIH JALAN MENCABAR, MENGGUGAT DAN KURANG AJAR. Malah, ia juga menunjukkan DAP hanya mementingkan diri dan tetap berkeras mengusung agendanya biarpun rakan-rakan PH menyuarakan penolakan terbuka.

Ianya lantaran sikap DAP yang sentiasa mahu menguasai secara mencengkam, bahkan tidak percaya kepada rakan sepakatan sendiri. Ini sebagaimana tindakan mengumumkan lantikan pemimpinnya, Liew Chin Tong bagi mewakili DAP kepada masyarakat Cina sekiranya PH yang meletakkan calon Bersatu menang dalam PRK P.165 Tanjung Piai baru-baru ini.

Namun, PRK tersebut jelas menunjukkan penolakan majoriti penduduk termasuk kaum Cina terhadap PH yang tempiasnya juga memberi isyarat khusus bernada ‘amaran’ kepada DAP. Namun, DAP TIDAK PERNAH BELAJAR UNTUK MENGHARMONIKAN TINDAKANNYA DENGAN REALITI RAKYAT DAN NEGARA. Maka kami para Pemuda PAS sanggup menjadi benteng rakyat terhadap DAP.

Oleh itu, PILIHAN RAYA PBT ADALAH SANDARAN DAP untuk ‘menawan, menakluk dan menjajah’ kedudukan penting dan strategik bandar-bandar di seluruh negara secara sistematik. Posisi tersebut memiliki segala aset ekonomi, kewangan dan pentadbiran, serta pengaruhnya kepada pelbagai cabang. DAP AKAN BERMAHARAJALELA MELAKSANAKAN TINDAKAN YANG MENGUNTUNGKANNYA.

Ketika itu, kuasa perundangan akan digubal selaras kehendaknya, selain mempengaruhi pindaan kepada perundangan dasar yang lain. INILAH NAFSU SERAKAH SEIRING ROH KOMUNISME yang tidak muncul secara kebetulan dalam negara mutakhir ini. DAP adalah dalang paling disyaki atau dibalik tabir semua malapetaka yang muncul pasca PRU14.

DAP dalam diam-diam sebenarnya sudahpun menerajui banyak kepentingan bukan sahaja di jawatan tertinggi negara, malah juga rangkaian Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Ketika sama mereka cuba menghalang rakan-rakan sepakatan sendiri menjawat posisi berkaitan dengan pelbagai alasan prinsip kononnya. ‘Halal’ untuk DAP, ‘haram’ bagi pihak lain.

Oleh itu negara ini harus gusar, kerana tindakan dibuat DAP adalah langkah ke arah ‘memperhambakan’ rakyat. DAP hanya sedia memiliki rakan kongsi dengan mereka yang sanggup tunduk patuh pada segala agendanya, itupun secara ‘diperalatkan’. Maka, MEMBENARKAN TUNTUTAN DAP BERERTI MEMBUKA JALAN MENGHANCURKAN KEDAULATAN BUMI TERCINTA MALAYSIA INI.

Rujukan: KLIK DISINI

Khamis, 12 Disember 2019

SETIAUSAHA AGUNG MENCALONKAN DIRINYA SENDIRI UNTUK MENERIMA ANUGERAH KHAS PEMIMPIN PKR?

PERISTIWA YANG MENJIJIKKAN BERLAKU DAN TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH AHLI2 PKR YANG DILUAHKAN OLEH TIMBALAN KETUA PENERANGAN SELANGOR CHEGU SEKAR.

Dato’ Seri,

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya, nama saya K. Gunasekaran Kuppan atau lebih dikenali sebagai Chegu Sekar. Saya menyertai Parti Keadilan Rakyat sejak 2004 atas semangat perjuangan reformasi. Perjuangan menentang Rejim UMNO/Barisan Nasional menarik minat saya menyertai Keadilan dan saya tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum itu. Saya pilih wadah perjuangan ini bukan kerana mana-mana pemimpin politik, tetapi hanyalah semata-mata untuk memperjuangkan hak rakyat Malaysia.

Penyertaan bermula dari PRU ke-11 hinggalah saya dilantik sebagai Ketua Penerangan Cabang Kota Raja pada 2008. Seterusnya saya memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan Selangor hingga 2018. Kini saya hanya seorang ahli biasa.

Sebagai seorang ahli yang setia dengan parti, saya turut hadir ke Kongres Nasional 2019 di MITC Melaka. Buat pertama kali kehadiran saya dalam Kongres, saya berasa sungguh hampa sekali kerana Kongres dijadikan medan untuk menyerang pemimpin-pemimpin yang berbeda pendapat dengan Presiden. Serangan jelas sekali terjurus kepada Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali oleh PEMBAHAS-PEMBAHAS YANG DISUSUN OLEH PENGANJUR KONGRES DI BAWAH PENGELOLAAN SETIAUSAHA AGUNG PARTI.

Dato’ Seri Presiden,

Satu lagi peristiwa yang tidak dapat diterima sama sekali adalah Majlis Penganugerahan Khas Pemimpin kepada Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail. Ada dua perkara saya ingin membawa kepada perhatian Dato’ Seri Presiden:

i) Penganjuran Kongres Nasional 2019 adalah di bawah PENGELOLAAN SETIAUSAHA AGUNG SENDIRI. BELIAU SENDIRI MENCALONKAN DIRINYA UNTUK MENERIMA ANUGERAH KHAS PEMIMPIN? Bukankah ini penganugerahan ANGKAT BAKUL SENDIRI’?

ii) Saya juga ingin mempersoalkan pemilihan Dato’ Seri Saifuddin Nasution untuk anugerah ini. Bukan saya seorang sahaja yang ingin mempertikaikan penganugerahan ini, malah ramai pejuang tulen reformasi turut berkongsi pendapat saya. Ramai lagi pemimpin yang lebih layak dari Setiausaha Agung yang pernah lari dari perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga pernah menyertai PAS. Apabila kita menang 2008 balik semula ke pangkuan parti. Seterusnya, apabila kalah Parlimen Kulim Bandar Baharu 2013, terus tinggalkan perjuangan entah ke mana? Inikah calon untuk menerima Anugerah Khas Pemimpin Parti Keadilan Rakyat?

Dato’ Seri Presiden,

Saya menyeru agar menghargai jasa pejuang reformasi tulen yang masih setia bermula 1998 hingga sekarang. Jangan kita meniru budaya UMNO BN yang hanya pilih ‘kaki bodek’.

Akhir kata, saya memohon jasa baik Dato’ Seri Presiden supaya kembali kepada landasan perjuangan asal Parti Keadilan Rakyat. Jangan lupa pengorbanan ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin yang berjasa kepada parti keramat ini semasa Dato Seri dalam penjara walaupun  berbeda pendapat.

Sekian, Terima Kasih.
Yang Ikhlas,
K.Gunasekaran Kuppan
@Chegu Sekar

Rujukan: KLIK DISINI

Rabu, 11 Disember 2019

RIDHUAN TEE INGATKAN MUJAHID SUPAYA TIDAK JADI ‘MUJAHAT’

BANGI15 Muharram 1440HSelasa – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya meneliti dengan baik ceramah Dr Zakir Naik yang didakwanya mencaci agama lain.

Ridhuan Tee berkata, sepanjang penelitiannya, ucapan dan sudut pandang pakar perbandingan agama itu tidak bercanggah daripada pandangan akademik. 

Hanya mereka yang makan cili sahaja yang terasa pedaskan. Dr Zakir Naik tidak pernah mengeluarkan kenyataan memperlekeh atau memandang rendah kepada agama lain. 

“Hujah yang Zakir Naik keluarkan sentiasa bersandar kepada fakta. Justeru, saya mohon menteri Jabatan Perdana Menteri, meneliti ceramah dan ucapan Zakir Naik, pernahkah beliau mencaci agama lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga bertanya sama ada pernahkah pihak yang mendakwa Dr Zakir Naik mencaci agama lain, mendengar khutbah gereja setiap Ahad yang kadang kala, paderi mereka turut meremeh dan merendahkan status agama Islam. 

“Ya, tidak dinafikan kita tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mereka. Tetapi adalah lebih baik jika Mujahid mengeluarkan pendapat seiring dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menegaskan Malaysia tidak akan dengan mudah bersetuju terhadap sebarang desakan menghantar pulang Dr Zakir Naik sebelum membuat penilaian secara teliti.

“Jika dibandingkan dengan sarjana perbandingan agama di dunia, masih belum ada tokoh setanding Dr Zakir Naik. Kita tidak mahu, hanya kerana terlalu mahu menjaga hati orang, hati umat sendiri terluka. 

“Dibimbangi nama kita yang baik seperti Mujahid terpalit menjadi ‘mujahat’ hanya kerana gara-gara pandangan terhadap Dr Zakir Naik yang tidak bersandar kepada kajian yang rapi dan teliti,” katanya.

Beliau menegaskan, jangan kerana ultra kiasu memusuhi Dr Zakir Naik, maka menteri turut terikut-ikut rentak musuh. 

“Apakah kita sebagai menteri mampu lakukan sebagaimana Almarhum Tunku Abdul Rahman, pengasas Perkim yang berjaya mengIslamkan beberapa menteri.

JIKA KITA TIDAK MAMPU, JANGAN LAH TEGAR MENGATAKAN DAKWAH DR ZAKIR NAIK TIDAK SESUAI. Sedarkah kita berapa ramai yang telah diislamkan oleh Dr Zakir Naik. Jika beliau ekstrem mana mungkin mereka yang ‘non-muslim’ masuk Islam,” katanya.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...