Translate

09/09/2019

RAKYAT BANTAH TERBITKAN BON SAMURAI NGONG

PARTI GERAKAN KECEWA apabila kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bersedia untuk bertindak sekiranya terbitan bon Samurai kali kedua diteruskan.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatut memberi tumpuan melaksanakan dasar yang boleh merangsang ekonomi dan bukan dengan hanya menerbitkan bos.
Malah tegas beliau, kerajaan digesa untuk MELAKSANAKAN SEMULA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) daripada mengeluarkan bon untuk membayar hutang.

"Kerajaan harus memberi tumpuan dengan melaksanakan dasar yang akan membantu membangunkan ekonomi sekali gus membolehkan negara menjadi berdikari dan progresif daripada menerbitkan bon dan bergantung pada hutang.
"Walaupun hutang kerajaan pada masa kini adalah normal dalam kalangan negara maju dan membangun namun jika hutang negara semakin bertambah buruk, generasi baharu akan memikul hutang besar ini seterusnya akan menjadi barah kepada negara," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataanya di Kyoto, Jepun pada Sabtu lalu bahawa Malaysia mahu terbitan bon Samurai kedua diteruskan.
Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...