Jumaat, 7 Jun 2019

TINDAKAN MAHATHIR TIDAK BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG

KUALA LUMPUR - KEPUTUSAN PERDANA MENTERI, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara BERSENDIRIAN memilih peguam Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut dibimbangi.

Memetik portal Malaysiakini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong tidak dapat menjawab persoalan pokok ketika ditanyakan perkara itu dengan mengatakan pelantikan tersebut dibuat dengan berlandaskan undang-undang.

Tambahnya, Ini kerana isunya berkait janji Pakatan Harapan (PH) MENGEKANG KUASA BUDI BICARA PERDANA MENTERI YANG LUAS.

Menurutnya, janji manifesto pilihan raya PH adalah memastikan semak dan imbang serta ketelusan dalam perlantikan sebegini dengan menubuhkan jawatan kuasa khas Parlimen mengenai pelantikan jawatan utama perkhidmatan awam.

"Tujuan jawatan kuasa sedemikian menjadi sia-sia sekiranya pelantikan itu dibuat secara sepihak, malahan tanpa berunding dengan kabinet," katanya dalam suatu kenyataan dalam portal tersebut hari ini.

Ramkarpal menambah, personaliti merupakan aspek utama dalam pelantikan pegawai tertinggi kerajaan tetapi cara mereka dilantik juga mestilah sama mustahaknya, atau lebih penting lagi untuk mendapatkan keyakinan orang ramai.

"KEUPAYAAN UNTUK MELANTIK SECARA SEPIHAK JUGA MENANDAKAN KEUPAYAAN UNTUK MEMECAT SECARA SEPIHAK JUGA, maka sebab itulah perundingan sewajarnya dengan semua pihak, khususnya Kabinet,menjadi cukup penting untuk mengelakkan tanggapan yang tidak perlu dan mungkin timbul akibat perlantikan atau pemecatan sepihak itu.

"Dengan segala hormatnya, PELANTIKAN SECARA SEPIHAK SEPERTI INI BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA DEMOKRASI YANG SIHAT dan TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU, tanpa mengira kualiti atau sebaliknya yang dilantik," katanya. - UTUSANONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...