Isnin, 10 Jun 2019

AP PKR SEBULAT SUARA DESAK LATHEEFA KOYA LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR - Setakat pukul 2.30 petang hari ini, seramai 5,686 individu telah menandatangani petisyen dalam talian yang MENDESAK SUPAYA PEGUAM, LATHEEFA KOYA MELETAKKAN JAWATAN sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Petisyen melalui laman web www.change.org itu malah ditandatangani beberapa ahli dan PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN (PH) YANG TIDAK BERPUAS HATI terhadap kaedah bagaimana Latheefa dipilih untuk mengetuai agensi membanteras rasuah tersebut.
Selepas Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Datin Dr. Tan Yee Kew yang mempromosikan petisyen tersebut dalam akaun media sosialnya, tindakan sama dilakukan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi dalam laman Twitter beliau malam tadi, PH telah memberikan komitmen supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).
"Mari kita sama-sama tandatangan petisyen ini agar komitmen ini dipenuhi. Isu ini lebih besar daripada Latheefa Koya, tetapi tekad reformasi yang kita janjikan," katanya dalam akaun media sosial tersebut.
Pelantikan Latheefa yang juga bekas ahli PKR sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Selasa lalu mengejutkan ramai pihak kerana merupakan satu lagi keputusan kerajaan PH yang dilihat TIDAK MENGIKUT SEMANGAT JANJI-JANJI PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU-14) parti berkenaan.
Tindakan itu juga BERTENTANGAN DENGAN USAHA KERAJAAN PH untuk memperkasakan SPRM melalui mekanisme pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang lebih telus iaitu hendaklah atas pertimbangan PSC, dan prestasi penyandang Ketua Pesuruhjaya turut dinilai oleh pihak berkepentingan luar.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun semalam menegaskan keputusan melantik Latheefa itu adalah muktamad. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...