Translate

07/05/2019

KERAJAAN PAKATAN HANCING TETAP GAGAL > KATEGORI GRED G

KUALA LUMPUR 6 Mei - Berdasarkan KAJI SELIDIK yang dijalankan, parti Gerakan memberikan markah sebanyak 35 PERATUS BERSAMAAN GRED G (GAGAL) untuk kad laporan Pakatan Harapan (PH) sempena menjelang setahun gabungan itu mentadbir negara Khamis ini.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kaji selidik yang dijalankan pihaknya itu adalah berdasarkan reaksi 1,200 responden daripada pelbagai latar belakang di seluruh negara.
"Kaji selidik ini bukan sahaja dijalankan melalui kaedah soalan bertulis tetapi juga temuramah secara lisan untuk kita benar-benar dapat keputusan yang tepat daripada rakyat.
"Secara keseluruhan, berdasarkan 60 JANJI yang dibuat oleh Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya 11.7 peratus responden beri reaksi positif, 23.3 peratus reaksi bercampur dan 65 PERATUS REAKSI NEGATIF.
"Antara topik yang mendapat reaksi negatif paling tinggi adalah KEGAGALAN PH MEREFORMASI INSTITUSI POLITIK dan KEMEROSOTAN EKONOMI NEGARA DI BAWAH PENTADBIRAN PH," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...