Translate

11/04/2019

GILA KUASA DAN TAMAK PUNCA ATUK MADEY MEROYAN

KUALA LUMPUR 10 April - Apakah pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu akan mencetuskan kon­flik? Persoalan itu mula diperkatakan apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, PARTI YANG MENANG PILIHAN RAYA BERHAK MENENTUKAN SIAPA YANG LAYAK MENDUDUKI JAWATAN TERSEBUT?????

Ketika menegaskan perkara tersebut selepas merasmikan Forum Kewangan Islam, di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, “INI ADALAH HAL POLITIK, SULTAN TIADA PERANAN. Peranannya ialah untuk parti yang memenangi pilihan raya menentukan siapa patut mengetuai.’’

Bagaimanapun pengamal un­dang-undang menyanggah ke­­nyataan Perdana Menteri dengan menegaskan, Undang-undang Tu­buh Negeri Johor secara jelas menyatakan Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak melantik Menteri Besar.

Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, ia termaktub dalam Perkara 4(2)(a) Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri Johor.

“Perdana Menteri dan parti pemerintah boleh mencadang­kan beberapa nama untuk menggantikan Menteri Besar Johor TETAPI HANYA SULTAN JOHOR YANG BERHAK MELANTIK. Sultan berada di atas parti pemerintah. Semua negeri begitu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, KUASA EKSEKUTIF NEGERI JOHOR TERLETAK KEPADA SULTAN DAN EKSEKUTIF MENJALANKAN KUASA YANG DIBERIKAN SULTAN INI MENURUT PERLEMBAGA­AN NEGERI JOHOR.

“Pimpinan parti yang mendapat kerusi terbanyak boleh mencadangkan nama-nama un­tuk dipilih oleh baginda. Sultan mesti mempertimbangkan nama-nama yang pada hemat ba­ginda mendapat majoriti dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Sultan juga boleh mengetepikan keperluan perundangan Menteri Besar seorang Melayu atau Islam jika baginda fikir ia perlu dilakukan,” katanya.


Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, pandangan Dr. Mahathir itu mungkin didasarkan kepada pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri bawah Barisan Nasional (BN) dahulu di mana kedudukan kerajaannya sangat kuat sehingga istana akur kepada calon parti pilihan pemerintah.

“Namun sejak pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, terdapat beberapa keadaan di mana sultan tegas menurut kuasa budi bicara baginda mi­salnya yang berlaku tahun 2008 di Terengganu di mana sultan enggan menerima Datuk Seri Idris Jusoh sebagai calon Menteri Besar pilihan kerajaan, sebaliknya memilih Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Kijal.

“Dalam kes Menteri Besar Johor sekarang, Sultan Johor mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik seorang Menteri Besar yang pada pandangan baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan,” katanya.

Sementara itu, berikutan kemelut yang berlaku, UMNO akan mencadangkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pengerusinya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Ir. Hasni Mohammad berpendapat, cada­ngan itu merupakan langkah terbaik untuk Johor kerana tiada calon yang layak menjadi Menteri Besar daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, jika Johor mahu terus bergerak ke hadapan sekali gus mencapai usaha menjadi kuasa ekonomi baharu negara, negeri ini memerlukan seorang Menteri Besar yang berpengalaman dan mampu mentadbir negeri ini.

“Saya akan menulis surat kepada Sultan Johor dan akan mohon menghadap baginda bagi mencadangkan supaya DUN dibubarkan. Saya akan tunggu baginda tuanku pulang ke ne­geri ini dalam masa terdekat.

Langkah itu juga saya fikir akan membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat dan tidak lagi memilih barisan pemimpin ke­rana mahu mencuba-cuba, kita mahu lihat Johor terus maju ke hadapan,” katanya di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...