Translate

13/03/2019

IBU TERKEJUT ANAK PEREMPUAN LAKUKAN SEKS DENGAN LIMA LELAKI

ISKANDAR PUTERI 4 Mac - GIGITAN CINTA (LOVE BITE) yang jelas pada leher membuka rahsia seorang remaja wanita melakukan hubungan seks dengan lima lelaki sejak tahun lalu.

Perkara tersebut disedari ibu kepada remaja berkenaan yang berusia 16 tahun itu selepas mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian leher.

Ibu wanita berkenaan kemudian memaksa anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum mengaku pernah melakukan seks dengan lima lelaki lalu laporan polis dibuat.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ASISTEN KOMISIONER DZULKHAIRI MUKHTAR berkata, susulan laporan yang diterima pukul 11.30 malam semalam, lima lelaki berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kangkar Pulai, bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pelajar sekolah menengah, seorang penganggur dan seorang penjual air mineral.

"Hasil siasatan awal mendapati remaja perempuan itu sudah mula melakukan hubungan seks dengan semua suspek selepas tamat peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada Oktober tahun lalu.

"Tahun lalu, seorang suspek yang juga kawan lelaki remaja berkenaan bersama-sama dua sepupunya mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah di Kangkar Pulai di sini," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dzhulkhairi berkata, mereka mengajak remaja terbabit melakukan hubungan seks dan perbuatan itu berlaku dengan kerelaan hati remaja berkenaan.

Difahamkan, remaja perempuan yang juga anak tunggal itu hanya tinggal bersama ibu selepas kematian ayah dan kejadian terbabit dilakukan di rumahnya sendiri ketika ibunya tiada di rumah.

Menurutnya, kali terakhir remaja itu melakukan hubungan seks dengan dua daripada lima suspek iaitu kira-kira pukul 2.30 petang, Jumaat lalu sebelum pukul 1 petang semalam, ibu remaja itu ternampak kesan gigitan cinta di lehernya.

"Dia kemudian menceritakan apa yang berlaku sebelum ibunya bertindak menyuruhnya membuat laporan polis," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI  © Utusan Melayu (M) Bhd 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...