Ahad, 31 Mac 2019

#ISU KILANG LYNAS: INILAH KERAJAAN HARAMJADAH

KILANG LYNAS  DITERUSKAN UNTUK TARIK PELABUR ASING.

 

KUALA LUMPUR 30 Mac - Kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) akan diteruskan sebagai SALAH SATU USAHA KERAJAAN UNTUK MENARIK PELABUR ASING melabur di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, ia bagi memastikan pelabur asing melihat Malaysia sebagai satu negara yang mempunyai persekitaran perniagaan yang mesra.

“Kita nak beritahu kepada pelabur-pelabur kita tidak akan tutup kilang Lynas. Itu keputusan kerajaan untuk menarik lagi pelabur asing atau dalam negara untuk berkecimpung dalam pembuatan produk-produk seperti di Lynas.

“Itu penting. Ini akan beri satu signal yang jelas kepada pelabur-pelabur asing untuk datang ke sini dan saya mahu MENYERU KEPADA PELABUR ASING SUPAYA JANGAN GUSAR JANGAN KHUATIR KERANA MALAYSIA BAHARU ini adalah satu kerajaan yang MEMPROMOSIKAN SUASANA PERNIAGAAN YANG MESRA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pembangunan Usahawan Penggiat Seni di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 30 Mac 2019

MAHATHIR BAKAL DIPENJARAKAN ??

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menempelak dan menyifatkan KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) ‘GILA’ selepas enggan mendedahkan secara umum laporan yang disediakan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Menurut Zaid, Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin bersama lima lagi ahlinya telah bekerja keras untuk menyediakan laporan tersebut yang mengandungi maklumat tentang penyalahgunaan kuasa dan perincian dalam tadbir urus kerajaan.

“Kita sepatutnya membaca dan membincangkan perkara ini tetapi kerajaan PH pula mengklasi­fikasikan laporan CEP di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 baru-baru ini. KERAJAAN PH MESTI GILA kerana mereka sepatutnya telus untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kerahsiaan kerajaan sepatutnya terhad kepada perkara keselamatan yang penting sahaja. Jika pandangan enam ahli CEP mengenai pentadbiran dan ekonomi pun dianggap rahsia maka kita sudah tidak mempunyai harapan,” kata beliau di dalam laman Twitter rasminya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tindakan kerajaan PH untuk tidak mendedahkan secara umum laporan yang disediakan CEP akan menghampakan seluruh rakyat di negara ini.

Katanya, hal itu kerana langkah mengklasifikasikan laporan CEP di bawah OSA mencerminkan kerajaan hari ini TIDAK BERSIFAT TELUS berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membentangkan laporan berkenaan dan dibahaskan secara terbuka di Parlimen agar rakyat mengetahui segala maklumat yang telah terkandung di dalamnya.

“Rakyat menaruh harapan yang tinggi apabila Perdana Menteri membentuk CEP sebaik sahaja Kerajaan Persekutuan yang baharu ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau mengingatkan kerajaan PH supaya mendedahkan laporan CEP secara umum sejajar dengan matlamat asal penubuhannya sebelum ini.

Menurut Dominic, tindakan kerajaan PH mengklasifikasikan laporan CEP di bawah OSA dilihat sebagai PENYALAHGUNAAN UNDANG-UNDANG DAN MENGKHIA­NATI KEPERCAYAAN ORANG AWAM.

“Sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli CEP, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dan Tun Daim sendiri yang mencadangkan supaya laporan itu dibuat secara terbuka.

“Laporan ini penting untuk semua rakyat dan akan mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Rakyat dimaklumkan penubuhan CEP adalah untuk membantu kerajaan dalam perkara-perkara berkaitan ekonomi dan kewangan,” katanya.

Artikel Penuh: KLIK DISINI 

Jumaat, 29 Mac 2019

SAYA “RASA, RASA, RASA”, SPV PROKHAS ITU BAWAH MUJAHIL – LGE

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI BOLEH MAIN RASA, RASA, RASA AJE KE????
KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menegaskan URUSTADBIR AHLI LEMBAGA PENGARAH URUSHARTA JAMAAH SDN BHD (UJSB) ADALAH DI BAWAH KELOLAAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, syarikat TUJUAN KHAS (SPV) YANG MEMEGANG SEJUMLAH ASET LEMBAGA TABUNG HAJI BUKANNYA DI BAWAH PORTFOLIO KEMENTERIAN KEWANGAN.
SAYA RASA (SPV Prokhas) itu bawah Datuk Dr Mujahid (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) biar beliau yang jawab…,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Mujahid sebelum ini memberitahu kepada Dewan Rakyat bahawa Ahli Lembaga Pengarah UJSB yang telah dilantik adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.
Beliau menegaskan kesemua mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang kewangan dan yang berkaitan.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar sebelum itu juga enggan mengumumkan nama individu yang menerajui SPV .
Ia ekoran soalan tambahan Awang Hashim (Pendang – PAS) yang mendesak beliau mendedahkan nama individu berkenaan.
Tarik balik
MUJAHID JUGA KELIHATAN EMOSI APABILA MENGELUARKAN PERKATAAN ‘TAHI’ hingga menyebabkan ramai penyokong pembangkang bangun untuk meminta beliau menarik balik perkataan yang dianggap menghina dewan yang mulia.
“Mereka kata macam-macam sedang kita ini hendak buat, SELAMAT DARIPADA ORANG DULU YANG BUAT TAHI,” katanya dalam nada tegas.
Perkataan ‘tahi’ ditujukan kepada kerajaan dan pengurusan TH dahulu yang didakwa telah menyebabkan institusi tersebut mengalami defisit RM4.1 bilion.
Mujahid yang akur dengan desakan supaya menarik balik perkataan tersebut bagaimanapun menggantikan perkataan ‘tahi’ dengan ‘onar’.
Pergerakan Pemuda UMNO dalam kenyataannya kelmarin terkilan kerana jawapan Mujahid itu menunjukkan  aset-aset Tabung Haji bernilai RM19.9 Billion telah dijual dan dipindahkankepada sebuah SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) yang hakikatnya diurus sepenuhnya oleh Prokhas Sdn Bhd yang mana CEOnya adalah Chen Yin Heng. -MalaysiaGazette

Rabu, 27 Mac 2019

PERTEMPURAN DALAMAN PKR SEMAKIN HEBAT

‘PEPERANGAN’ yang berlaku antara Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.
Terbaharu, Ketua PKR cabang Jelutong, Shahrudin Mohd. Shariff mewakili peringkat akar umbi menzahirkan perasaan kecewa terhadap KENYATAAN KERAS YANG DIKELUARKAN PRESIDEN MEREKA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP MOHAMED AZMIN.
Menurut Shahrudin, Anwar tidak sepatutnya ‘menyerang’ Mohamed Azmin secara terbuka seolah-olah memberi andaian Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ialah seorang yang tidak berprinsip dan berjuang hanya kerana mahukan jawatan.
Bagi Shahrudin, kritikan Anwar terhadap Mohamed Azmin dilakukan dalam keadaan dipengaruhi emosi dan hanya mahu membela kenyataan puteri sulungnya, Nurul Izzah.
Selain itu, Shahrudin turut menegur tindakan puteri sulung Anwar yang mengeluarkan kenyataan bersifat serangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan melihat perkara tersebut sebagai tidak sepatutnya berlaku.
“Hal ini memberi gambaran TIADA PERPADUAN MAHUPUN DISIPLIN DALAM KALANGAN KEPEMIMPINAN PH. Kami di peringkat akar umbi PKR mahu Anwar mengambil sikap sebagai pemimpin yang dapat menyatupadukan parti dan bukannya membakar sentimen perpecahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini memaklumkan yang kenyataan Nurul Izzah sengaja diperbesar-besarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura.
RUJUKAN: KLIK DISINI

Selasa, 26 Mac 2019

"MAHATHIR DIKTATOR" ITULAH LABEL YANG DIBERI OLEH NURUL IZZAH

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, NURUL IZZAH ANWAR YANG MENZAHIRKAN RASA KECEWA DENGAN PRESTASI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) dengan berkata, biarlah orang hendak kecewa kerana beliau juga merasai situasi yang sama.
“Takpalah banyak orang kecewa, saya pun kecewa dengan diorang (mereka),” kata Dr Mahathir yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini selepas majlis amanat khas perdana menteri kepada penjawat awam Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar.
Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan akhbar Singapura, The Straits Times, meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH YANG DIDAKWA GAGAL MENUNAIKAN JANJI DAN GAGAL MENGGERAKKAN AGENDA REFORMASI seperti sepatutnya.
“Perlu bekerja dengan BEKAS DIKTATOR YANG TELAH MENYEBABKAN PELBAGAI KEROSAKAN, BUKAN SAHAJA DALAM HIDUP (KELUARGA) KAMI BAHKAN KEPADA SISTEM (PEMERINTAHAN NEGARA), ia bukan mudah.
“Saya betul-betul mahu (usaha) mengangkat agenda reformasi menjadi fokus utama kami,” kata anak sulung Presiden PKR Anwar Ibrahim itu dalam wawancara tersebut.
Malah, Nurul Izzah turut mengumumkan hasratnya untuk TIDAK LAGI BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA selepas penggalnya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh berakhir.
Beliau juga sebelum ini, membuat kejutan apabila meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) SETELAH TIDAK BERSETUJU DENGAN KENYATAAN DR MAHATHIR yang mahu mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC.
Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mahathir menyifatkan tindakan anggota parlimen pembangkang yang meletak jawatan daripada PAC adalah 'hal sendiri'.
"Tak apa, nak letak (jawatan) letaklah, dia punya hal lah," jawabnya ringkas.
Beliau diminta mengulas tindakan SEMUA ANGGOTA PARLIMEN PEMBANGKANG YANG MENGANGGOTAI PAC HARI INI MELETAK JAWATAN SERTA-MERTA sebagai membantah keputusan mengekalkan pengerusinya kepada wakil kerajaan.
Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata notis peletakan jawatan kesemua anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menganggotai PAC akan dibuat segera.
Rujukan: KLIK DISINI

Ahad, 24 Mac 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERINGATAN POLIS KE 212

Sabtu, 23 Mac 2019

PERBINCANGAN MENARIK POLITIK SEMASA - NAJIB BINA, MADEY MUSNAHKAN

LAYARI BERTERUSAN VIDEO YANG DIRAKAM SECARA LANGSUNG OLEH ESMEE BIN MAT ISA, BERSAMA PENGANALISA POLITIK YANG TIDAK TERKEMUKA TAPI CUKUP BERNAS UNTUK MEMBERI KEFAHAMAN YANG MELUAS SUASANA POLITIK SEMASA.  TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ESMEE BIN MAT ISA.  TERUSKAN.

Khamis, 21 Mac 2019

TAHNIAH PH LAHIRKAN PEJUANG GANJA

SHAH ALAM 21 Mac - Barisan Nasional (BN) Selangor secara sinis MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PAKATAN HARAPAN (PH) kerana BERJAYA MELAHIRKAN PEJUANG GANJA ketika rakyat sendiri terhimpit dengan pelbagai masalah kos sara hidup.

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail berkata, idea ‘bernas’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli perlu segera diterjemahkan kerajaan negeri kerana PH melihat ganja lebih penting daripada perut rakyat.

“Saya sebenar tidak pelik dengan idea atau kenyataan ‘luar kotak’ pemimpin PH ini, cuma TERKEJUT APABILA ADUN JERAM MEMILIH UNTUK MEMPERJUANGKAN GANJA dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), sedangkan banyak isu penduduk di Jeram tak dibangkitkan.

“Cuma nasihat saya, sebelum dia nak memperjuangkan ganja, elok dia sendiri turun padang dan buat bancian berapa ramai penduduk di Jeram itu sendiri terpalit dengan masalah dadah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Shaid semalam mencetus kontroversi apabila mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor supaya dapat mempertimbangkan pelaksanaan penanaman pokok ganja di negeri ini bagi tujuan perubatan.

Beliau dipetik sebagai berkata: “Apa yang penting, kajian ini dibolehkan sekiranya mendapat kelulusan menteri.

“Memandangkan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, jadi kerajaan negeri boleh memberi kerjasama untuk berbincang mengenai penanaman, pemprosesan serta pengeksportan ganja yang dapat memberi pulangan lumayan,”. – UTUSAN ONLINE.

Artikel Penuh: KLIK DISINI 

Rabu, 20 Mac 2019

#ECRL: LIM GUAN ENG TAK LAYAK KERANA RASUAH

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan mengapa kerajaan meminta TUN DAIM ZAINUDDIN BERUNDING SEMULA dengan China untuk projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) DAN BUKANNYA LIM GUAN ENG.
Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu memilih seorang wakil yang boleh diterima negara lain, selain kebolehan tertentu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, pemilihan Daim berdasarkan KELAYAKAN DAN KEUPAYAANNYA untuk berunding dengan China.
“Kita pilih berdasarkan kemampuan kerana kadang-kadang apabila kita berunding, kita memerlukan seseorang yang boleh diterima oleh pihak lain.
“Kita juga mempunyai sekatan tertentu dalam memilih orang itu untuk menjadi perunding kita. Sebab itulah kita memilih orang lain (Daim), yang kami nilai sebagai orang yang mahir dan mampu berunding dengan China.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau-BN) yang bertanya mengapa Guan Eng tidak mengetuai rundingan semula projek ECRL dengan China.
Perjanjian dengan China akan dimuktamadkan dan bakal diumumkan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

Selasa, 19 Mac 2019

KERETA TERBANG UNTUK SABAH/SARAWAK SEBELUM HARI RAYA !!!

KUALA LUMPUR 19 Mac – Kerajaan dicadangkan membawa idea kereta terbang cetusan seorang menteri Pakatan Harapan (PH) untuk kegunaan rakyat di Sabah dan Sarawak berikutan tahap kualiti jalan raya di kedua-dua negeri itu masih tidak memuaskan.

Datuk Seri Anifah Aman (Bebas-Kimanis) berkata, KERETA TERBANG itu nanti dicadangkan menggunakan bahan asas DARIPADA BULUH yang dilihat ringan dan boleh diterbangkan.

Jelasnya, usaha itu dilihat dapat mengurangkan bebanan kewangan Kerajaan Persekutuan yang terpaksa menyalurkan peruntukan untuk memperbaiki jalan-jalan raya di kedua-dua negeri tersebut.

“Saya tertarik dengan cetusan idea seorang menteri untuk membina kereta terbang. Saya fikir, jika kerajaan tidak mampu menyalurkan kewangan untuk membaik pulih dan membina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak.

Kalau tidak boleh membina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak, saya rasa rakan-rakan sejawat juga bersetuju bahawa projek kereta terbang haruslah dimajukan untuk Sabah dan Sarawak dan boleh dibuat dengan menggunakan buluh agar ia ringan dan boleh terbang,” katanya sewatu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: KLIK DISINI © Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, 18 Mac 2019

TPM GUNAKAN "TONGKAT SAKTI" UNTUK TERUS MENTADBIR MALAYSIA

ORANG MENGANDUNG PUN DAH BERANAK, NAK SALAHKAN KERAJAAN TERDAHULU JUGAK ???? JAWAPAN SEPERTI ANAK2 SEKOLAH RENDAH TAHUN 1.
PARIS – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar BERSABAR DAN MEMBERI PELUANG kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan pelbagai masalah bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.
Beliau berkata kerajaan mungkin memerlukan setahun ataupun tiga tahun, malah mungkin lebih daripada itu untuk memperbaiki negara yang telah berada bawah amalan kleptokrasi selama 61 tahun.
“Untuk memperbaiki sesuatu yang sudah lama bukan mudah, tiada ‘TONGKAT SAKTI’, tidak ada butang automatik yang anda boleh tekan (untuk selesaikan segala-galanya)…ia tidak berfungsi seperti itu…ia memerlukan kerja keras dan air mata dan harus diusahakan oleh semua orang rakyat Malaysia.
“Kita mesti bekerja keras untuk memperbaiki KEADAAN YANG RUNCING dan proses ini mungkin mengambil masa lama lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Diaspora Bersama Rakyat Malaysia di Perancis di sini Ahad.
Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara ini dengan agenda utama bagi mempengerusikan Mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Sainstifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Sesi Ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST.
Pada majlis yang dihadiri komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis itu, Dr Wan Azizah juga menjelaskan bahawa perpaduan rakyat merupakan elemen penting dalam negara mengorak langkah ke arah Malaysia baharu.
Dr Wan Azizah berkata sebagai sebuah negara yang majmuk, tidak harus ada mana-mana kaum merasa iri hati dan berprasangka buruk terhadap kaum lain.
“Kita melihat New Zealand itu satu negara yang begitu stabil, sejahtera dan begitu aman, tetapi dikejutkan dengan whitesupremacy (ketuanan bangsa kulit putih) yang menyerang orang yang sedang bersolat, tidak bersenjata…kita tidak boleh membenarkan antara kita merasakan iri hati, marah dan benci sesama sendiri sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut menyeru komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis untuk pulang ke tanah air bagi membantu membangunkan negara menerusi kepakaran dan pengetahuan masing-masing.
“Kita memerlukan semua diaspora Malaysia dari seluruh dunia untuk membantu membina Malaysia baharu,” katanya.
BERNAMA

Ahad, 17 Mac 2019

#FITNAH SULTAN JOHOR: CARI SAMPAI DAPAT HINGGA KE LUBANG CACING

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
KUALA LUMPUR – SULTAN JOHOR, SULTAN IBRAHIM ISKANDAR MURKA DENGAN FITNAH YANG DISEBARKAN kononnya baginda terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang, Johor.
Menerusi laman rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim mengingatkan pihak tertentu SUPAYA JANGAN CUBA MENGALIH PERHATIAN RAKYAT atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka.
Baginda bertitah sebaliknya tumpuan harus diberikan kepada cara menyelesaikan isu itu secara tuntas.
“Sudah sampai kepada pengetahuan saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan fitnah bahawa saya terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang.
“Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu ini. Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terbabit dalam perniagaan kilang itu kerana SAYA TIDAK PERNAH GENTAR DAN TUNDUK PADA FITNAH YANG MEMBURUKKAN INSTITUSI DIRAJA JOHOR,” titah baginda.
Sultah Ibrahim turut bertitah baginda juga mengikuti perkembangan insiden pencemaran sisa kimia itu dari masa ke semasa serta kerja-kerja pembersiahan yang dijalankan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

Jumaat, 15 Mac 2019

#SUDAH KETERLALUAN: TRAGEDI BERDARAH NEW ZEALAND ADUN DAP KAITKAN KERJASAMA PAS DAN UMNO?

SEORANG ADUN DAP mendakwa pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, New Zealand seharusnya menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.

CHEW CHONG SIN dalam kenyataannya turut menyatakan KEBIMBANGAN MENGENAI KERJASAMA UMNO DAN PAS yang didakwa MENIMBULKAN NARATIF BERKISAR MENGENAI ISU KAUM DAN AGAMA.

“Persepakatan Umno dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing..” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak pilihan raya umum lalu, perhatian tertumpu kepada isu mengenai kaum dan agama apabila Umno dan PAS mendakwa Pakatan Harapan (PH) gagal melindungi kepentingan kaum Melayu dan Islam di negara ini

Sementara itu, Chew berkata kerajaan mengusir enam warga Mesir dan seorang rakyat Tunisia yang disyaki ada hubung kait dengan kumpulan militan Islam.

Sambil menggesa pihak polis supaya memperketatkan pengawasan,
ADUN MENGKIBOL itu berkata siasatan mendapati warga asing berkenaan cuba menjadikan Malaysia sebagai lokasi selamat.

“Mereka menyelinap masuk ke negara kita menggunakan pasport palsu, berkahwin dengan penduduk tempatan, (memohon dengan alasan) untuk menyambung pengajian atau menjalankan perniagaan di sini,” katanya.

Rujukan: KLIK DISINI

Rabu, 13 Mac 2019

IBU TERKEJUT ANAK PEREMPUAN LAKUKAN SEKS DENGAN LIMA LELAKI

ISKANDAR PUTERI 4 Mac - GIGITAN CINTA (LOVE BITE) yang jelas pada leher membuka rahsia seorang remaja wanita melakukan hubungan seks dengan lima lelaki sejak tahun lalu.

Perkara tersebut disedari ibu kepada remaja berkenaan yang berusia 16 tahun itu selepas mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian leher.

Ibu wanita berkenaan kemudian memaksa anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum mengaku pernah melakukan seks dengan lima lelaki lalu laporan polis dibuat.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ASISTEN KOMISIONER DZULKHAIRI MUKHTAR berkata, susulan laporan yang diterima pukul 11.30 malam semalam, lima lelaki berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kangkar Pulai, bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pelajar sekolah menengah, seorang penganggur dan seorang penjual air mineral.

"Hasil siasatan awal mendapati remaja perempuan itu sudah mula melakukan hubungan seks dengan semua suspek selepas tamat peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada Oktober tahun lalu.

"Tahun lalu, seorang suspek yang juga kawan lelaki remaja berkenaan bersama-sama dua sepupunya mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah di Kangkar Pulai di sini," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dzhulkhairi berkata, mereka mengajak remaja terbabit melakukan hubungan seks dan perbuatan itu berlaku dengan kerelaan hati remaja berkenaan.

Difahamkan, remaja perempuan yang juga anak tunggal itu hanya tinggal bersama ibu selepas kematian ayah dan kejadian terbabit dilakukan di rumahnya sendiri ketika ibunya tiada di rumah.

Menurutnya, kali terakhir remaja itu melakukan hubungan seks dengan dua daripada lima suspek iaitu kira-kira pukul 2.30 petang, Jumaat lalu sebelum pukul 1 petang semalam, ibu remaja itu ternampak kesan gigitan cinta di lehernya.

"Dia kemudian menceritakan apa yang berlaku sebelum ibunya bertindak menyuruhnya membuat laporan polis," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI  © Utusan Melayu (M) Bhd 

Sabtu, 9 Mac 2019

#BERHENTI SIASATAN KES TEROWONG: SOGOKAN 22 JUTA KEPADA SPRM

SOGOKAN RM22 JUTA KEPADA SPRM Agar Berhentikan Siasatan Terhadap KES TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG Membuktikan Ada Unsur Rasuah Berhubung Perlaksanaannya.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini masih belum menjelaskan mengapa mereka mengugurkan kes terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng (juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang).


Didalam kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada SPRM, memang tidak diragui bahawa projek terowong dasar laut ini melibatkan rasuah yang berleluasa.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melihat kertas siasatan SPRM dan telah membaca kenyataan Zarul. Manakala Malaysia Today pula telah menerbitkan tujuh siri setakat ini. Hari ini kami akan menerbitkan kenyataan Zarul yang lebih terperinci tentang sogokan sebanyak RM22 juta untuk menutup siasatan SPRM.

Masalah yang dihadapi oleh Mahathir adalah jika dia membenarkan SPRM menyiasat Guan Eng, Ini bererti Mahathir akan kehilangan sokongan dari DAP dan PAKATAN HARAPAN MUNGKIN AKAN TUMBANG atau MAHATHIR JUGA TIDAK AKAN DAPAT BERKUASA bila DAP memberikan sokongan kepada PM tepi paling lama. Itulah sebabnya DAP membuat tindakan sesuka-hati dan Mahathir perlu akur, dengan menutup kedua belah matanya dan berpura-pura tidak menyedari akan kes rasuah berhubung terowong dasar laut Pulau Pinang.

Ahad, 3 Mac 2019

ULANG TAHUN PERTABALAN KBDYMM SULTAN TERENGGANU

Sabtu, 2 Mac 2019

LANGKAH MENJATUHKAN MAHATHIR SUDAH BERMULA




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...