Sabtu, 26 Januari 2019

PETANDA BURUK MENANTI PH (PARTI HANCUR, PARTI HASUTAN)

RASMI - RAMLI 12,038, PH 8,800 Buku 314 dan Cangkul 276.  Jumlah Undian 21,428, Undi ditolak 568, kertas undi tidak dikembalikan 23. BN Menang Majority 3,238.  peratus Keluar Mengundi : 68.79.                                     Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan Terima kasih kepada pengundi Cameron Highland dan semua Jentera dan Kepimpinan UMNO, PAS, MIC, MCA dan semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan BN di PRK P078 Cameron Highland.  Kemenangan Besar BN diluar jangka ini jelas menunjukkan bahawa RAKYAT MALAYSIA MENOLAK PAKATAN HARAPAN dan mahukan BN dan PAS mengambil alih pemerintahan negara seberapa segera.

Kemenangan ini berjaya MENINGKATKAN MORAL AHLI PARTI BN DAN PAS dan sekaligus memberikan harapan sebenar kepada rakyat bahawa mereka akan diselamatkan oleh kerjasama baru BN-PAS ini dari KEZALIMAN DAN KEHANCURAN YANG DIBAWA PAKATAN HARAPAN.

Terima kasih sekali lagi kepada semua. Moh kita ke Pusat Pengumpulan Kertas Undi untuk meraikan kemenangan YB Tuan Ramli Mohd Noor.

Dato’ Lokman Adam
MT UMNO
P/S : Untuk UNCLE LIM KIT SIANG yang mengatakan kalau BN menang Dato Sri Najib akan jadi PM ke 8.  Saya RASA UNCLE LIM SUDAH SEDAR RAKYAT TIDAK MAHU PM YANG TUNDUK BAWAH DAP!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...