Translate

03/01/2019

MENTERI TIGA METER BUAT U-TURN ???

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan menyediakan tempat khas buat perokok SEPERTI MANA YANG DILAKUKAN DI NEGARA MAJU SEPERTI JEPUN DAN KOREA SELATAN.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, cadangan itu akan diteliti semula selepas tempoh enam bulan aktiviti penguatkuasaan undang-undang berkenaan.

"Kita perhatikan hak untuk merokok bagi perokok, itu
HAK DEMOKRASI mereka. KITA TAK HALANG PEROKOK UNTUK MEROKOK, malah kita tak boleh mengharamkan merokok.
“Kita mahukan mereka memerhatikan peraturan dan melaksanakan tuntutan itu. Oleh itu kita akan sediakan ruang dan kemudahan untuk mereka selepas tempoh enam bulan ini.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Program Restoran Tanpa Asap Dan Tembakau di Presint 9 di Putrajaya bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.


Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...