Khamis, 31 Januari 2019

#JANGAN JADI MENTERI BODOH: KERAJAAN DIGESA BATALKAN PELANTIKAN ADUN DAP KE DALAM YADIM

DAP kawal Yadim untuk lemahkan suara, pengaruh NGO Islam

KERAJAAN DIGESA BATALKAN PELANTIKAN ADUN DAP SHEIKH OMAR ALI KE DALAM YADIM

BANGI, 23 Jamadilawal 1440H, Selasa - Pelantikan proksi DAP dari kalangan orang Islam ke dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), dilihat merupakan agenda licik bagi melemahkan suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu berhaluan kanan.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sheikh Omar Ali sebagai anggota pemegang amanah Yadim dilihat LANGKAH HALUS DAP UNTUK MENGUBAH LANSKAP POLITIK DAN AGAMA TANAH AIR, agar menjadi lebih terbuka kepada agenda pluralisme, liberalisme dan sekularisme.

"DAP ni licik, mereka rekrut proksi dari kalangan orang Islam untuk kawal institusi agama kita, sedangkan mereka secara terbuka MENUNTUT DAN MENDESAK AGAR MALAYSIA AMALKAN PLURALISME ATAU KEMAJMUKAN AGAMA. Ini boleh dilihat melalui kenyataan ahli mereka, contohnya Zairil Khir Johari yang tulis dalam RoketKini, gesaan agar Malaysia kembalikan pluralisme agama sebagai cara hidup rakyat.

"Dalam isu pelantikan proksi mereka ke dalam Yadim ini, kita kena tegaskan, fungsi Yadim nak selaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara.

"Apa maknanya? Maknanya, Yadim ini berpengaruh ke atas hala tuju NGO-NGO di Malaysia. Apa akan jadi bila YADIM KENA 'HIJACKED' OLEH DAP? Sudah pasti, suara-suara NGO Islam berhaluan kanan akan dibenam oleh parti yang julang idea pluralisme agama," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Lokman berkata, NGO adalah "kuasa ketiga" yang berpengaruh mewujudkan semak dan imbang bagi kerajaan, dan berperanan menegur salah laku, termasuk yang membabitkan polisi anti-Islam dan Melayu.

Katanya, apabila parti DAP yang memang terkenal sebagai pendokong pluralisme agama berjaya mengawal Yadim, ini sekali gus mengakibatkan SUARA ISLAM DAN MELAYU YANG SEDIA TEMPANG SEJAK PAKATAN HARAPAN (PH) MEMERINTAH, akan menjadi semakin terpinggir dan disekat.

"NGO ini berperanan besar dalam mencorakkan senario politik tanah air. Buktinya, atas kesepakatan NGO-NGO Islam lah, kita berjaya menganjurkan perhimpunan aman menolak ICERD pada Disember lalu.

"Kerana kelantangan suara NGO-NGO Islam juga lah, kita berjaya memberi tekanan kepada kerajaan supaya tak bertindak biadab terhadap agama dan bangsa kita. Boleh kah kita bayangkan, apabila institusi yang memayungi NGO ini, dikawal oleh DAP?" katanya

Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendesak agar kerajaan membatalkan pelantikan Sheikh Omar ke dalam Yadim, demi memastikan kelancaran proses demokrasi Malaysia sebagai negara Islam ini tidak dicabul.

"KERAJAAN KENA BERTINDAK TEGAS, batalkan pelantikan dia (Sheikh Omar). Jangan sampai kita himpunkan jutaan rakyat untuk menolak pelantikan itu. Malaysia ini negara Islam, lantiklah orang yang memang jelas pro-Islam, bukan individu dari parti yang anti-Islam," katanya.

Rujukan: Artikel Dato Lokman Adam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...