Ahad, 18 November 2018

MUSUH MUNAFIK MEMPERTIKAIKAN ISU CELAH KELENGKANG SEBAGAI JENAYAH ???

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.

Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan CARA HIDUP ISLAM KIAN SERING DIPERTIKAIKAN.

"MENGAPA kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?

"Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?," tanyanya.

Malah beliau turut bertanya SAMA ADA ORANG ISLAM BEGITU LEMAH hingga terpaksa berkompromi.

Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan ISU KHATAN WANITA YANG MENJADI PERDEBATAN sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu DILABEL SEBAGAI JENAYAH.

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pandangan masing-masing.

Dr. Adam Izkandar menulis, "SEBENARNYA ADA MUSUH DALAM SELIMUT YANG DIGELAR MUNAFIK. Melayu Islam sendiri punca segalanya."

Zanjaf pula berkata, "UMAT ISLAM MELAYU LEMAH KERANA BERPECAH BELAH. Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam SAMPAI KE CELAH KELENGKANG PUN MEREKA KATA ADA UNSUR JENAYAH. MANA MARUAH BANGSA DAN AGAMAKU?."

Adi Arfandi berkata, "sejak naik kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung."

Sumber Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...