Selasa, 31 Julai 2018

#JANJI PH: HARGA MINYAK PETROL TURUN SERTA MERTA

Sabtu, 28 Julai 2018

HIMPUNAN DESAK RAMASAMY LETAK JAWATAN !

Jumaat, 27 Julai 2018

TARIAN GELEK ‘TAK HARAM ? - ZAWAWI!

PETALING JAYA: Sebuah video tarian gelek yang memaparkan beberapa PENARI BERPAKAIAN SEKSI sempena MAJLIS KUTIPAN DANA TABUNG HARAPAN tular di media sosial sejak Rabu.

Acara yang dipercayai dianjurkan di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Shah Alam itu dikaitkan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Susulan penyebaran video berkenaan, netizen mula mengecam pihak kerajaan yang didakwa mencemari majlis kutipan derma dengan tarian yang mengghairahkan.

Turut terpalit dengan kontroversi tersebut ialah calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa tarian tersebut 'tidak haram kerana niat baik'.

Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam yang menjadi pencabar Mohd Zawawi di Sungai Kandis turut menuntut penjelasan daripada Mohd Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh.

Lokman melalui posting di Instagram berkata: "Agaknya apa pendirian Pakatan Harapan memanggil tarian gelek LGBT untuk mengutip derma bagi Tabung Harapan ya?

"Mampukah seorang Adun Pakatan Harapan menyanggah perdana menteri atau timbalannya?

"Jika tidak, serahkan tugas itu kepada pembangkang dengan mengundi Barisan Nasional," kata Lokman.

Enggan membiarkan fitnah tersebut berleluasa, Mohd Zawawi menafikan bahawa PH terlibat dalam penganjuran majlis kutipan derma itu, sebaliknya ia dilancarkan oleh pihak ketiga iaitu badan bukan kerajaan (NGO).

"Ada pihak yang cuba memfitnah saya. Saya tidak pernah setuju aktiviti seperti tarian gelek itu diadakan bagi tujuan mengutip derma.

"Saya menolak politik fitnah diamalkan di negara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Tambah Mohd Zawawi, beliau berpandangan acara seperti itu tidak wajar dipopularkan kerana ia tidak sihat untuk pembangunan sahsiah dan moral rakyat Malaysia.

Video tersebut yang dimuat naik oleh pelbagai pengendali laman Facebook itu setakat ini ditonton lebih 70,000 kali dan mendapat lebih 2,800 tanda suka.

Baca lebih lanjut di KLIK DISINI

Rabu, 25 Julai 2018

CEP SEKADAR “TUAN PENASIHAT” DAN PERLU DIBUBARKAN

KUALA LUMPUR – MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN (CEP) yang dianggotai Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram tidak mampu untuk bertindak sesuka hati dan melangkaui bidang kuasa yang diperuntukkan.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, BIDANG KUASA CEP HANYALAH UNTUK MENASIHATI PERDANA MENTERI, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan.
“Jika nasihat yang diberi itu dirasakan tidak sesuai, maka anggota Kabinet berhak untuk menolak atau meminta penambahbaikan kepada cadangan dan nasihat daripada CEP.
“Harus diingat bahawa tempoh KUASA YANG DIBERI KEPADA CEP UNTUK MENASIHAT
KABINET ADALAH HANYA SELAMA 100 HARI
,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian bagi membantah cadangan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya CEP dibubarkan kerana dilihat bertindak melangkaui bidang kuasa.
SYED SADDIQ YANG JUGA AHLI PARLIMEN MUAR TURUT MENYELAR pandangan Khairy bahawa CEP perlu dibubarkan bagi menjaga akauntibiliti Kabinet kerajaan Malaysia
Dakwa beliau, sepanjang 100 hari, banyak nasihat dan cadangan telah dibawa CEP kepada kerajaan Malaysia dan tiada isu atau masalah pertindihan kuasa pernah dilakukan CEP.
“Ini seharusnya dijadikan iktibar kepada kita bahawa ramai anak watan yang layak dan sedia berbakti kepada negara tanpa mengira usia dan harta,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB.TV

Isnin, 23 Julai 2018

HATI YANG JAHAT TETAP JAHAT, HINA TERUS MENGHINA.... ITU LAH DASAR MADEY

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedar dan memandang rendah kuasa rakyat sekali gus menjadi punca BN tumbang pada PRU14 lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat sudah muak dengan pemerintahan Najib yang disifatkan sebagai kuku besi dan banyak menyusahkan rakyat.

Menurutnya, penghargaan seharusnya diberikan kepada rakyat yang bangkit menumbangkan BN dan tugas PH sekarang adalah memperbaiki segala kerosakan yang telah dilakukan.

"Mereka (BN) seolah-olah kebal dan tidak mungkin kalah. Mereka juga ingat dapat memerintah lagi 100 tahun.

"Tetapi mereka silap dan tidak ambil kira perasaan rakyat yang tidak suka dengan pemerintahan kuku besi. Sekarang kita berjaya tumbangkan mereka," katanya dalam ucapan pada majlis makan malam sempena mengumpul dana untuk Tabung Harapan Malaysia di Ideal Convention Center (IDCC), sebentar tadi.

Jelasnya lagi, apabila PH mengambil alih kerajaan, banyak kerosakan besar berjaya dikesan dilakukan kerajaan ketika pemerintahan Najib.

“BUKAN SAHAJA WANG HILANG, BERBILION RINGGIT HILANG TAPI JENTERA KERAJAAN TELAH DISABOTAJ SUPAYA TIDAK BERJALAN LEBIH BAIK dan terpaksa kita ambil tindakan untuk memecat sesetengah pegawai daripada pentadbiran terdahulu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yakin mampu mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan terdahulu dengan adanya sokongan dari rakyat.

"Malam ini jelas yang hadir untuk derma kepada Tabung Harapan. Walaupun kita dapat hanya beberapa juta, tetapi yang penting kesanggupan rakyat demi negara," katanya. Dalam majlis itu, sebanyak RM3.4 juta berjaya dikumpulkan untuk Tabung Harapan Malaysia melalui gabungan 18 Persatuan Cina Klang.

Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 20 Julai 2018

#ISU UEC: DR. MAZLEE LETAK JAWATAN !!!

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpandangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dilaksanakan oleh sekolah persendirian Cina di negara ini akan menyebabkan NEGARA HILANG IDENTITI KEBANGSAAN.

UEC adalah sijil yang mengetepikan soal bahasa kebangsaan sebagai bahasa pembentuk ciri negara ini.

Kurikulum bahasa pengantar yang DIGUBAL SECARA BERLAWANAN DENGAN ARUS PERDANA bahasa kebangsaan akan
menghakis nilai-nilai warga Malaysia yang selama ini telah diusahakan bersama pelbagai pihak.

Akta Pendidikan 1969 yang dirumus dan diluluskan di Parlimen telah menetapkan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai medium pengantar dalam semua institusi pendidikan yang berdaftar.

Sejak itu, semua kaum menerima hakikat bahawa
BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA TERAS MEMBENTUK SAHSIAH DAN JATI DIRI GENERASI PEWARIS NEGARA INI.

Sejak kemerdekaan lagi ruang pendidikan vernakular dibenarkan malah diberi peruntukan oleh kerajaan.

Bukan sahaja melahirkan pelajar yang sebati dengan bahasa kebangsaan malah membenarkan bahasa ibunda kaum masing-masing dipelajari adalah suatu kesepakatan yang cukup unik dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Isnin, 16 Julai 2018

KERAJAAN "VACUMM CLEANER" ITULAH KEPIMPINAN MAHATHIR

Rakyat nampaknya tidak boleh bergantung kepada Pakatan Harapan, yang tak ubah seperti KERAJAAN "VACUMM CLEANER" kerana hanya berminat "membersihkan silap" kerajaan dahulu tapi gagal memperkenalkan pakej-pakej meringankan beban hidup rakyat.

Sementara rakyat dibebani dengan kos sara hidup tinggi, HARGA PETROL YANG GAGAL DITURUNKAN dan potongan elaun, regim PH terus memperkudakan polis dan SPRM bagi mencungkil salah kerajaan dahulu kerana KONONNYA "MEREKA LEBIH SUCI DAN BERSIH".

Setelah lebih dua bulan memerintah, MEREKA GAGAL mengumumkan dasar luar seperti amalan mana-mana kerajaan baru di dunia, dan juga menggariskan dasar rangsangan ekonomi yang ingin diperkenalkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta menarik pelaburan asing.

Jumaat, 13 Julai 2018

KEEGOAN 'KUDA TUA' MEMPERTIKAIKAN HAK2 DS NAJIB

Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.

Bekas menteri dan veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim MEMPERSOALKAN 'KEMAMPUAN KEWANGAN' NAJIB untuk membiayai kos guaman berkenaan.

Kumpulan peguam handal itu dari Ashcroft Law Firm, yang diterajui bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, John Ashcroft, mendaftarkan nama Najib sebagai anak guam dalam daftar melalui Akta Pendaftaran Ejen Asing (Fara).

Menurut dokumen itu, firma tersebut dilantik untuk memberi nasihat undang-undang kepada Najib mengenai 'tindakan tidak wajar oleh pihak ketiga untuk cuba menggugat kerajaan Malaysia.'

Dalam dokumen itu juga, ia menyatakan perkhidmatan disediakan oleh Ashcroft Law Firm dibiayai 'kerajaan asing, parti politik asing atau prinsipal asing yang lain."

Wall Street Journal pada tahun lalu melaporkan Najib melantik firma guaman itu untuk menasihati beliau mengenai kes 1MDB pada 2016.

Ashcroft Law Firm pernah mewakili kerajaan Qatar untuk menangkis tuduhan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan jiran Arabnya bahawa negara itu menyokong keganasan.

Rabu, 11 Julai 2018

KHIR TOYO DI PENJARA SETAHUN, LIM GUAN ENG BILA LAGI ATAU KES DITUTUP ???

KHIR TOYO DI PENJARA SETAHUN selepas permintaan bekas menteri besar Selangor tersebut supaya dibenarkan membuat khidmat masyarakat bagi mengelak hukuman penjara ditolak hakim Mahkamah Persekutuan hari ini. – Gambar TMI
Khir Toyo Di Penjara 2015-2016
Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana menyalahgunakan pengaruhnya ketika mentadbir negeri itu untuk membeli sebidang tanah dan banglo pada 2007.
Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian terhadap Mohamad Khir selepas menolak rayuan motigasi hukuman Mohamad Khir yang memohon supaya dia diberi hukuman denda atau perintah khidmat masyakat atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, HARTANAH BERNILAI RM6.5 JUTA DENGAN HARGA RM3.5 JUTA lapan tahun lalu.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menyampaikan keputusan itu juga mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah melucutkan hak terhadap hartanah berkenaan.
Hakim berkata, khidmat masyarakat seperti dicadangkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sesuai dalam kes ini.
“Hukuman seumpama itu akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 4 Julai 2018

CALON PKR DIPERBODOH-BODOHKAN OLEH DAP, PAN

3 JULAI: DAP MULA BERLAGAK bagaikan ‘KING MAKER OF DECISION’ apabila secara terang-terangan mendesak semua rakannya dalam PH MENGIKUT TELUJUKNYA termasuklah PAN yang seolah-olah membodek tak kena gaya.
Ia berlaku apabila calon speaker DUN Perak dari PKR, Siti Aisyah menarik diri dari pencalonan selepas menerima tekanan dari DAP serta PAN yang mahukan Ngeh Koo Ham sebagai calon speaker mereka.
Dalam satu status di facebook beliau yang telah dipadamkan (status tersebut sempat ditangkap layar), Siti menulis panjang lebar mengenai bagaimana peristiwa beliau menarik diri itu berlaku.
Menurut Siti, DAP dan PAN mencalonkan Koo Ham dan MEMINTA BELIAU TARIK DIRI walaupun DAP hanya mempunyai 5 Exco dalam kerajaan negeri Perak.
Beliau turut menyatakan kekesalan diatas SIKAP MEREKA YANG ANGKUH kerana mendesak Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu serta Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Siti menarik diri.
Pelantikan Koo Ham juga dilihat bakal menyebabkan pertindihan tugas kerana beliau merupakan ahli parlimen Beruas, dan jika sidang DUN dan Parlimen bersidang serentak bagaimana beliau hendak memainkan peranan sebagai wakil rakyat parlimen dan speaker DUN Perak?
BERIKUT MERUPAKAN STATUS PENUH SITI AISYAH:
“Dengan lafaz bismillah… saya dengan ini menarik diri dari pencalonan sebagi Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pagi ini.
Saya menerima amanah parti untuk menjadi calon pada hari akhir sebelum pencalonan ditutup iaitu ada 26/6/2018 jam 4 petang.
Ini kerana DAP turut menghantar nama dan menamakan Datuk Ngeh sebagai calon mewakili DAP.
Pelbagai hujah diberikan kepada DAP untuk memberikan laluan kepada keadilan memandangkan exco kerajaan negeri telah dimiliki oleh DAP sebanyak 5 posisi.
Pelbagai hujah dinyatakan, dibawa untuk kewarasan pemimpin DAP tapi malangnya mereka berkeras sehingga malam semalam. Sehinggalah SAYA DIMINTA MENARIK DIRI DARI PENCALONAN INI maka dengan berat hati saya penuhi.
Bukan kerana saya takut dan tunduk kepada DAP tetapi kerana saya tidak mahu mensia-siakan kerajaan rakyat yang terbentuk ini dan janganlah hanya KERANA SIKAP TAMAK HALOBA KITA DALAM KEDUDUKAN, KUASA DAN NAMA RAKYAT MENJADI MANGSA.
Terlalu panjang kronologi yang nak saya tuliskan bagaimana Presiden parti telah mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua Pengerusi parti di Perak untuk memberikan ruang buat keadilan NAMUN YANG ANGKUH TETAP ANGKUH.
Bagaimana saya menerima tekanan dari DS NIZAR YANG MENYURUH SAYA MENARIK DIRI dari pencalonan dan menyatakan sokongan kepada dato ngeh.
Bagaimana rombongan DAP yg diketuai Nga mendesak dan memberi tekanan kepada DSAI di hospital agar DSAI bersetuju DAP diberi tempat ini dan memaksa saya menarik diri dan kemuncaknya malam ini di kediaman MB, pertemuan MB bersama adun dihadiri oleh dato Ngeh tanpa diundang.
Biar apa sahaja hujah yang diberikan, DAP tetap mahukan posisi ini diberikan kepada mereka dengan alasan saya terlalu muda untuk ke posisi ini dan menggunakan alasan bahawa saya kurang mahir berbahasa inggeris (kurang mahir bukan bermaksud tidak mahir,kelemahan kecil yang saya akui sedang saya perbaiki.)
Di akhirnya Amanah menyatakan sokongan dan memperolehi kedudukan sebagai timbalan speaker. Setelah bercakap dengan YAB MB dan memikirkan tentang rakyat yang menjadi tuan dalam kerajaan ini,saya dengan berat hati bersetuju untuk menarik diri.
Saya mungkin bukan ahli politik tua yang hebat dalam politik kononnya tetapi saya pemimpin muda yang diajar untuk tidak rakus dan mementingkan diri sendiri.
Saya terima ini sebagai suatu proses untuk perjalanan politik saya dan bersyukur untuk menyatakan bahawa saya telah melepasinya.kini saya lebih kenal dengan siapa saya berkawan dan lawan.
Terima kasih kepada keluarga dan kepimpinan parti yang menyokong saya dan maaf atas keputusan yang telah saya buat. Saya yakin dimasa mendatang segala yang berlaku ini akan dihitung oleh Allah SWT.

Sumber: KLIK DISINI

Selasa, 3 Julai 2018

#1MDB: SIASATAN SPRM TAK IKHLAS DAN ADA NIAT JAHAT

AMARAN BOS SPRM: PULANGKAN WANG 1MDB ATAU KENA TINDAKAN.

PETALING JAYA, 3 Julai — Pemilik akaun yang menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta menyerahkan wang kerajaan itu secara sukarela atau berdepan tindakan undang-undang.

Amaran itu diberikan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull hari ini, lapor Malaysiakini.

SEBARANG AKAUN YANG KITA SYAKI AKAN KITA BEKUKAN. Kita punyai bukti lengkap, bahawa wang yang masuk adalah dari wang 1MDB,” katanya, yang menganggotai pasukan khas siasat skandal itu, di sini.

“TIDAK PERLU BERI NOTIS. TUGAS PASUKAN PETUGAS [SIASAT] 1MDB, BILA KITA DAPATI DUIT DARI 1MDB, KALAU KITA BERI NOTIS, DUIT ITU AKAN DIBAWA LARI, mana elemen kejutan.”

Pasukan itu mendedahkan 408 akaun bank milik individu, parti politik dan badan bukan kerajaan, berjumlah RM1.1 bilion, dibekukan hujung bulan lalu.

Sumber: KLIK DISINI

Isnin, 2 Julai 2018

#KERAJAAN PH: KELUAR MULUT HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA.

KUALA KRAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diharap membawa lembaran baru buat rakyat Malaysia, rupa-rupanya hanya MENYAMBUNG TRADISI MENINDAS RAKYAT.
Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor mengumumkan kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang enggan menukar beg udara yang bermasalah.
Adun Mengkebang, Ustaz Muhammad Mat Sulaiman berkata, kerajaan persekutuan dilihat TIDAK SERIUS MENANGANI KOS SARA HIDUP.
Menurutnya, dasar yang diamalkan kerajaan lalu tidak lagi dilakukan perubahan oleh kerajaan PH.
"JANJI-JANJI yang dibuat semasa kempen pilihan raya baru-baru ini CUMA SEBAGAI GULA-GULA UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT, tetapi tiada apa yang dapat dilaksanakan.
"Perumpamaan terhadap nasib rakyat pada hari ini ialah KELUAR MULUT HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA, sedangkan kita ada kemampuan untuk melakukan perubahan," katanya di sini.
Adun Guchil, Hilmi Abdullah berkata, polisi serta dasar yang dilaksanakan kerajaan PH sehingga hari ini tidak menjamin kebajikan rakyat. – HARAKAHDAILY 2/7/2018

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...