Ahad, 17 Jun 2018

SIKAP TUN MAHATHIR MEMANG SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN

Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi yg menggantikan Tun Mahathir menghadapi masalah demi masalah sebaik mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Harga minyak dunia yg melambung sehingga USD200 telah menyebabkan kerajaan menanggung subsidi yang teruk. Kegawatan ekonomi dunia diambil peluang oleh Tun untuk memanipulasi keadaan bagi menyerang Pak Lah.

Akhirnya Pak Lah terpaksa menaikkan harga minyak sebanyak 60 sen yg mencetus kemarahan rakyat dan Mahathir mula menyerang Pak lah mengambil peluang dari kenaikan harga minyak dunia itu. Tun mendesak Pak Lah berbelanja seperti biasa ketika krisis ekonomi meruncing. Kata pak Lah NEGARA BAKAL BENGKRAP SEKIRANYA BELIAU MENGIKUTI KEHENDAK MAHATHIR berbelanja seperti biasa.

Pak Lah menghadapi PRU dengan tekanan berterusan dari Mahathir. Kerajaan PAK LAH DITUDUH MENGAMALKAN RASUAH DAN TUDUHAN DIBUAT OLEH TUN MAHATHIR sendiri.

Akhirnya keputusan PRU 12 lima negeri hilang. Pak Lah mentadbir negara ini cukup sebentar sebelum melepaskan jawatannya.

Sebelum bersara Pak lah telah mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri.


Najib pula mengambil alih negara ini ketika negara hampir bengkrap apabila SIMPANAN DI BANK NEGARA HANYALAH USD20 BILLION iaitu kira kira RM50 billion. Kesan kerugian didalam forex yg diperjudikan oleh Tun Mahathir telah menyebabkan RM34 billion wang negara lesap. Banyak pelaburan yg dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu musnah. Ini TERMASUKLAH PERWAJA, MOMINCO, PROJEK BAKUN DAN BERMACAM MACAM PROJEK LAGI TERMASUK LAH SKANDAL BANK BUMIPUTRA HONG KONG yg memerlukan suntikan modal baru. Seorang akauntan kita Abdul Jalil Ibrahim dibunuh didalam kebun pisang ketika dihantar oleh ibu Pejabat Bank Bumiputra bagi menyiasat punca utama Bank berkenaan ditutup.


Ketika itu pendapatan dari hasil minyak tidak ada apabila minyak berada dibawah kos pengeluaran. Ramai pekerja di Petronas dibuang dan sebahagian lagi diberi cuti tanpa gaji dengan pilihan mereka akan dipanggil untuk berkerja semula apabila harga minyak meningkat dan stabil. Manakala 60,000 perkerja disektor swasta dibuang.

Akhirnya Najib mengambil langkah tidak popular tetapi betul. NAJIB LAKSANAKAN GST. Tindakan Najib ini mendapat pujian banyak pehak termasuk lah Morgan Stanley, Bloomberg dan portal portal berita ekonomi dunia.

Tindakan Najib melaksanakan GST telah menyebabkan Masyarakat PENIAGA CUKUP MARAH dengan keadaan ini. Keuntungan mereka merudum. Mereka tidak lagi boleh menipu cukai kerana LHDN tahu berapa jualan mereka setiap bulan. Anehnya rakyat marhaen juga turut marah walaupun kadar GST dikenakan cukup kecil iaitu 6% sahaja.
Pembangkang tidak putus putus menghasut rakyat WALHAL RAKYAT MISKIN TIDAK TERKESAN pun dengan GST kerana kerajaan turut mengembalikan dengan BRIM. Ada juga BRIM orang bujang dan bermacam macam bantuan lagi..


Akhir dengan janji manis pembangkang diketuai Tun Mahathir pada menifesto yg dibahagikan kepada 3 jenis iaitu: 

1. Akan dilakanaksanakan serta merta;
2. Akan dilaksanakan 100 hari;
3. Akan dilaksanakan selepas keadaan stabil.


Najib juga dituduh menyeleweng dana IMDB selama 3 tahun. Tun Mahathir mendapat bantuan dari rantaian akhbar luar negara bagi menjayakan misinya ini walaupun sehingga kini Najib belum didakwa atas sebarang pertuduhan. Manakala audit dan PAC menafikan Najib terlibat.

Akhirnya Kerajaan BN tewas pada PRU14 selepas lebih 60 tahun menjadi pemerintah bagi negara Malaysia. Rakyat termakan hasutan kerana modus operandi Tun Mahathir dibantu rantaian akhbar luar negara cukup licik.

KERAJAAN BARU MENGAMBIL ALIH TAMPUK PEMERINTAHAN NAMUN JANJI TINGGAL JANJI APABILA HAMPIR 100% JANJI YG TELAH DIBUAT TIDAK MAMPU DITUNAIKAN.

Tamatlah dominasi kerajaan Islam BN digantikan dengan kerajaan bukan Islam DAP.

Rezab bank negara yg ditinggalkan Najib ialah RM430 billion. Kita lihat berapakah yg tinggal selepas setahun kerajaan pakatan Harapan berkuasa kerana rezab Bank Negara telah susut RM3.8 billion hanya 15 hari kerajaan Pakatan Harapan berkuasa manakala pelabur asing menjual saham saham mereka dan Bloomberg menganggar kan RM5 billion dari pasaran saham telah hilang tidak sampai pun 20 hari kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih dan Tun Mahathir mengangkat sumpah selaku ketua kerajaan bagi negara Malaysia


Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...