Selasa, 19 Jun 2018

CAKAP-CAKAP ORANG KAMPONG TENTANG MAHATHIR - MELUAT

Sejak 3 hari di kampung isteri sipenulis (Mohd. Fadzil – bukan nama sebenar)! TAK PUTUS-PUTUS ORANG LUAHKAN PERASAAN RINDU KEPADA DATO SRI NAJIB RAZAK malah mereka banding-bandingkan dengan Mahathir! Orang kampung sekarang tidak layan lagi berita Awani mahu TV3!

Sebab mereka rasa benci dengan fitnah-fitnah terhadap Dato Sri Najib! Lagi Najib dihina lagi bertambah sayang mereka terhadap Najib! Orang kampung sekarang lebih suka cerita dari Fb Najib. Mereka sanggup usung ke surau ke masjid ke kedai kopi menjaja amanat atau luahan Najib!

Ini tidak pernah berlaku semasa Zaman BN memerintah! ADA BERBERAPA CERITA MENARIK INGIN AKU KONGSIKAN!

1. Anggota RELA

Ketika Mahathir memerintah tak putus-putus panggilan untuk mereka bertugas! Dari jaga lalu lintas budak sekolah pulang! Majlis kerajaan! Atau kawalan malam! Tapi kini kami kerja bukan sahaja tidak dinaikan elaun seperti yang dijanjikan Najib malah langsung tidak dibayar gaji. Maka ramai yang terduduk bila menjelang hari raya aidilfitri!

2. Projek Kerajaan BN

Ramai orang kampung mengeluh kerana tiada kerja akibat projek kerajaan dibatalkan! Mereka bukan orang kaya! Sudahlah mereka KEHILANGAN BANTUAN E KASIH DAN 1AZAM tapi hendak cari makan pun dekat kedai runcit cina pun tidak ada yang hendak terima! Apa lagi orang kampung boleh buat kalau projek PR1MA, Jambatan Sungai, HSR, ECRL, MRT3, projek baik pulih sekolah, projek bina sekolah dan hospital malah banyak lagi projek telah dihentikan!

Mana orang kampung tidak sakit hati ketika projek kerajaan BN dibatalkan projek kroni Mahathir diluluskan!

3. GST

Orang kampung bercakap-cakap kami tak pernah rasa terbeban dengan GST berasa sen sangat kami bayar! Sedangkan tanpa GST sekarang ini tidak ada satu pun harga barang turun!

4. SUBSIDI MINYAK SELITER RM1.50

Bila ditanya kepada orang kampung mana yang mereka pilih antara subsidi minyak dengan BR1M! Mereka sepakat kata BR1M sebab motosikal dan kereta mereka bukan banyak manapun pakai minyak! Malah lebih berbaloi nikmati BR1M hingga RM2,000 sebab jika dibahagikan dengan subsidi minyak per letter mereka dapat extra lebih dari separuh untuk digunakan bagi pelbagai perbelanjaan.

5. PENJENAMAAN SEMULA PRODUK NAJIB OLEH MAHATHIR!

Orang kampung berkata Mahathir tukarlah apa sahaja nama produk Najib tetapi mereka tetap panggilan BR1M! UTC! RTC! Klinik1Malaysia kerana itu bahasa harian kami dan tanda ingatan kami kepada Najib!

6. BUDAK-BUDAK TAHFIZ

Seorang guru tahfiz berseloroh! Walaupun sekolah tahfiz terpelusuk jauh diperdalaman. Mereka tidak sangka Dato Sri Najib yang tidak pernah sampai ke sekolah mereka tetapi bantuannya sampai setiap bulan tetapi sekarang anak-anak tahfiz perlu keluar mencari derma untuk membiayai sekolah mereka!

7. MAHATHIR VS NAJIB

ORANG KAMPUNG LEBIH PERCAYAKAN NAJIB dan langsung tidak suka Mahathir. Mereka gelarkan MAHATHIR PEROSAK NEGARA! Mereka bertambah benci bila dia membenarkan DAP menjaga kewangan negara! Orang kampung tidak pernah percayakan DAP!

8. UCAPAN KHAS HARI RAYA MAHATHIR

Ramai orang kampung berkata, mereka tengok ucapan Mahathir tidak sampai separuh siaran kerana BOSAN! BENCI! MELUAT! Apatah bila masuk bab mahathir kutuk kerajaan BN dan anggap dia berjaya bina kerajaan yang perfect! Orang kampung kata kami tidak buta!

9. MALAYSIA BANKRAP

Kami tidak faham apa itu negara Bankrap tetapi apa yang kami faham selama 9 tahun Najib jadi PM! Ada sahaja buah tangan dan bantuan diumumkan kepada kami! Malah peluang kerja bersepah-sepah disana-sini cuma hendak kerja tau tidak je! Hendak berniaga macam-macam kursus ditawarkan kerajaan setiap bulan! Macam-macam bantuan disediakan Najib cuma rajin dengan tidak rajin sahaja!

Zaman Mahathir semua itu lenyap sekelip mata!

10. MAHATHIR BAHAN KETAWA ORANG KAMPUNG!

Ada ke patut dia cakap dia berjaya berjabat tangan dengan 55,300 orang pengunjung rumah terbukanya! Dia fikir orang kampung bodoh tidak boleh berfikir yang dia yang sedang berumur 93 tahun terpaksa berdiri lebih dari 16 jam untuk bersalam seorang pada setiap 1 second bagi mendapatkan 55k pengunjung!

Aku agak tangan dia macam mata misin potong rumput yang sedang berpusing kot! Punya laju berjabat dengan 55,300 pengunjung! Disambung gelak ketawa memecah suasana anjung surau!

Penutup! Rupa-rupanya SOKONGAN RAKYAT KEPADA NAJIB LEBIH KUAT dari sokongan akar umbi UMNO dan BN! Orang kampung sependapat Hari Raya ini suram kerana Najib bukan PM. Orang kampung yakin Najib terbaik tetapi orang UMNO BN bagaimana?

Orang kampung nampak Dato Sri Najib sebagai Ketua pembangkang yang hebat. Walaupun beliau keseorangan tanpa bantuan! Tapi mampu menggegarkan kerajaan baru walaupun tomahan terhadapnya semakin hebat diperlakukan. Anwar waktu dijatuhkan tidak sehebat Najib kerana Anwar penggunakan rakyat turun ke jalan tapi Najib dia boleh buat seorang diri sahaja! 

||| Mohd Fadzil


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...