Selasa, 15 Mei 2018

RAFIZI NAFI MAHU JADI MENTERI KEWANGAN

Naib Presiden PKR RAFIZI RAMLI AKAN MENYAMAN AKHBAR harian berbahasa Cina SIN CHEW kerana MENDAKWA BELIAU MAHU MENJADI MENTERI KEWANGAN.
Rafizi sebelum ini mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik  Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng sebagai menteri kewangan tanpa berunding dengan PKR.
“Ada laporan Sin Chew yang kata saya bantah kerana saya mahu menjadi menteri kewangan.
“Saya dah nyatakan sejak tahun lalu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bahawa saya tidak mahu apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Laporan Sin Chew itu satu fitnah dan saya akan saman,” tulisnya di Twitter.
Menurut Rafizi, sekiranya beliau mahu menjadi menteri, beliau tidak akan mengambil risiko yang boleh menyebabkannya dipenjara sehingga empat tahun dan sebaliknya akan mencium tangan Dr Mahathir dan Anwar.
“Jangan cepat lupa bahawa apabila tiada yang berani menegur, kita kembali ke zaman BNKritikan terhadap saya, itu boleh saya terima, tetapi jangan menghina,” katanya.
Rafizi menjelaskan bahawa dia tidak terikat dengan apa-apa jawatan, maka dia tiada kepentingan dan boleh bersuara secara terbuka untuk PKR.
“Kenyataan yang saya keluarkan itu adalah pendirian PKR dan bukan kenyataan peribadi saya.
“Oleh kerana saya satu-satunya pemimpin kanan (PKR) yang tudak akan menyertai kerajaan (lalu tiada konflik kepentingan), sebab itu ia dikeluarkan oleh saya,” katanya.
Rafizi turut menjelaskan berhubung pelantikan menteri oleh Dr Mahathir.
Menurutnya PKR mahu Anwar terlibat dalam rundingan pelantikan kabinet tapi ia tidak berlaku.
“Sedang pemimpin PKR menunggu di Hospital Rehabiitasi Cheras (di mana Anwar ditempatkan) ketika itu pengumuman (pelantikan menteri) itu dibuat tanpa penyertaan PKR.
“Selepas itu Lim Guan Eng dan Dr Mahathir datang berjumpa Anwar,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...