Ahad, 6 Mei 2018

#PRU14: MAHATHIR SELEWENG TANAH LANGKAWI, SAPU SEMUA TANAH, RAKYAT LANGKAWI DAPAT APA?

SANA SINI SIBUK DUK KATA ORANG CURI LA, PEROMPAK LA, padahal betul juga seperti mana yang pernah disebut Mat Sabu, MAHATHIR ADALAH KEPALA PEROMPAK sebenarnya. 

Orang Langkawi banyak tahu tanah TANAH DI LANGKAWI banyak dibeli dan dipunyai oleh kroni Mahathir. Tanah celah bukit, tanah dekat dengan laut semua kena sapu habis dah dengan suku sakat kroni Mahathir. 

Ini pendedahan panas yang orang Langkawi kena ambil tau.. semasa menjadi Penasihat LADA sejak Mac 2003 hingga Mac 2016, Mahathir telah salah gunakan kedudukan itu untuk dapatkan tanah.

Tanah seluas 4 ekar di Lot 148, 149, 150, 136 dan 137 di Bandar Kuah telah diminta secara bersurat oleh Mahathir pada 1 September 2009 untuk tujuan sewaan. Tanah itu adalah bersebelahan Pusat Kraftangan Teluk Yu.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Azman Umar (Pengurus Besar LADA) oleh Mahathir itu, tujuan asal hendak menyewa tanah itu ditulis sebagai "untuk maksud menternak lembu". 


Pada 31 Mei 2011, Azman Umar telah membalas balik surat itu. Menyatakan permohonan Mahathir untuk bela lembu diluluskan. Tanah 4 ekar itu dilulus secara pajakan dengan nilai RM20 seekar setahun selama 30 tahun. 

Murahnya. Bayar RM80 setahun. Dalam masa 30 tahun baru RM2,400. Murah sungguh. Mahathir sekali naik jet pun bayar RM50,000, ni sewa tanah 30 tahun bayar RM2,400 sahaja? 

Lembu pun dah mahal sekarang, kalau jual dua ekor lembu dah boleh bayar sewa pajakan untuk 30 tahun. Murah sungguh sewa RM80 setahun untuk 4 ekar tanah itu. 

Apakah Mahathir selaku Penasihat LADA, menasihatkan dan mempengaruhi keputusan Jemaah Pengarah LADA untuk mendapatkan sewa yang terlalu murah? 

Masalahnya dekat tapak tanah kini, ada lembukah yang sedang dibela oleh Mahathir?

Orang Langkawi kena pi jenguk sendiri, betui ka Mahathir jaga lembu? Entah entah bela kuda atas tanah itu? 

Selepas ini orang Langkawi kena tunggu, ada lagi pendedahan tentang skandal tanah Mahathir di Langkawi.

Walau apapun cara permohonan dan kertas kerja Mahathir lembu, fertigasi, tanam buah tembikai dan lain-lain lagi, mesej yang jelas ialah Mahathir meminta semua tanah-tanah itu terlebih dahulu. Benarkah tanah-tanah itu telah dimajukan sekarang mengikut projek yang diminta atau hanya sekarang mahu 'lock' tanah yang ada bagi tujuan yang lain. 

Rakyat Langkawi buka mata. Dulu semua kroni dah rembat sekarang Tun M sendiri rembat tanah-tanah Langkawi. Kini nak jadi Ahli Parlimen Langkawi. Kamu rakyat Langkawi dapat apa?

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...