Isnin, 14 Mei 2018

MEREKA NAK TENGOK SAYA MELUTUT, MALUKAN SAYA

WAWANCARA | Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir Mohamad dalam pembangkang walaupun dengan sejarah panjang perseteruan antara pemimpin mereka dengan bekas perdana menteri itu, yang didakwa MENTADBIR SECARA KUKU BESI, menekan para penentang dan melemahkan institusi negara.
Mahathir bagaimanapun tidak pernah secara langsung mengaku pelbagai tuduhan terhadapnya dan seringkali mengalihkan kesalahan misalnya kepada polis untuk Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan sejumlah pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan bawah ISA.
Begitu juga dengan penahanan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama kira-kira dua dekad lalu.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam, Mahathir tampak sedikit terganggu ketika ditanya soal ini dan seperti yang dijangka kekal tidak apologetik.
Beliau berkata ANWAR SENDIRI TIDAK MEMINTA PERMOHONAN MAAF daripadanya, maka tiada sebab untuk sesetengah pemimpin masyarakat sivil terus membangkitkannya.
"Keluarganya tidak minta saya (untuk minta maaf). MEREKA NAK LIHAT SAYA MELUTUT...(DAN) MALUKAN SAYA. Itu yang mereka mahu. Tetapi mereka orang luar, bukan keluarga (Anwar)," katanya dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Ketika Malaysiakini membangkitkan permohonan maaf itu bukan atas apa yang terjadi terhadap Anwar sahaja tetapi insiden lain sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Mahathir berkata: "Tetapi mereka ini bukan ahli politik, tetapi NGO."
"Sebab mereka menjadi NGO adalah agar mereka boleh kritikal terhadap semua perkara. Sertai parti politik dan anda akan tahu ada kekangan tertentu," katanya lagi.
Mutakhir ini beliau ada membuat permohonan maaf  - antaranya berhubung penggunaan istilah keling dan kenyataannya bahawa mereka yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai "mati katak".
Namun nampaknya itu saja permohonan maaf yang akan datang daripadanya.

Sumber:  KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...