Translate

18/04/2018

#PRU14: DAP TETAP MEMPERALATKAN ORANG MELAYU

BAGAN DATUK: Tindakan DAP MELETAKKAN CALON MELAYU untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengintai kerusi Menteri Besar sekiranya mereka berjaya merampas Perak adalah sesuatu yang sudah dijangka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merupakan antara
STRATEGI PARTI ITU untuk menarik sokongan orang Melayu.

"Telahan ini menjadi benar apabila ada usaha untuk menarik pengundi-pengundi Melayu bagi mengundi calon mereka, termasuk calon Melayu. Apa yang telah dianalisis oleh pihak kita dapati bahawa terdapat fobia dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu terhadap usaha oleh DAP jika mereka terus mengekalkan penggunaan lambang yang lama.


"Tentunya dengan langkah meletakkan seorang pakar undang-undang bagi bertanding menggunakan lambang parti lain tetapi mewakili DAP ianya merupakan suatu pengesahan bahawa AGENDA TERSEMBUNYI mereka sekarang terserlah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout sekitar Hutan Melintang, Perak hari ini.


DAP meletakkan pakar perlembangaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk bertanding di DUN Tebing Tinggi di Ipoh seperti disahkan Veteran DAP, Lim Kita Siang baru-baru ini.

Mengenai pengumuman Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM), Ibrahim Mat Zin, 68, atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh Malaysia' untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk sebagai calon bebas, Ahmad Zahid berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertanding di parlimen itu.

Penawaran sesiapa sahaja untuk bertanding sudah pasti akan memeriahkan lagi suasana pilihan raya sekali gus meraikan makna demokrasi di Bagan Datuk.


Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...