Isnin, 30 April 2018

RM870,000 WANG DEPOSIT LESAP NAK SALAHKAN BN JUGAK KE???

KOTA KINABALU: Wang tunai sebanyak RM870,000 milik sebuah PARTI PEMBANGKANG TEMPATAN DI SABAH, dikatakan untuk pembayaran deposit calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hilang dipercayai DILARIKAN PENASIHAT KEWANGAN PARTI TERBABIT.
Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu gagal hadir bersama wang berkenaan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, pada petang Jumaat lalu, sehari sebelum proses penamaan calon.
Menurut sumber, wang itu adalah untuk proses pembayaran pendaftaran bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen parti berkenaan yang akan bertanding pada PRU-14 di seluruh Sabah.

Ahad, 29 April 2018

#PRU 14: BETINA MATA BATU MUNCUL KEMBALI

KUALA LUMPUR: PAS menggesa bekas Presiden Majlis Peguam, DATUK S AMBIGA, MEMBERI PENJELASAN BERHUBUNG KENYATAAN EDITOR SARAWAK REPORT, Clare Rewcastle-Brown, yang menamakan beliau sebagai sumber yang menyatakan pemimpin parti itu menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ambiga perlu bagi reaksi untuk memberi gambaran yang sebenarnya terhadap dakwaan editor terbabit adalah kenyataan dengar cakap (hear say).
Katanya, peguam PAS kini sedang mengkaji perkara terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Tuduhan Sarawak Report mengenai PENERIMAAN WANG BERNILAI RM90 JUTA oleh pemimpin tertinggi PAS dari Datuk Seri Najib Razak itu sudah dinafikan sekeras-kerasnya, " katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Rewcastle-Brown menerusi pembelaannya dalam saman fitnah yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilapor menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat laporan portal kendaliannya berkaitan dakwaan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri. 
Portal The Malaysian Insight melaporkan, berdasarkan kenyataan hujah balas dan pembelaan yang diterimanya, Rewcastle-Brown mengatakan beliau memperoleh maklumat itu selepas bercakap dengan Ambiga yang juga bekas Pengerusi Bersih itu, mengenai Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PAS pada Julai 2016.
"Ambiga memberitahu bahawa sumbernya, yang mana beliau katakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah dibayar adalah sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown menerusi pembelaan yang difailkan kepada mahkamah bertarikh 11 Oktober lalu.  
Takiyuddin berkata, berhubung tuduhan Rewcastle-Brown itu, Presiden PAS sudah mengarahkan peguam mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, menuntut Ambiga memohon maaf susulan penjelasan Rewcastle-Brown itu.
"Dia patut minta maaf. Sebagai peguam yang memperjuangkan integriti, yang selalu perjuangkan soal kebenaran dan pilihan raya bersih, dia patut minta maaf, " katanya
Sumber:  KLIK DISINI

Sabtu, 28 April 2018

#PRU 14: TIAN CHUA SALAHKAN SPR PENCALONAN DITOLAK ???

KUALA LUMPUR: PENCALONAN Naib Presiden PKR, TIAN CHUA, bagi bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 DITOLAK SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR).

Penolakan permohonan Tian Chua itu berikutan satu KES MAHKAMAH SHAH ALAM PADA TAHUN 2013.

Tian Chua yang mempertahankan Parlimen Batu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2016 kerana membuat kenyataan berunsur hasutan di satu forum pada 2013 dan dikenakan hukuman 3 bulan penjara dan denda RM1,800.

Pihak pendakwaan sudah memfailkan rayuan untuk meningkatkan hukuman itu.

Jumaat, 27 April 2018

#PRU14: MAHATHIR DAH NYANYOK SALAH LANTIK PEGUAM ???

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, MOHD HANIFF KHATRI ABDULLA, berkata Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak boleh menandatangani Surat Watikah memandangkan 16 anggota Umno telah memfailkan kes di mahkamah untuk cuba mengisytiharkan UMNO sebuah parti haram.
Sebagai seorang peguam, Haniff mesti tahu bahawa dengan hanya memfailkan kes di mahkamah, ianya masih belum menjadi penghakiman. Malah hakim masih belum memutuskan sama ada kes itu mempunyai merit untuk didengar atau tidak, dan harus dibuang. Dan kita tidak tahu sama ada 16 orang yang memfailkan kes itu adalah ahli Umno yang tulen yang mempunyai locus standi untuk memfailkan kes itu.
Walaupun hakim membuat keputusan mengisytiharkan Umno sebagai pihak yang menyalahi undang-undang, masih terdapat rayuan di mahkamah tinggi. Sehingga semua jalan undang-undang habis UMNO MASIH MERUPAKAN PARTI YANG SAH dari segi undang-undang. Mana-mana peguam akan tahu perkara ini
Sekiranya hanya memfailkan kes di mahkamah yang bermaksud keputusan dibuat, maka pemimpin-pemimpin pembangkang yang menghadapi kes mahkamah yang melibatkan perbuatan rasuah tidak boleh bertanding di PRU14.

Sumber: KLIK DISINI

Khamis, 26 April 2018

SPRM BONGKAR SINDIKET PENGELUARAN SIJIL PERTAULIAHAN PALSU

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga negara Lubnan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu/ siasatan kes SINDIKET PENGELUARAN SIJIL PERTAULIAHAN PALSU menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Saspek berusia 36 tahun itu merupakan individu ke tujuh yang ditahan dalam siasatan kes ini.

Menurut sumber, suspek yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat percetakan dipercayai merupakan salah seorang ejen yang mendapatkan pelanggan yang ingin membeli sijil pertauliahan palsu tanpa perlunya menghadiri kursus tersebut.

Saspek tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 8.40 malam semalam.

"Pasukan penyiasat masih sedang MENGENALPASTI DALANG UTAMA SINDIKET ini yang bertanggungjawab untuk mencetak sijil-sijil palsu tersebut,” katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati TERDAPAT ORANG-ORANG KENAMAAN DENGAN GELARAN TURUT TELAH MEMBELI SIJIL-SIJIL PERTAULIAHAN PALSU tersebut.

Isnin, 23 April 2018

AZIZAH CANTAS LAPAN NAMA CALON DIKEMUKA AZMIN ALI?

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan menolak lapan nama calon bagi DUN Selangor yang dikemukakan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Lapan nama itu dikatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju), Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).

Muka baru yang dilaporkan turut dicantas adalah pembantu akhbar kepada Azmin, Hilman Idham - dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan penasihat Azmin yang dipercayai, Khaled Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Seorang lagi Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon. 

Portal The Star melaporkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkunjung ke rumah Azizah di Bukti Segambut seawal jam 8 pagi tadi - meminta agar Presiden PH itu menimbang semula keputusannya. 

Bersama-sama Zuraidah, kelihatan kelibat Hanizah dan Ahli Parlimen PJ Selatan Hee Loy Sian.

Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Perkembangan terbaru itu memburukkan lagi krisis dalaman PKR membabitkan Kem Azmin dan Kem Rafizi (Ramli - Naib Presiden PKR).

Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada malam Isnin (23 April).

Ahad, 22 April 2018

MAHATHIR UPAH 16 INDIVIDU CETUS PERSEPSI BURUK TERHADAP UMNO ???

SHAH ALAM: Bekas ahli DAP Shamsher Singh Thind menyifatkan PPBM SEBAGAI TERDESAK apabila sanggup 'MENGUPAH' peguamnya mewakili sekumpulan ahli Umno menfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti itu. 

Katanya, parti bunga itu bukan sahaja dilihat MEMPERGUNAKAN 16 INDIVIDU berkenaan, malah sengaja mencetuskan persepsi buruk kepada Umno dan badan kehakiman negara. 

Ujarnya, kes kehakiman yang cuba dibawa itu dijangka akan ditolak berikutan melanggar Perlembagaan Umno dan Akta Pertubuhan 1966.

“Ini kerana, 16 orang ahli Umno berkenaan hilang ‘locus standi’ untuk memfailkan semakan kehakiman kerana mereka hilang keahlian dengan serta-merta menurut klausa 20.7 Perlembagaan Umno,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini. 

Berdasar peruntukan itu, jelas pengamal undang-undang itu, seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.

Sabtu, 21 April 2018

RAIS YATIM KETUA PENGARAH ROS YANG BARU ?'

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membidas Tan Sri Rais Yatim yang membangkitkan isu kesahihan parti itu.
Nazri berkata, RAIS TIDAK PERLU MASUK CAMPUR memandangkan soal itu bawah bidang tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
ROS sudah membuat keputusan berhubung penangguhan pemilihan Umno berdasarkan peruntukan sedia ada, katanya lagi.
"Sejak bila Rais jadi ketua pengarah (ROS)? Selepas ini dia boleh memohon untuk jadi ketua pengarah secara kontrak, biar dia buat kerja kalau dia rasa (ada perkara) tidak betul.
"Bagi Bagi saya tak perlu kacau kerja ketua pengarah ROS. Biarkan dia buat kerjanya dan jangan ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Rais yang merupakan tokoh veteran Umno menggesa MT parti itu mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada penangguhan dua kali pemilihan Umno sah atau tidak.

Jumaat, 20 April 2018

#PRU14: MASYARAKAT GELI CALON YANG RENDAH AHLAK/ADABNYA

KUALA LUMPUR: Pastinya parti-parti politik yang ingin bertanding di dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) perlu membuat PEMILIHAN CALON YANG BAIK DAN SESUAI.
“Dalam hal ini, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyarankan calon-calon yang dipilih untuk bertanding perlu DILIHAT DARI SUDUT ADAB DAN AKHLAKNYA juga,” ujar Yang Dipertua PUM, Dato' al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir dalam kenyataan media kepada Harakahdaily, hari ini .
Katanya, ramai yang BERASA GELI UNTUK MEMILIH CALON-CALON YANG TIDAK SESUAI DAN TIDAK MEMPUNYAI ADAB DAN AKHLAK YANG BAIK.
“Parti-parti politik dinasihat supaya tidak meletakkan calon yang rendah akhlak, calon yang suka duduk di kelab malam, terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, terlibat dengan rasuah, tidak mendekati masjid, atau mereka yang hanya mementingkan hiburan semata-mata,” ujarnya lagi.
Tambahnya, PUM percaya dalam pendekatan politik masa kini, rakyat pasti menolak mana-mana calon yang sedemikian.
“Kita mahu pastikan Malaysia terus maju dengan rakyat dan pemimpin yang baik agar rahmat serta pengampunan Allah SWT sentiasa bersama kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/4/2018

Khamis, 19 April 2018

#PRU14: MADEY JILAT LUDAH SENDIRI CADANG MANSUH AUKU

SERDANG: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan TUN DR MAHATHIR MOHAMAD MENJILAT LUDAH SENDIRI menerusi cadangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) yang terkandung dalam MANIFESTO PAKATAN HARAPAN (PH) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Saya komen pendek saja, dia (Dr Mahathir) jilat ludah sendiri,” kata presiden PAS itu selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya hari ini. Pada 21 Mac lalu,
DR MAHATHIR menerusi siaran langsung di Facebooknya MEMBERI JAMINAN AKAN MEMANSUHKAN AUKU, jika PH memenangi PRU14.

Pengerusi PH itu berkata, pemansuhan undang-undang itu bermakna tanggungjawab terletak di bahu ibu bapa untuk memantau prestasi anak.  Hadi berkata, sebelum 1980-an, mahasiswa dan pensyarah bebas menyertai sebarang aktiviti berkaitan politik kerana kerajaan ketika itu tidak sedikit pun takut atau terkesan.

Rabu, 18 April 2018

#PRU14: DAP TETAP MEMPERALATKAN ORANG MELAYU

BAGAN DATUK: Tindakan DAP MELETAKKAN CALON MELAYU untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengintai kerusi Menteri Besar sekiranya mereka berjaya merampas Perak adalah sesuatu yang sudah dijangka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merupakan antara
STRATEGI PARTI ITU untuk menarik sokongan orang Melayu.

"Telahan ini menjadi benar apabila ada usaha untuk menarik pengundi-pengundi Melayu bagi mengundi calon mereka, termasuk calon Melayu. Apa yang telah dianalisis oleh pihak kita dapati bahawa terdapat fobia dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu terhadap usaha oleh DAP jika mereka terus mengekalkan penggunaan lambang yang lama.


"Tentunya dengan langkah meletakkan seorang pakar undang-undang bagi bertanding menggunakan lambang parti lain tetapi mewakili DAP ianya merupakan suatu pengesahan bahawa AGENDA TERSEMBUNYI mereka sekarang terserlah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout sekitar Hutan Melintang, Perak hari ini.

Selasa, 17 April 2018

SYABAS & TAHNIAH SPRM - UGUT SPRM TINDAKAN BACUL

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan perbuatan pihak yang MENGHANTAR PELURU HIDUP DAN NOTA BERBAUR UGUTAN KEPADA PEGAWAI KANAN SURUHANJAYA ITU SEBAGAI PENGECUT.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata pihaknya memberi amaran tegas kepada individu yang cuba mengugut pegawai kanan SPRM supaya menghentikan perbuatan itu.

"Saya mahu mereka yang terbabit menghentikan perbuatan itu kerana tindakan pengecut sedemikian TIDAK AKAN SAMA SEKALI MELEMAHKAN SEMANGAT pegawai SPRM daripada melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami.

"Perbuatan ugutan sedemikian hanya MENYUNTIK LAGI SEMANGAT KAMI UNTUK TERUS BERJUANG dalam memastikan hak masyarakat terbela daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dzulkifli berkata, SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat kes berkenaan.

Khamis, 12 April 2018

DAP GADAI LAMBANG ROKET KERANA MAHATHIR ???

KUALA LUMPUR 11 April - “BAGAIMANA HENDAK MENTADBIR NEGARA? jika simbol yang menjadi perkara terpenting parti pun boleh diubah dengan sekelip mata?”

Itu pertanyaan Ahli Parlimen Kepong. Dr. Tan Seng Giaw bagi menyelar keputusan DAP menggadaikan lambang roket yang digunakan parti tersebut sejak 1966 semata-mata untuk berada di bawah gabungan pembangkang PKR.

Seng Giaw yang juga bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, kepemimpinan ter­ti­nggi DAP sepatutnya mengambil kira pelbagai faktor penting sebelum menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana tindakan itu jelas memberi IMPAK NEGATIF TERHADAP PARTI.

Selasa, 10 April 2018

GAMBAR MAHATHIR ‘DIHARAMKAN’ PADA POSTER KEMPEN PRU?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal minggu ini mengeluarkan kenyataan melarang gambar calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad diletakkan pada poster Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Pakatan Harapan di dalam responnya berkata, ianya disebabkan oleh kegerunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap lawannya sehingga sanggup mengharamkan penggunaan gambar Dr Mahathir bagi mempromosikan Pakatan Harapan.
“Kita rasakan sesuatu yang tidak patut dilarangkan oleh SPR. Kita nak berkempen, kita nak memaparkan pemimpin kita, itu adalah hak parti masing-masing. Mengapa SPR nak mengarah? Itu bukan urusan SPR,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
Jawapan yang diberikan oleh Anthony Loke sekadar andaian dan dakwaan liar semata-mata tanpa melihat dari sudut pandang undang-undang, khususnya Tata Etika Pilihanraya ditetapkan SPR.
PERKARA 7 TATA ETIKA PILIHAN RAYA MENETAPKAN:
7.6 Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:-
(a) Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang.

(b) Tidak boleh memasang poster gambar mana-mana pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan kecuali gambar pemimpin utama parti politik yang digandingkan (berpasangan) dengan gambar calon dalam poster yang sama.

Sabtu, 7 April 2018

#PRU14: MAHATHIR BERJAYA MENGUCAR-KACIRKAN PH TERUTAMA DAP

PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan PENGGUNAAN SATU LOGO SAHAJA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Bagaimanapun, katanya SPR masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan penggunaan satu logo itu daripada Pakatan Harapan dan cuma mendapat maklumat mengenainya melalui laporan media.

"Kebenaran menggunakan logo adalah daripada kita (SPR).

"Kalau dia mahu guna logo baharu dan sebagainya, kita (SPR) kena beri kelulusan," katanya dalam sidang media bersempena Simulasi Bilik Gerakan PRU14 di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program di Pasir Gudang, Johor semalam mengumumkan keempat-empat parti dalam pakatan itu akan
MENGGUNAKAN SIMBOL PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) untuk PRU14 nanti.

"Kalau parti politik, dia dah daftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kemudian dia kena kemuka kepada kita. Kita tengok jika logo itu tidak bertentangan (dengan peraturan), kita luluskan saja," kata Mohd Hashim lagi.

Khamis, 5 April 2018

#PRU14: TAHNIAH DAN SYABAS ATUK MADEY - PPBM DIBUBARKAN

SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dipercayai akan MEMBUBARKAN PENDAFTARAN PPBM HARI INI.

Satu sidang akhbar mengenai dijadualkan pada jam 2.30 petang ini di pejabatnya di Putrajaya.

Portal Malaysiakini melaporkan ia berkaitan Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 berhubung pembatalan pendaftaran.

Ia berbunyi “Jika butir-butir yang dikehendaki diberi di bawah seksyen-kecil (2) tidak diberi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, atau dalam tempoh lanjutan masa yang dibenarkan oleh Pendaftar, maka Pendaftar bolehlah membuat suatu perintah sementara bagi membubarkan pertubuhan itu.”

Antarapos sedang menghubungi pemimpin-pemimpin PPBM untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini.

Sumber: KLIK DISINI

Selasa, 3 April 2018

PAYUDARA SAYA 'ORI' - ELLY MAZLEIN

KUALA LUMPUR - Menjawab andaian segelintir pihak yang menuduhnya melakukan pembedahan pada bahagian PAYUDARANYA YANG SEMAKIN MEMBESAR, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein menegaskan dia tidak tergamak untuk melakukan perkara sedemikian.

Kata Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia tidak terkesan dengan andaian tersebut sekali gus ada melabelkannya sebagai simbol seks.

"PAYUDARA SAYA ORI dan tidak pernah buat sebarang pembedahan. Kalau orang kata besar atau montok, jawapan saya adalah anak saya masih menyusu badan. Kalau orang bandingkan dulu dan sekarang memang lain, kerana sekarang saya sudah menjadi seorang ibu.

"Lantak orang mahu label saya simbol seks. Saya sudah malas untuk ambil kisah apa yang orang kata tentang saya. Asalkan saya bahagia dengan jalan hidup saya, itu sudah lebih daripada cukup," jelas Elly atau mesra disapa sebagai KAK LINA POM POM.

Sementara itu, ditanya mengenai akaun Instagramnya yang digodam baru-baru ini, Elly, 38, reda dengan perkara itu dan sudah mencipta akaun baharu.

"Saya terpaksa cipta akaun baharu walaupun pengikut akaun lama memang ramai. Biarlah, saya hanya ingin fokus dengan kerjaya seni pada tahun ini.

"Saya sudah penat dengan kontroversi. Azam saya tahun 2018 untuk kurangkan kontroversi yang sebelum ini banyak berlaku kepada saya," kata ibu kepada Putri Sara Sefhia, 2, itu.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. - K! ONLINE

Isnin, 2 April 2018

#PRU14: PARLIMEN BUBAR MINGGU HADAPAN

SEPANGGAR: DEWAN RAKYAT mungkin AKAN DIBUBARKAN sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang akhir minggu depan, kata Pengarah Komunikasi Strategis Barisan Nasional, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada Ahad.

"Ada kemungkinan... berdasarkan pengalaman kami yang dulu, pelancaran manifesto Barisan akan diadakan selepas pembubaran Parlimen. Itulah tradisi.

"(Tetapi) Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Najib akan menggunakan kaedah yang sama," katanya kepada pemberita selepas meneliti keadaan jalan dan saliran di Sepanggar di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, manifesto tersebut dijangka dilancarkan pada minggu depan, manakala hari terakhir persidangan Dewan Rakyat akan diadakan pada 5 April.

"Seseorang memberitahu saya, tetapi saya tidak dapat mengesahkan, anda (orang) boleh menjangkakan minggu depan Parlimen akan dibubarkan," katanya.

Menurut Abdul Rahman, pelancaran manifesto itu akan diadakan pada perhimpunan besar di Bukit Jalil.

Katanya, beliau telah melihat manifesto itu dan akan ada perkara yang 'baik dan mengejutkan' untuk Sabah.

"Terdapat juga beberapa perkara (dalam manifesto) yang tidak pernah difikirkan sebelum ini, tetapi kami (pemimpin Barisan Sabah) berjuang keras untuk perkara tersebut supaya Perdana Menteri memasukan satu atau dua perkara dalam manifesto itu. Hanya perlu tunggu sehingga pelancaran (untuk mengetahui perkara itu), "katanya.

Abdul Rahman berkata, hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga akan dimasukkan dalam manifesto itu.

Baca lebih lanjut di KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...