TIDAKLAH GUAN
ENG dan DAP itu tahu Islam, siyasah
syariyah apa lagi fikah politiknya. Jauh sekali dia alim dan arif tentangnya.
Tapi dia dengan kekurangan dan
kejahilannya itu sanggup tempelak dan berani kata PAS, golongan yang paling
arif dengan siyasah Islami sebagai sesat.
Sesat itu bukan sekadar tidak jumpa jalan yang dicari, tetapi apabila ia pakai
dalam kehidupan orang beragama, SESAT
ITU ADALAH AJARAN DAN AMALAN YANAG MENYIMPANG DARI MANHAJ DAN TASAWUR
ALLAH/ISLAMI.
Yang terbabas dari Islam itu dinamakan ajaran sesat. Tidak ajaran dan amalan
selain dari Islam dan penggunakan kalimah itu dikata ajaran sesat. Salah guna
senjata nuklear disebut ajaran sains/teknologi sesat atau pelajaran akademik
yang tidak betul dikatakan ajaran sesat.
Pelancaran roket ke bulan mungkin tersasar tetapi orang tidak kata ia hasil
penemuan sesat. Selain dari dipakai terhadap ajaran Islam yang menyeleweng ia
diguna pada peribahasa peluru sesat.
AJARAN SESAT
ADALAH MANHAJ JAHILIYAH.
Pengamal jahiliyah adalah isi neraka. Mengatakan PAS sesat adalah membangsakan
politik yang PAS ambil sekarang bakal menjadi isi neraka.
Apa yang memberanikan Guan Eng berkata terhadap kepercayaan umum golongan Islam
di negara ini adalah FITNAH
BESAR yang terbit dari tidak menjadikan Islam
sebagai pakaian kemerdekaan yang Tunku Abdul Rahman Putra dan UMNO asaskan
tahun 1957 dulu.
Sebelum merdeka tiada pemastautin di luar Islam berani kata golongan Islam
tertentu sesat. Mufti dan jabatan agama sahaja yang menentukan sesuatu itu
sesat. Hasil fitnah tidak menjadikan Islam sebagai pakaian hidup bernegara,
maka orang boleh kata sesat kepada orang Islam.
Jika Tunku dan Tun Razak datang semula ke Malaysia sekarang, mereka adalah
orang yang paling tidak seronok dengan fitnah yang ditinggalkan dulu.
Sekalipun Guan Eng tidak kata pada orang Islam lain, dia tuju pada PAS sekarang
yang TG Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor sudah lama meninggalkannya, tetapi dia
berani kata pada golongan Islam yang paling berpengaruh dalam negara ini.
Sekalipun KETUA AGAMA ITU
RAJA-RAJA DAN PARA MUFTI penentu tunggal fatwa rasmi, tetapi pengaruh Islam
yang dibawa PAS adalah merata dan menyeluruh, disegani dan dihoramti.
Mungkin umumnya ada yang tidak melihat apa yang Guan Eng kata itu mencabar alam
Islam itu secara totok, malah banyak cabaran yang melanda Islam secara pokok
tidak banyak yang dapat ditangkis oleh umat Islam, maka tidak banyak tohmah
Guan Eng dirasa berkesan oleh semua.
Islam yang berdaulat itu ibarat yang dikata cubit paha kiri peha kanan terasa
sakit. Umat yang peka itu mesti rasa tersinggung apabila sesuatu yang
menyinggungnya. Adapun keadaan yang ada, umat Islam itu sudah jadi anggota yang
kebas. Paha kiri yang dicubit tidak rasa sakit oleh paha kanan kerana paha
kanan itu kebas.
Oleh kerana PAS itu adalah politik untuk sebahagian umat saja, maka yang lain
tidak rasa tercabar bila PAS dikata sesat. Tetapi adakah orang Islam yang
bersama Guan Eng tak terasa apa, bahkan seronok dengan tohmahnya. Khususnya
orang yang pernah jadi makmum solat berimamkan PAS? Fitnah gagah tikus bila
kucing tidak bergigi. – HARAKAHDAILY
5/1/2018