Ahad, 23 Disember 2018

TAHNIAH DAP TINGGALKAN PH DAN BERGABONG DENGAN MCA

KUALA LUMPUR - DAP TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK MENINGGALKAN KERAJAAN sekiranya objektif mencapai Malaysia Baharu diabaikan PH.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pemimpin DAP di dalam kerajaan boleh memainkan peranan dalam membina Malaysia baharu.

Tegasnya, pemimpin parti itu tidak akan menjadi seperti MCA yang lemah.

PEMIMPIN-PEMIMPIN DAP DALAM KERAJAAN KERANA KITA BOLEH MEMAINKAN PERANAN PENTING untuk membina Malaysia baharu dan menyelamatkan Malaysia daripada membuat demokrasi olok-olok, kakistokrasi, negara yang gagal dan kleptokrasi global.

“Pemimpin DAP, sama ada di dalam kerajaan atau di luar, TIDAK AKAN RAGU-RAGU MENINGGALKAN KERAJAAN CAMPURAN jika tujuan Malaysia Baharu ditinggalkan.

"Pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA yang lemah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, DAP mahu pemimpin dan ahlinya berada dalam politik berkhidmat kepada negara bukan untuk diri sendiri, kekayaan atau kedudukan.

Kenyataan tersebut dibuat susulan pandangan ahli perniagaan, Clement Hii yang mendakwa beliau resah apabila rakyat melihat DAP seperti MCA sekiranya tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.

Rujukan: KLIK DISINI

Rabu, 19 Disember 2018

KATAK LOMPAT SEMAKIN GHAIRAH DIMUSIM TENGKUJUH

KUALA LUMPUR: KEPEMIMPINAN PAKATAN HARAPAN (PH) HARUS KEMBALI KE ‘PANGKAL JALAN’ dengan berusaha melunaskan pelbagai janji pilihan raya, berbanding sibuk memperkukuhkan cengkaman penguasaan kerusi di Parlimen.

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mengutarakan perkara itu mendakwa MASYARAKAT KETIKA INI ‘MENYAMPAH’ dengan SIRI GELOMBANG AHLI PARLIMEN UMNO BERTINDAK ‘LOMPAT’ PARTI untuk menyertai blok kerajaan.

Katanya, menerusi kaca mata pengundi yang ‘beralih arah’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tindakan sedemikian bukti pentadbiran PH lebih menekankan kepentingan memperkukuhkan dinamik penguasaan dalaman, BUKAN MEMBANTING TULANG MENGOTAKAN JANJI tatkala berkempen sebelum ini.

“Kita juga kehilangan nadi reformasi di mata penyokong tegar PH, malah tiada petunjuk bahawa penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen UMNO berupaya memperkukuhkan cengkaman PH terhadap pengundi Melayu.

“Sebaliknya, ia menyuntik sentimen kemarahan meluap-luap dalam kalangan penyokong UMNO dan PAS terhadap PH, berbanding cuba untuk menawan hati melalui wadah ekonomi serta penyampaian khidmat berkualiti, kita sebenarnya menolak mereka (pengundi dan masyarakat) semakin jauh saban hari.

“Natijah sama yang bakal kita saksikan menerusi cubaan menumbangkan Kerajaan Perak dulu,” katanya menerusi warkah panjang lebar yang dimuat naik menerusi blog rasminya, hari ini.

Rafizi berkata, isu ‘pokok’ yang perlu diberi perhatian oleh PH ketika ini ialah penghijrahan Ahli Parlimen UMNO bagi menyertai parti blok kerajaan hanya bakal memperkasa pengaruh PAS sebagai entiti politik terbesar orang Melayu.

Berikutan badai melanda UMNO sehingga menyaksikan ia semakin lemah, katanya, lebih ramai pengundi Melayu ‘atas pagar’ dijangka bersedia memberikan mandat kepercayaan kepada PAS pada PRU seterusnya susulan kegagalan PH memenuhi janji berkaitan pengutuhan aspek ekonomi negara.

“Oleh itu, satu-satunya jalan untuk menyatukan perpaduan masyarakat dan membawa imej Malaysia yang sederhana ialah menumpukan wadah ekonomi dengan kembali kepada janji pilihan raya.

“Kita perlu serius dalam perihal memberikan kehidupan lebih baik kepada rakyat di negara ini, bukan terjerumus dalam kancah muslihat politik yang bertali arus oleh Malaysia lama.

“Tekad untuk meneliti semula usaha ke arah pembangunan negara harus dirintis daripada Majlis Presiden PH dengan memberi isyarat jelas bahawa gerakan membawa masuk bekas Ahli Parlimen UMNO perlu dihentikan,” katanya.

Ahad, 9 Disember 2018

#ICERD: PH JANGAN CUBA2 BERMAIN API !!

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, DATUK SERI ABDUL HADI AWANG MEMBERI AMARAN KEPADA PH agar tidak membawa Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ke Parlimen untuk diluluskan.
Menurutnya, jika perkara tersebut berlaku, pihaknya akan mengerahkan jutaan rakyat di jalan raya untuk menentangnya.
“Mereka (PH) mendapat majoriti mudah (dalam PRU14), mereka berani membawa ICERD. Tapi, kami ahli Parlimen akan bersuara sekiranya kamu berani bawa ke Parlimen. Kami akan kerah jutaan rakyat ke jalan raya,” katanya ketika berucap dalam Himpunan ICERD, hari ini.
Beliau mendakwa, PH mahu merungkaikan kontrak sosial, asas perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan dan hak Melayu serta Bumiputera.
“Kontrak sosial lebih baik daripada ICERD. Kita lebih berbudaya daripada negara Barat yang lebih menghormati hak binatang daripada manusia.
“Di Barat ada orang tua dijaga oleh anjing, Di sini (Malaysia) tidak berlaku, tapi mereka berani bawa ICERD ini. MENTANG-MENTANGLAH DAPAT MAJORITI MUDAH,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, orang Islam yang menempa sejarah dengan ORANG MELAYU IALAH KAUM AWAL DATANG KE NEGARA INI.
“Islam datang ke sini dengan damai. Dengan peniaga mengajar kita berakhlak mulia. Walaupun Islam mengajar berakhlak mulia, tetapi mesti menjadi BANGSA BERJATI DIRI DAN PUNYA KEHEBATAN YANG TIDAK TUNDUK PADA KEHINAAN,” katanya.
Beliau turut menyingkap sejarah perjuangan orang Islam di negara ini sejak 1511  dalam menentang penjajahan Portugis.
“Mereka TIDAK TAKUT DENGAN SENJATA musuh yang pelbagai. Bahkan pejuang-pejuang Islam termasuk ulama antara yang menentang penjajah sehingga akhir Perang Dunia Kedua dan mendapat kemerdekaan.
Rujukan: KLIK DISINI

Jumaat, 7 Disember 2018

DAP CUBA SINGKIR MENTERI BESAR PERAK KERANA PERTAHANKAN TANAH ORANG MELAYU?

Kini, bertiup kencang khabar angin mengatakan terdapat CUBAAN 'RAMPASAN KUASA' DI PERAK yang ingin menyingkirkan MB nya iaitu Dato Sri Ahmad Faizal.
Pendedahan terbaru mengatakan bahawa dalang rancangan ini adalah DAP sendiri yang marahkan Ahmad Faizal kerana tidak sanggup "menggadai" maruah dan tanah orang Melayu
RASA TIDAK PUAS HATI DAP kepada Dato Sri Ahmad Faizal bermula apabila MB Perak itu enggan meluluskan rancangan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming UNTUK MEMBERI HAK MILIK TANAH KEKAL ATAU 999 TAHUN kepada kampung baru Cina di Perak.
Ketegasan Mohd Faizal ini mengejutkan pemimpin Cina DAP yang sebelum ini menyangkakan bahawa mereka sangat berkuasa dan 'boleh makan' semua pemimpin Melayu.
Kini, DAP INGIN MENGGANTIKAN AHMAD FAIZAL dengan pemimpin Melayu baru yang boleh dijadikan boneka oleh DAP. 
Ini antara sebab mengapa mereka mahu bertanding di kerusi Cameron Highlands untuk menambah bilangan kerusi mereka dalam kerajaan PH.
BAGINILAH NASIB ORANG MELAYU JIKA BERSEKONGKOL DENGAN DAP. JIKA TIDAK MENJADI 'HAIWAN BELAAN' mereka, pasti akan terus dibuang.
Malah, RAMAI MELAYU-MELAYU KEPARAT DALAM PH yang sanggup bersekongkol menjatuhkan pemimpin Melayu mereka sendiri seperti Ahmad Faizal.
Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...