Translate

07/11/2017

DAPig MENYALAHKAN JABATAN METEOROLOGI PUNCA BANJIR DI PULAU PINANG

Kerajaan menafikan Jabatan Meteorologi gagal mengeluarkan amaran awal berhubung hujan lebat dan ribut di Pulau Pinang.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berkata, jabatan itu mengeluarkan dua amaran pada 1 dan 4 November, yang disiarkan televisyen.
“Pada 1 November kita sudah keluarkan amaran kuning, kita beritahu (sistem) pemantauan menunjukkan hujan lebat dijangka berlaku dalam masa satu atau dua hari,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, amaran seterusnya iaitu tahap jingga keluar pada jam 6 petang 4 Oktober untuk memberi amaran yang negeri itu dijangka ditimpa hujan lebat berterusan.


Abu Bakar menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) berhubung sama ada Jabatan Meteorologi gagal menjalankan tugasnya dan hanya mengeluarkan amaran beberapa jam sebelum cuaca buruk.
“Adakah jabatan gagal mengumumkan ramalan cuaca lebih awal? Bukankah ini satu kecuaian, atau kelemahan disebabkan jabatan meteorologi tidak dilengkapi sistem yang cekap atau (mungkin) peralatan telah ketinggalan zaman?” soalnya.
Abu Bakar membalas kenyataan itu dengan berkata, “Yang Berhormat tak tengok televisyen, kita telah maklumkan dalam siaran televisyen…Kita ada alat yang bagus.”
“Yang Berhormat kalau tak tahu boleh belajar, saya boleh beritahu secara baik. Kalau tak tahu jangan cakap yang bukan-bukan,” katanya.
Notis kuning bermaksud keadaan cuaca yang tidak memberikan ancaman segera, sementara notis jingga bermakna penduduk di kawasan yang terlibat perlu bersedia untuk menghadapi keadaan cuaca. Notis Merah pula menandakan keadaan cuaca yang sangat buruk dan penduduk perlu keluar dari zon bahaya.
Semakan Malaysiakini mendapati amaran tersebut memang dinyatakan melalui laman Facebook jabatan itu pada 1 November lalu, namun tidak menemuinya di Twitter.
Sumber: Malaysiakini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...