Sabtu, 16 September 2017

KENYATAAN MAHATHIR IBARAT MENEPUK DULANG DI AIR, TERPERCIK KE MUKA SENDIRI

Gaya Hidup Mewah Bukti Amalan Rasuah, Kata Mahathir Depan Cermin.

“Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal kempen penentangan untuk menggulingkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berucap dalam Simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah pada November 2015, Dr Mahathir menggesa gaya hidup mewah dijadikan bukti di mahkamah untuk menyabitkan seseorang individu melakukan rasuah.
“Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.
“Jika ini yang berlaku, akan kuranglah peluang mereka di tempat tinggi untuk menjadi rasuah,” katanya lagi.
Blog Mykmu.net menyifatkan kenyataan Dr Mahathir ibarat menepuk dulang di air, terpercik ke muka sendiri berikutan tersebarnya beberapa keping gambar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan memperagakan kereta mewah dan menunggang kuda sebagai aktiviti riadah hujung minggu.
Aktiviti berkenaan disiarkan oleh halaman Facebook pro Dr Mahathir, Kelab Che Det, yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

“Bersangka baik, mungkin gaya hidupnya adalah berkat usahanya sebagai seorang doktor, yang memungkinkannya menikmati kemewahan hobi menunggang kuda, selain deretan kereta-kereta mewah yang sering dipamerkan, tidak termasuk proton saga.
“Almaklum sahajalah, beliau sendiri mengaku tidak pernah dapat apa-apa faedah menjawat jawatan perdana menteri dan Presiden UMNO,” tulis Mykmu.net.
Bagi Penganalisis Politik Lim Sian See (LSS), beliau juga menyifatkan kenyataan oleh Dr Mahathir berkenaan gaya hidup mewah kini terpalit kepada dirinya sendiri.
Tambahnya, selepas memperagakan gaya hidup mewah, Dr Mahathir akan BERPURA-PURA MENJADI RAKYAT BIASA.
“Lepas ni boleh naik MRT dan berpura-pura dia adalah rakyat biasa dan kemudian mendakwa bahawa MRT tidak akan wujud tanpanya,” ujar LSS.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...