Sabtu, 12 Ogos 2017

PERKASA MENYIMPANG JAUH DARI LANDASAN SEBENAR KERANA MAHATHIR

Hanya Dihujung jari Fitnah Dajal Akhir zaman.

Tuduhan Terhadap Majlis Perasmian ECRL Adalah Tidak Benar.

Tengah viral kenyataan dari pihak Perkasa mendakwa bahawa projek ECRL yang dirasmikan PM tiada banner dan jurucakapnya dalam bahasa China. Kononnya negara sudah dijajah kata mereka.

Tuduhan ini tidak benar kerana gambar gambar yang dipaparkan oleh pihak yang menuduh adalah semasa semua jurutera CCCC datang untuk meraikan kedatangan pengerusi mereka, bukannya PM. Itu adalah di majlis yang berasingan di sebelah pagi dalam acara berasingan yang bukan melibatkan PM.

Pada majlis sebenar, ianya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kelihatan bersalaman dengan Kaunselor Negara China, Wan Yong pada majlis pecah tanah projek ikonik Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).


Dalam majlis perasmian ini, ada bendera Malaysia dan ada pengerusi majlis yang berbahasa Malaysia dan Mandarin pada seluruh majlis.

Ucapan PM terus diterjemahkan ke bahasa Mandarin kepada semua delegasi China menerusi "headseats" dipakai oleh mereka.

Turut hadir di majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Senang kita membuat tuduhan dan bermain sentimen, namun kita harus tanya kembali orang yang lemparkan tuduhan itu benar benar berada dalam majlis atau tidak? Atau hanya membuat analisa hanya di papan kekunci sahaja.

Usahlah mensabotaj pelaburan besar dan baik untuk rakyat Pantai Timur ini. Bila siap kelak, ramai yang dapat manfaatnya sama seperti yang sedang warga kota rasai sekarang menerusi MRT pada hari ini.

Sumber KLIK DISINI

DIANTARA KOMEN2 DARI PEMERHATI:
Syahm Abd Manaf: Malu juga bila admin yg menulis tu ialah chif gua. Itu ialah personal view beliau. Tiada kaitan dgn yg lain2..
Zahari Zainan: pembangkang kerjanya tipu.. gambar tempat lain di photoshop kann supaya nampak mcm di Malaysia
Mohd Khairul Mat Saad ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa 
Siti Saleha: Benda2 busuk fitnah ni memang makanan mereka..setaraf apa mereka..tahulah sendiri. Hati mereka pasti tidak pernah kenal apa itu ketenangan, moga solat mereka dan kita sempurna, baru hati & perbuatan kita baik.
Hussein Ppn Bpp Jpn: Setiausaha PERKASA adalah orang kuat MADEY dan jugak SU Kelab Che Det. Tidak menyebelahi suara AHLI PERKASA keseluruhannya. Kita kena faham lah maksud yang tersurat dan tersirat.
Hassan Ahmad Perkasa lupa nawaitunya Allah maha melihat dan maha mengetahui....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...