Khamis, 3 Ogos 2017

MAHATHIR KUTTY JANGANLAH NAK MELENTING DAN MELATAH !!!

Isu ‘Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty’ Sudah Lama Dimainkan Pembangkang
Isu ‘Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty’ telah lama dibangkitkan penyokong pembangkang malah aktivis Hishamuddin Rais juga dalam tulisan pernah menggunakan nama berkenaan untuk merujuk kepada Dr Mahathir.
Sementara itu, rakaman video ceramah Anwar Ibrahim dan Rafizi yang pernah membangkitkan isu keturunan Dr Mahathir turut dikesan viral di media sosial sejak semalam.
Cuba tanya Mahathir dia dari mana?..(Kerala.. kerala.. kerala..India.. dijawab oleh hadirin).. ayah dia dari pada mana?” kata Anwar dipetik dari video tersebut yang direkodkan ketika beliau berceramah di Tebrau Johor pada 2013.
Mahathir ni pulak kena ingat, rekodnya rekod lidah bercabang. Kalau dia kata dia Melayu, maksudnya dia India, mamak,” kata Rafizi pula.
Isu identiti sebenar Dr Mahathir kembali mencuri perhatian umum apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan penutup mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya semalam menunjukkan salinan kad pengenalan yang memaparkan nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty. Orang itulah yang memperjuangkan agenda Melayu untuk mempergunakan Melayu. Bila habis madu sepah dibuang. UMNO ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...