Translate

20/07/2017

PROJEK MADEY KESEMUANYA MUFLIS, SEBABNYA TANYA MADEY

4 Projek Pengangkutan Awam Utama KL Yang Dimulakan Mahathir Semua MUFLIS.

Terdapat empat projek pengangkutan awam utama KL yang dimulakan oleh Mahathir. Projek-projek itu ialah:
1.      Laluan Monorail KL
– Projek monorel yang diswastakan ini telah diluluskan dalam mesyuarat kabinet pada Jun 1989. Kosnya dianggarkan berjumlah RM143 juta. Apabila akhirnya selesai dan dibuka, ia menelan kos sebanyak RM1.18 bilion pada tahun 2003.
– telah
muflis
– diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2007 dengan kos RM882 juta.

2. Laluan LRT Putra

– laluan yang diswastakan ini memulakan operasi pada tahun 1998.
– telah muflis
– diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan kos antara RM4.5 bilion hingga RM5.7 bilion.
3. Laluan LRT STAR

– laluan yang diswastakan ini memulakan operasi pada tahun 1996.
– telah muflis
– diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan kos RM3.3 bilion.
4. Perkhidmatan Bas Intrakota

– perkhidmatan bas yang diswastakan ini memulakan operasi pada tahun 1998.
– telah muflis
– diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2003 dengan kos RM177 juta.
Kesemua empat projek pengangkutan awam utama KL yang dimulakan oleh Mahathir telah diberikan kepada syarikat swasta melalui konsesi dan kemudian menjadi muflis.
Kerajaan perlu menyelamatkan (bail-out) SEMUA projek-projek Mahathir.
Bandingkan ini dengan projek pengangkutan awam oleh Najib yang terdiri daripada sambungan LRT1, sambungan LRT2 dan kini MRT 1 SBK yang baru-baru ini dilancarkan, yang semuanya berada di dalam tangan kerajaan, tidak mempunyai perjanjian konsesi yang memerlukan kenaikan kadar tiket secara berkala dan semuanya disiapkan tepat pada masanya dan mengikut anggaran atau lebih awal daripada masa dan di bawah anggaran yang ditetapkan.
 Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...