Translate

23/07/2017

Pakatan Harapan yang diterajui PEMIMPIN ‘GILA TALAK’

Rakyat perlu menolak Pakatan Harapan yang diterajui pemimpin ‘gila talak’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pakatan pembangkang itu umpama kapal tiga nakhoda yang menunggu masa untuk tenggelam akibat tidak tidak sehaluan.
“Rakyat sudah berikan peluang selama 22 tahun untuk top dog itu memimpin. Kali ini, apabila kegilaan talak berlaku, saya fikir tibalah masanya rakyat menolak pakatan impian siang hari ini yang berketuakan seorang yang kehilangan talaknya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 20,000 orang.
Turut hadir Anggota Parlimen Ketereh ,Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata rakyat harus menolak pemimpin berkenaan yang sudah diberikan peluang memerintah ketika eranya.
“Zaman seseorang itu menjadi pemimpin sudah berlalu, beliau sepatutnya menjadi negarawan yang dihormati namun, sebaliknya, beliau sering berbeza pendapat dan mendakwa pemimpin sekarang tidak betul.
“Setiap pemimpin ada eranya dan masanya sudah tamat. Jangan campur soal politik sebaliknya, serah kepada kami (pemimpin negara sekarang),” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap rakyat memahami prinsip kebersamaan dalam kalangan parti-parti  Barisan Nasional (BN) sejak 1957 yang menjadi kekuatan dalam kerajaan BN hingga sekarang.
“Kita (BN) adalah perkahwinan politik secara kekal bukan perkahwinan mutaah. Daripada tiga rakan kepada 14 rakan dan kini menjadi 13 rakan. Mereka (pakatan pembangkang) pula daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Marak di sini sebelum menghadiri majlis jamuan Aidilfitri UMNO Kelantan di Dataran Rehal di sini. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...