Translate

01/07/2017

#GST: PM MALAYSIA BERPAKAT DENGAN PM INDIA LAKSANAKAN GST ????

INDIA 1 JULAI: Kebanyakan kedai dan bisnes menutup perniagaan di seluruh Kashmir pada Sabtu membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 Julai di negara itu.
Pihak keselamatan di Srinagar mengetatkan kawalan bagi mengelakkan sebarang bantahan jalan raya oleh penduduk.
Ramai peniaga dan pembangkang mendakwa pelaksanaan regim baru cukai itu menghakis keistimewaan status wilayah Jammu dan Kashmir seperti termaktub dalam Artikel 370 Perlembagaan, lapor Media Tempatan New18.com.
Sebuah organisasi yang mendakwa mewakili kira-kira 17,000 persatuan perniagaan, Bhartiya Udyog Vyapar Mandal menggesa kepada peniaga untuk menutup perniagaan sebagai bantahan kepada pelaksanaan GST.


India hari ini memulakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) iaitu pembaharuan cukai terbesarnya dalam tempoh 70 tahun yang disasarkan kerajaan dapat mentransformasi ekonomi bernilai AS$2 trilion (AS$1 = RM4.29) dalam tahun-tahun akan datang.

Ia melibatkan empat jenis cukai dengan kadar terendah bagi barangan perlu ditetapkan pada 5.0 peratus manakala produk dan perkhidmatan mewah pengguna sebanyak 28 peratus.
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh yang juga antara arkitek utama usaha pembaharuan ekonomi India pada awal 1990-an, memilih untuk menjauhkan diri manakala Parti Kongres yang juga pembangkang utama dan sekutunya pula bertindak memboikot acara pelancaran cukai berkenaan yang mereka labelkan sebagai satu gimik.
Usaha pelaksanaan rejim cukai baharu itu di semua 29 negeri India dan tujuh Wilayah Persekutuannya, dijangka berdepan cabaran kerana kebanyakan perniagaan kecil negara itu mengalami kekurangan sumber serta aspek digital bagi mematuhi keperluan GST berkenaan.
TIMES OF INDIA turut melaporkan premis pernigaan di Kolkata turut menutup kedai mereka tanda bantahan terhadap pelaksanaan cukai itu.
Turut dilaporkan peniaga di Uttar Pradesh turut sama menutup perniagaan ketika mana pihak keselamatan berkawal bagi mengelakkan sebarang kekacauan timbulnya protes.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...