Isnin, 3 Julai 2017

GELI NYA !!! Jubah Atau Dress Perempuan?

LETUSAN idea kreatif anak-anak muda dengan menampilkan pelbagai gaya dan fesyen dilihat mampu memeriahkan lagi suasana di pagi Syawal.

Pada masa inilah pelbagai jenis rekaan baju melayu mahupun jubah dipakai golongan lelaki bagi menghadiri majlis-majlis keraian atau ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri.
Namun apa yang lucunya, setiap tahun pasti ada rekaan yang menjadi kecaman hebat dari pelbagai pihak khususnya dari netizen.
Terbaharu, tindakan seorang lelaki yang tanpa segan silu menggenakan jubah ‘lentik’ rekaannya ketika 1 Syawal baru-baru ini turut menerima nasib yang sama apabila menerima kecaman hebat majoriti pengguna media sosial.

Menerusi beberapa gambar yang kini tular di media sosial, pemuda itu menggayakan ‘busana’ jubah di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada sebuah kereta dengan gaya melentik.
Tidak setakat itu, dia turut memakai satu lagi jubah lentik berwarna kuning sambil berposing bagi menampakkan susuk badannya ditambah pula potongan di bahagian bawah baju itu ala seperti ikan duyung.
Rekaan dan gaya pemuda tersebut seterusnya mendapat kecaman netizen yang menyifatkan jubah dengan potongan tersebut tidak sesuai untuk dipakai mana-mana lelaki.
“Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!” kata Qistina Balqis Musa di laman sosial.
Sementara itu, Ismail Husin pula berkata: “Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.”
Manakala Abdul Hanif Hadeni pula berkata, dia lebih rela memakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada perlu memakai ‘jubah’ berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...