Translate

04/06/2017

Tun Mahathir Pernah Cuba Menjual Kepentingan Proton Kepada Kumpulan GEELY HOLDING ???

Tun Mahathir hari ini menafikan pernah cuba menjual kepentingan Proton kepada Kumpulan Geely Holding seperti yang didakwa. Sebaliknya berkata ia sekadar membuat lawatan ke China sebagai salah satu usaha memperbaiki kualiti enjin kereta nasional itu.
“Geely beli Volvo, yang merupakan pakar enjin. Saya ke Sweden untuk mencuba kereta Volvo, kemudian baru pergi Geely,” katanya. Kita mencari jalan untuk memperbaiki kereta, dan satu caranya ialah mendapatkan enjin,” katanya.
Menurutnya, langkah itu tidak berbeza dengan cadangan mengadakan kerjasama dengan Volkswagen tidak lama dulu.

Cadangan menjadikan pembuat kereta Jerman itu rakan kongsi bagaimanapun gagal.
Akhirnya, Tun Mahathir mengaku juga beliau yang pertama sekali memulakan hubungan dengan Geely tetapi ia tidak berbeza dengan cadangan mengadakan kerjasama dengan Volkswagen tidak lama dulu.
Tetapi Tun Mahathir lupa bahawa cadangan kerjasama dengan Volkswagen melibatkan penjualan 50% saham Proton yang beliau pernah umumkan tidak ada salah.

Kalau cadangan kerjasama dengan Geely sama dengan kerjasama dengan Volkswagen bermakna juga ada perbincangan tentang menjual saham kepada Geely, betul tak?
Mengapa Tun tidak menjelaskan juga bahawa 30% saham Proton pernah di dalam tangan syarikat Mitsubishi milik orang Jepun?
Perbezaan antara 30% dimiliki orang Jepun dengan 49% dimiliki orang China adalah besar sangatkah?
Yang pelik juga ialah Tun langsung tidak mengaku bahawa beliau sendiri yang seru kerajaan untuk menjual Proton secara sepenuhnya kepada syarikat swasta DRB-Hicom sehingga saham emas kerajaan dalam Proton dibatalkan pada masa itu.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...