Selasa, 20 Jun 2017

SADDIQ SIGARAGA KENA PECAT DARI PPBM???

Syed Saddiq Dedah AS$5 Juta Dibayar Kepada Clinton Foundation Agar DOJ Serang Najib Razak

Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddidq Syed Abdul Rahman telah membocorkan rahsia besar pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau telah mendedahkan kepada tiga lagi Exco ARMADA berkenaan pertemuannya dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Daim Zainuddin bagi merancang mengenai isu DOJ-US yang dibangkitkan pada 15 Jun 2017 lepas.


Syed Saddiq turut menerangkan kepada tiga Exco ARMADA tersebut berkenaan perancangan dan perkara yang bakal berlaku kepada Malaysia selepas isu ini dibangkitkan pada Khamis lepas.

Rahsia besar yang dibocorkan Syed Saddiq adalah berkenaan Daim membayar kepada Clinton Foundation sebanyak USD5 juta atau sekitar RM22 juta melalui orang tengah bagi memastikan DOJ mengganggu Najib.

Isu DOJ-US yang timbul baru-baru ini telah dirancang dengan teliti oleh Mahathir dan Daim, serta mereka turut merancang langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja isu ini meledak.

Syed Saddiq juga memberitahu kepada ketiga-tiga exco ARMADA bahawa sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut dan sebahagiannya disalurkan kepada Sarawak Report.

Kesimpulannya, Syed Saddiq telah sedia maklum lebih awal berkenaan isu DOJ dan bayaran sebanyak USD5 juta kepada pihak luar bagi mewujudkan isu untuk menjatuhkan Najib. Pendedahan konspirasi ini membuktikan Mahathir membiayai pihak luar bagi tujuan kepentingan politiknya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...