Jumaat, 30 Jun 2017

Pengarah Komunikasi PAN Kedah, Mempercayai Pembelanjaan DAP dibiayai oleh Israel.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Ridzwan Abu Bakar berpandangan pemimpin politik bertaraf ‘lebai’ akan mempercayai DAP dibiayai oleh Israel.

Menurut beliau, pemimpin bertaraf ‘lebai’ itu menyebarkan dakwaan tersebut dan memberikan gambaran kerosakan yang berlaku jika Pakatan Harapan memerintah negara.
“Kalau Pakatan Harapan menang, Israel akan kuasai Malaysia kerana DAP dibiayai oleh Israel.
“Lalu, ada beberapa ‘lebai’ bertaraf pemimpin pun percaya dan turut menyebarkan sama gambaran ‘kerosakan’ yang direka cipta itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media yang dipercayai merujuk kepada pemimpin PAS hari ini.
Ridzwan berkata, kaum Cina mengelarkan PAS “nang bo ti nang koi bo ti koi” kerana parti itu kadang-kala boleh menjadi pembangkang dan kadang-kala menyokong kerajaan.
Beliau turut membidas ahli agama kerana membaca kaedah menolak mafsadah (kerosakan) lebih diutamakan dari melaksanakan masaleh (kebaikan)
“Lalu diulas kaedah tersebut dengan kerosakan yang ‘bakal’ berlaku sekiranya Pakatan Harapan,” katanya.
Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...