Ahad, 25 Jun 2017

Pemimpin Liberal Akan Memerintah Dengan Nafsu

Pemimpin politik berfahaman liberal, sosialis dan komunis yang kononnya berjuang atas slogan demokrasi kini semakin terdedah.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka sedang memperjuangkan ideologi atas nama masyarakat yang tertindas.
“Terdedah selepasnya di zaman kini, penganut liberal kapitalisma disebalik slogan demokrasinya adalah monopoli diri dan kroni, politik wang dan peluang.
“Adapun komunis dan sosialis berslogankan demokrasi juga bersama kuasa pemimpin di atas nama masyarakat tertindas,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Abdul Hadi berkata, ideologi sedemikian pada akhirnya bakal melahirkan pemimpin negara yang lebih bernafsu daripada kapitalis terbuka.
Jelas beliau, mereka malah akan memerintah berkonsepkan sekularisma yang memisahkan agama Allah S.W.T daripada urusan duniawi.
Beliau dalam pada itu menjelaskan Islam hendaklah diamalkan secara Tafaqquh fi Al-Din.
“Kalau tidak, ibadahnya melampau, dakwahnya melampau, politik dan ekonominya juga melampau, jihadnya juga melampau,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...