Translate

07/06/2017

MAHATHIR KECEWA SEMUA RANCANGANNYA TIDAK BERJAYA

Najib Berjaya Kemudi Malaysia Keluar Dari 2 Kemelut Ekonomi Global

Oleh kerana kita tidak menderita teruk, kita cenderung untuk lupa atau tidak mengetahui tentang bagaimana buruknya peristiwa-peristiwa global.
Anda sedang bercakap tentang Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi global yang paling teruk sejak 70 tahun pada tahun 2009 dan menghadapi kejatuhan harga minyak global paling teruk, eksport utama kita, sejak 45 tahun.
Ia boleh menjadi lebih buruk lagi jika Malaysia mengamalkan dasar-dasar yang salah atau disalahuruskan – seperti pada masa lalu.
Bukan sahaja kita berjaya keluar dari kedua-dua kemelut utama dengan kesan yang agak kecil berbanding pada masa lalu apabila kita menghadapi cabaran-cabaran seperti itu tetapi juga ekonomi kita cepat pulih.
Berilah kredit kepada yang selayaknya.

Di sebalik apa sahaja yang Mahathir atau Pakatan katakan tentang Najib, ia adalah satu fakta bahawa beliau telah berjaya mengemudi Malaysia keluar dari masalah besar sebanyak DUA KALI dalam tempoh 6 tahun dan telah meletakkan asas-asas yang lebih kukuh untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan seperti yang kita dapat lihat menerusi suku pertama pertumbuhan KDNK.
Adakah Mahathir dan Anwar telah menghadapi krisis ekonomi global seperti 2008 atau lebih teruk? Tidak. Mereka goyah pada krisis ekonomi Asia berskala kecil dan menyebabkan kita kehilangan 6 tahun pembangunan.
Adakah Mahathir mengemudi kejatuhan harga komoditi dengan berjaya seperti Najib lakukan pada 2015-2016? Tidak. Mahathir gagal teruk ketika kemerosotan komoditi pada tahun 1985-1986 dan ekonomi jatuh ke dalam kemelesetan.
Kepada pengkritik Kerajaan:
Adakah anda menafikan pada 2008-2009 merupakan Krisis Ekonomi Global – yang terburuk sejak kemelesetan ekonomi global pada 1930-an?

Adakah anda menafikan pada 2014-2016 menyaksikan kejatuhan harga minyak terburuk sejak sekurang-kurangnya satu generasi atau sejak 45 tahun yang lalu?

Jika anda tidak menafikan kedua-duanya, maka bagaimana Malaysia bukan sahaja terselamat secara relatifnya tidak tercalar malah terus menjadi antara ekonomi yang paling pesat berkembang di kalangan negara-negara lain?
Adakah dengan silap mata atau kerana restu Tokong agung di sebuah pulau di utara?
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...